3 Step For Set Up Skincare

667 34 6
                                    

[Song: IU - The Day's End]
Lagu ni buat Dila happy je. Semua lagu IU, Dila suka. ^^

Anyeong guys! Apa khabar semua? Hari ni Dila nak share 3 STEP UNTUK SET UP SKINCARE RUTIN MENGIKUT JENIS KULIT SENDIRI

Let go!

Formula is,
Jenis kulit ➖masalah kulit ➖ active ingredient yang sesuai

1. Kenali jenis kulit muka sendiri.

Berminyak
Kering
Normal
Combination
Sensitive

Kalau awak tak tahu kulit awak jenis macam mana, cuba stop untuk letak apa-apa kat muka dalam masa 2 hari dan periksa kulit muka awak.

Kulit rasa tegang dan gatal? Means kulit awak kering. Kulit rasa okay. Tak terlalu shine dan tak tegang? Haa thats normal skin. Kulit nampak shine area T-Zone? Emm, kulit kombinasi lah tu. Kulit nampak shine satu muka? Yeahh, kulit awak jenis berminyak!

Kalau tak pasti shine macam mana? Cuba ambil kain plain atau tisu dan lap pada muka, ada oil stains atau tak.

2. Kenalpasti masalah muka mengikut keutamaan.

Okay step ni mudah sikit sebab biasa kita boleh nampak problem kat skin kita and setiap orang pasti ada at least satu masalah kulit. Contohnya macam ni,

Jerawat
Jeragat
Blackhead/whitehead
Dark spot
Kulit kusam
Bekas parut gelap
Pori tersumbat etc

Boleh cuba untuk cari produk yang ada active ingredient untuk rawat masalah kulit sekali instead of cari untuk jenis kulit sahaja.

3. Ingredient apa yang perlu kita guna untuk rawat masalah kulit?

Kalau nak jaga kulit muka betul-betul, sangat penting untuk kita tahu ingredient apa yang sesuai dengan kulit kita dan apa yang kita tak boleh pakai. Contohnya;

1) Rose water dan rose hip extracts sangat bagus untuk kulit sensitif dan berjerawat. (Calming + soothing)

2) Retinol, Vitamin C & Vitamin E bagus untuk anti-oxidants dan juga anti-aging.

3) Tee tree oil bagus untuk melawan jerawat dan sebagainya.

4) Arbutin dan kojic bagus untuk pencerahan kulit, parut gelap, pigmentasi etc

Kulit berminyak - kena pakai moisturiser yang lightweight, cepat serap dan waterbased

Sunburn - kena pakai produk yang memiliki soothing dan antioxidant ingredient seperti,
✔️ Cantella Asiatica
✔️ Polyganum Cuspidatum
✔️ Scutellaria Baicalensis
✔️ Glycyrrhiza Glabra (Licorice)
✔️ Chamomilla Recutita

So, make sure before apply any skincare, banyakkan membaca tentang ingredient dan cara paling efektif untuk guna sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit awak. Semua kena ambil kira.

Selalunya yang terjadinya breakout bila sesuatu item sesuai dengan masalah kulit tetapi tak bagus pada jenis kulit. Cara guna salah, cara pakai pun salah. So hati-hati ye bila memilih dan menggunakan produk.

Dila,
Love my skin, love your skin.

Beauty Geek Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt