Tips Kulit Tegang Dan Tak Kendur

1.3K 17 7
                                    

Terima kasih kepada AegiNakook kerana sudi mesej akak untuk cadangan awak itu.

Akak minta maaf sebab lambat update cadangan yang awak minta

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Akak minta maaf sebab lambat update cadangan yang awak minta. Baru berkesempatan nak share tips ini.

Umur awak berapa dik? Akak rasa muda lagi kan? Selalunya tip tegangkan kulit ni untuk orang yang sudah berumur 25 tahun ke atas sebab kadar kolagen dan elastik dalam badan dia dah makin berkurang dan menyebabkan kulit jatuh. Makin meningkat umur maka makin berkurang kolagen dan itu akan buat kulit muka mereka kendur dan sebagainya.

Ini adalah sedikit tips yang Kak Dila baca dan kaji. Jom kita lihat tips ini.

1. URUTAN WAJAH
Urutan muka sedikit sebanyak boleh membantu menegangkan kulit wajah dan kelihatan awet muda. Walaupun tak banyak sekurang-kurangnya kulit awak tak kendur. Bukan satu hari je awak buat terus tegang tapi kena konsisten lakukan urutan ini.

Kak Dila ada tengok tutorial di youtube mengenai urutan muka. Daisy seorang youtuber dari Korea Selatan.

Kak Dila suka tengok video Daisy yang ini sebab dia terang dengan jelas dan Kak Dila faham apa yang dia cuba sampaikan

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Kak Dila suka tengok video Daisy yang ini sebab dia terang dengan jelas dan Kak Dila faham apa yang dia cuba sampaikan. Banyak video dia yang best tapi itulah eng sub dia tak banyak. Video ni lebih kepada nak dapatkan bentuk muka yang symmetric. Tapi awak boleh cuba juga untuk muka kembali tegang.

Boleh tonton video di media di atas. Jom tengok guys!

2. SENAMAN MUKA
Buat gerakan mulut MA ME MI MO MU sebanyak 10 kali. Senama ini sangat terkenal di Korea Selatan. Untuk mereka yang nak kecilkan pipi dan nak hilangkan double chin pun boleh lakukan senaman ini.

Tak susah pun kan. Kata nak cantik kena lah berusaha. Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Banyak je senaman kat Mr Google dan Miss Youtube yang awak boleh follow.

2. MASKER
Awak boleh cuba buat masker sendiri yang berasaskan kunyit atau tomato.

Kunyit mampu mengatasi kerutan dan garisan halus serta memperlambatkan proses penuaan serta menegangkan kulit wajah. Ini disebabkan kunyit mempunyai kandungan pigmen Kurkuminoid terdiri daripada kurkumin dan desmetoksikumin yang mengaktifkan gen. Kunyit juga cukup tinggi kandungan vitamin C. Berfungsi untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh dalam mencegah pertumbuhan sel kanser.
(Sumber dari Mr. Google)

Tomato pula mempunyai kandungan zat antioksida dalam bentuk lycopene yang mempunyai kekuatan tinggi sekitar 50 peratus pada setiap biji tomato. Ia juga mampu menjaga kulit daripada antioksida yang tinggi dan bahaya sinaran matahari. Tomato mengandungi vitamin C yang lebih tinggi dari jeruk iaitu berperanan mencerahkan kulit wajah.
(Sumber Mr. Google)

Untuk mendapatkan manfaat anti penuan, awak boleh campurkan kedua bahan ini untuk dijadikan masker.

2 sudu makan kunyit
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan susu (full cream/original)
1 sudu tomato (hancurkan buah tomato)
Boleh pakai sudu atau mesin pengisar.

Atau guna mask yang dah sedia ada seperti Purifying Detox Mask. Ianya mengandungi pure turmeric iaitu kunyit yang mampu menghaluskan dan melembapkan kulit wajah. Mask ini juga awak boleh campurkan dengan tomato dan yogurt untuk dijadikan masker.

PURIFYING DETOX MASKKelebihan:-- Mengurangkan parut- Membersihkan jauh ke dalam liang pori- Mengecutkan jerawat- Menghilangkan sunburn- Mengurangkan jeragat- Mengurangkan kulit kusam- Menghaluskan dan melembapkan kulit

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

PURIFYING DETOX MASK
Kelebihan:-
- Mengurangkan parut
- Membersihkan jauh ke dalam liang pori
- Mengecutkan jerawat
- Menghilangkan sunburn
- Mengurangkan jeragat
- Mengurangkan kulit kusam
- Menghaluskan dan melembapkan kulit

Kandungan: Pure turmeric, Manuka honey, premium grade geranium essential oil.

3. SKINCARE
Macam biasa lah skincare rutin jangan skip. Dah berpeluh jari ni duk taip pasal skincare routine. Tolong jaga rutin penjagaan wajah awak sebaik mungkin. Kalau tak nak kulit muka berkedut, kendur dan jatuh, cari produk kecantikan yang khusus untuk kulit tegang. Contohnya brand Hada Labo warna merah untuk anti penuaan. Yang ni memang khas untuk mereka yang rasa kulit dah semakin kendur dan jatuh.

Adik-adik yang masih muda bergetah ni gunalah skincare awak yang sedia ada. Tak perlu runsing nak cari skincare anti penuaan sebab awak tu muda lagi. Yang penting basic skincare tu bagi kukuh ya.

#KUKUH

4. SUPPLEMENT
Apabila umur sudah meningkat, kolagen akan mula berkurangan jadi supplement akan membantu menambahkan kolagen dalam tubuh badan awak. Banyak supplement yang sah dan halal di pasaran sekarang ini. Pelbagai supplement yang dijual di drugstore yang awak boleh amalkan. Dekat online tu berlambak orang jual supplement. Kena pandai cari dan kaji betul-betul kalau nak makan supplement.

Okay itu sahaja tips tegangkan kulit daripada Kak Dila yang muda ini #dahtuataksedardiri
Siapa lagi nak puji selain diri sendiri kannn...

Apa-apa pertanyaan boleh komen atau malu nak komen boleh mesej Kak Dila secara private. Amat dialu-alukan.

Yang benar,
IU's fangirl 🤭

Beauty Geek Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt