Hada Labo Cleansing Oil Review

467 16 12
                                    

[Song: BTS Jungkook - Still With You]

Assalamualaikum and what's up guys! How are you today? I hope you are fine. Hari ni Dila nak review produk dari Hada Labo iaitu cleansing oil. Siapa yang tak tahu tentang cleansing oil, boleh baca topik sebelum ni iaitu double cleansing method.

REVIEW OF HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID HYDRATING CLEANSING OIL

Sebelum Dila cuba Hada Labo, Dila pernah pakai Biore oil cleanser. Almaklumlah masa tu first time nak cuba double cleansing method so Dila cari yang harga murah je tapi masalahnya tak sesuai dengan kulit sebab ada mineral oil. Oil cleanser ni buat kulit Dila makin berminyak dan banyak tiny bump kat dahi. Dila terkejut gila nak mati! Kulit dah lah baru pulih dari breakout tetiba tumbuh jerawat kecil-kecil kat dahi.

Terkejut sis dibuatnya!

Stress tau sampai fikir benda ni elok ke tak sebenarnya? Then, Dila tanya kawan dan research rupanya oily skin kena elakkan bahan yang ada mineral oil.

Mineral oil tak sesuai untuk kulit berminyak tapi bergantung pada kulit masing-masing juga. Dengan Dila tak sesuai makanya Dila stop guna dan beralih kepada Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Cleansing Oil. Panjang siot nama. Sekali nafas aku baca. Haha!

Tadaaaa cleansing oil dari Hada Labo. Besar botolnya harga pun besar juga!

Nama: Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Cleansing Oil Jenama: Hada LaboNegara: JepunHarga: RM50++Berat: 200ml Availability: Any drugstore in Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nama: Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Cleansing Oil
Jenama: Hada Labo
Negara: Jepun
Harga: RM50++
Berat: 200ml
Availability: Any drugstore in Malaysia

Dila beli ni masa takda sale so harga dia mahal nak mati. Kalau ada sale tu better korang grab cepat-cepat.

THE CLAIM OF HADA LABO SUPER HYALURONIC ACID HYDRATING CLEANSING OIL
1. Menghapuskan makeup yang tebal secara lembut.
2. Untuk makeup yang tebal dan juga mascara kalis air
3. Mencuci dengan lembut di bahagian mata.
4. Diperkaya dengan 2 jenis Hyaluronic Acid (HA) untuk kulit hidrasi secara mendalam, memberikan kelembapan, berkhasiat dan menaikkan seri pada kulit wajah.
5. Anti Pollutant formula - mengandungi Moringa Oleifera Seed Oil untuk melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar dan mengurangkan keupayaan partikal pencemaran dari melekat kepada kulit.
6. Ianya larut dalam air dan kulit tidak akan rasa berminyak (greasy)
7. Iritasi yang rendah - Tiada bahan pengawet, alkohol, wangian, pewarna dan minyak mineral (mineral oil)

THE PACKAGING
Packaging dalam plastic botol jenis pump dan mengandungi 200ml. 200ml ni banyak tau. Best pakai yang ada pump ni senang sikit nak guna. Ada bagi stopper sekali. Takdalah tumpah. Nak bawa pergi travel pun boleh tapi agak susah sikit sebab botol besar sangat.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beauty Geek Where stories live. Discover now