Apa Maksud Kulit Breakout?

6.7K 49 0
                                    

[Song: BTS - Spring day]

Bagi mereka yang mengalami kulit breakout sangat digalakkan membaca tentang kulit breakout. Baca dan hadamkan betul-betul apa itu kulit breakout. Sumber dari Facebook. Dila just share sahaja di buku ni. Selamat membaca guys!

***

Pernah tak kita mengalami wajah yang tiba-tiba timbul jerawat atau kulit gatal-gatal kemerahan? Ok ada dua kemungkinan sama ada kulit kita breakout atau purging iaitu proses penyesuaian produk pada kulit.

Breakout merupakan jerawat atau bintik-bintik merah yang memenuhi kulit wajah kerana pori-pori tersumbat disebabkan reaksi dari kulit yang tidak sesuai atau tidak serasi terhadap kandungan sesuatu produk.

Manakala, purging pula adalah proses pembersihan kulit dari segala masalah seperti jerawat, minyak dan kotoran yang menyumbat pori-pori dan akan menyebabkan munculnya masalah kulit pada permukaan sebelum kulit wajah menjadi bersih seperti yang diidamkan.

Macam mana nak mengetahui kulit wajah kita purging atau breakout?

Ciri-ciri purging, contohnya sebelum ini jerawat selalu muncul pada pipi dan selepas pakai produk A jerawat masih timbul pada pipi lagi, itu maksudnya proses purging. Jerawat akan timbul pada area kebiasaan.

Ciri-ciri kulit breakout pula, contohnya sepanjang hidup, muka Aten tak pernah ada jerawat pada dahi, one day satu dahi dipenuhi jerawat. Yes, itu breakout.

Kenapa berlakunya purging? Ini mungkin persoalan korang bukan?

Purging terjadi kerana berlakunya pembersihan kulit sehingga jerawat-jerawat yang tersimpan akan dipaksa keluar. So lebihan jerawat yang tersimpan pada dahi, pipi atau dagu akan muncul. Senang cerita, area-area yang jerawat selalu muncul.

Semua orang wajib melalui proses purging tak?

Jawapannya tak semua orang akan mengalami proses purging. Salah satu sebabnya kerana kulit mereka sememangnya sudah bersih, jadi takkan ada jerawat yang dipaksa keluar.

Aten ada satu contoh kes purging iaitu Amer sendiri. Kalau tengok pada kulit muka, jerawat pernah timbul pada pipi dia sebab kelihatan parut jerawat dan kulit berkawah.

Lagi satu, dia kerja atas motor. So muka selalu terdedah pada cahaya matahari, muka berminyak, asap motor kereta dan kurang kesedaran penjagaan muka.

One day dia cuba produk The Beauty Hacks dan keluar jerawat-jerawat pada kawasan jerawat yang selalu timbul. Cuma kuantitinya lebih banyak sedikit. Aten cuma mintak dia bersabar dan konsisten pakai. Bila dia konsisten, jerawat mula mengecut dan kulit muka nampak lebih bersih berbanding sebelum ini.

Ok kita sambung balik.

Actually purging adalah suatu proses pembersihan kulit. So produk yang akan menyebabkan berlakunya reaksi purging adalah bahan-bahan exfoliate yang bersifat non-comedogenic.

Contohnya, AHA (glycolic acid, lactic acid, tartaric acid), BHA (salycilic acid), tretinoin, retinoid acid dan sejenisnya. Bahan-bahan ini akan membuang sel kulit mati dan mempercepatkan regenerasi sel kulit baru sehingga jerawat-jerawat yang terdapat di bawah kulit akan muncul.

Bahan-bahan non-comedogenic akan membuka pori-pori yang tertutup, membunuh bakteria penyebab jerawat, berlakunya produksi minyak yang berlebihan, menyingkirkan lapisan kulit mati, dan akhirnya akan mengubati jerawat.

Dalam proses membuka pori-pori yang tertutup, jerawat baru akan tumbuh pada permukaan kulit wajah terlebih dahulu. Jerawat yang dipaksa keluar akan dikecutkan dan akhirnya kulit kita akan jadi lebih bersih dan sihat.

Penyebab breakout pula biasanya disebabkan dari ingredient comedogenic sehingga menyumbat pori-pori yang akan menyebabkan munculnya jerawat baru.

Selain itu breakout juga disebabkan kulit kita tidak dapat menerima zat-zat tertentu. Contohnya, fragrance, SLS atau chemical sunscreen. Tapi tak semua kulit alergik dengan fragrance atau SLS. Depend pada kulit masing-masing.

Kesimpulannya, kalau kita tidak menggunakan produk jenis exfoliate tetapi jerawat timbul, itu maknanya kulit kita mengalami proses breakout.
Cuma Aten nak ingatkan, breakout bukan disebabkan dalam produk adanya mercury semata-mata, tetapi boleh jadi kulit kita yang alergik dengan bahan kandungan produk berkenaan.

Ok sambung kembali. Apa lagi ciri-ciri perbezaan purging dan breakout sebenarnya?

Ciri-ciri purging cuma terjadi selama 3-4 minggu sahaja. Namun jika berlarutan lebih dari sebulan, segera hentikan penggunaan produk.

Andai kata kita mengalami simptom seperti jerawat kecil, kulit sedikit tegang, sedikit gatal dan mild reaction, ini adalah reaksi normal sekiranya berlaku dalam tempoh sebulan penggunaan.

Ianya sepatutnya tidak akan berlanjutan lebih dari 30 hari kerana selepas 30 hari sel kulit baru akan berganti dan kulit akan kembali normal seperti biasa. Teruskan penggunaan sehingga sekurang-kurangnya 1-2 bulan.

Semua orang perlu tahu, setiap orang mempunyai reaksi kulit yang berbeza. Apabila kita menggunakan produk skincare baru, kulit kita akan mengambil masa untuk serasikan dengan skincare baru.

Contohnya, sesetengah orang akan mengalami simptom seperti jerawat halus. Ini adalah reaksi kulit terhadap perubahan yang dialami.

Ok macam ni, contohnya awak first time cuba produk The Beauty Hacks, then berlaku reaction pada kawasan kebiasaan jerawat timbul, so awak boleh teruskan pakai sehingga sebulan. Selepas sebulan tak reda, awak boleh stop guna.

Jelas?

Andai kata awak ragu-ragu, awak boleh kurangkan dos penggunaan. Contohnya, kami sarankan cuci muka sebanyak 2 kali sehari, so awak boleh kurangkan dos kepada sekali sehari atau sekali dua hari.

Sama juga dengan face scrub. Dari saranan 3 kali seminggu, awak boleh kurangkan kepada 2 kali seminggu atau sekali seminggu. Yang penting konsisten.

Untuk face cream atau face mask honey, boleh sapu tipis-tipis. Tak perlu tebal. Kurangkan dos penggunaan. Ok?

Founder The Beauty Hacks,
Atenn.

***

Credit to Noor Fathin Azlan. Boleh follow beliau di Facebook. Refer gambar di bawah.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beauty Geek Where stories live. Discover now