Boleh Ke Skincare Campur Brand?

341 13 0
                                    

[Song: BTS - Dynamite]

Assalamualaikum and hai guys.

I am back again with another skincare tips! Dah lama gila Dila tak jenguk Wattpad dan update Beauty Geek. Sejak akhir-akhir ini, Dila sibuk dengan urusan belajar dan sedikit masalah peribadi.

By the way, Dila dapat masuk Universiti Malaya! Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi doa Dila di makbulkan oleh Allah SWT. Tapi sayangnya tak dapat nak jejakkan kaki ke UM lagi disebabkan kes semakin meningkat. Tapi takpa ada rezeki nanti boleh lah pergi UM.

Sedikit nasihat untuk adik-adik lepasan SPM atau yang akan menduduki SPM pada tahun ini tetapi dibawa pada tahun hadapan disebabkan Covid-19, jangan berputus asa ya adik-adik. Belajar dengan cara smart work dan berusaha lah dengan lebih giat. Allah tak pandang kepandaian kita tapi Allah pandang usaha dan doa kita.

Doa sangat penting. Kadang kala kita rasa doa tidak di makbulkan tapi cuba awak fikir balik. Kalau kita berdoa kemudian terus dapat adakah kita akan hargai setiap doa yang di makbulkan? Adakah kita akan hargai setiap perkara yang kita dapat?

Jadi bersangka baiklah dengan Allah. Setiap ujian dan kesusahan pasti akan ada manfaat disebaliknya. Dari situ kita akan nampak Allah dah pun jawab doa kita satu persatu.

"Hardships are always meant to strengthen our heart."

*****

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*****

So let's move on to our main topic!

Ramai sangat yang bertanya Dila tentang soalan-soalan di bawah.

"Akak Dila, boleh ke pakai skincare campur brand?"

"Sis nak tanya, kalau kita pakai produk campur-campur brand boleh ke?"

"Saya guna cleanser brand A kemudian saya guna moisturizer brand B boleh ke Kak Dila?"

Okay disebabkan acap kali soalan-soalan di atas muncul maka hari ini Dila ingin berkongsi serba sedikit maklumat mengenai soalan di atas. Dila harap dengan jawapan ini dapat membantu awak semua walaupun tak banyak sangat.

So let's check it out!

Untuk pengetahuan awak semua, boleh campur brand ya. Tiada masalah untuk awak campur brand A dengan brand B. Sebagai contoh Dila kongsikan skincare routine Dila di bawah.

SKINCARE ROUTINE
1. Micellar Water by Garnier
2. Cleansing oil by Hada Labo
3. Cleanser by Simple/The Beauty Hacks
4. Toner by Simple/Hada Labo
5. Serum by Junni Beauty/Mimpi Mika
6. Moisturizer by The Beauty Hacks
7. Acne gel treatment by T3 Mycin (recommended by doctor)
8. Sunscreen by 3w clinic/biore
9. Exfoliator by The Beauty Hacks/Temyracle
10. Sheet Mask (Campur brand)

Buat masa sekarang Dila tak guna exfoliator, serum dan sheet mask sebab muka tengah breakout. Right now I am back to basic which is,

Cleanser -> Toner -> Moisturizer -> Acne gel -> Sunscreen

Tengoklah semuanya berbeza-beza brand kan? Jadi tiada masalah untuk awak guna skincare dari brand yang berbeza. Ini kerana kulit muka kita akan detect ingredients dalam produk tersebut bukannya brand. Kulit wajah akan bagi reaksi atau kenal pasti dengan bahan-bahan yang terkandung dalam produk-produk tersebut.

Oleh sebab itu, Dila tekankan tolong baca dan pilih ingredients yang sesuai dengan kulit. Sebagai contoh, bagi mereka yang kulit sensitif mesti tidak sesuai pakai ingredients yang mengandungi alkohol/fragrance dan ada orang pula sesuai je pakai dengan kedua-dua ingredients tersebut. Jadi, ini semua bergantung di atas penerimaan bahan-bahan pada kulit masing-masing.

Jadi, awak tak perlu risau nak guna skincare campur-campur brand. Kulit kita ni akan bertindak balas dengan bahan-bahan bukannya jenama produk.

*****

P/S: Minta maaf bagi mereka yang tidak selesa. Dila nak let go sebab skin tengah breakout terpaksa kurangkan penggunaan skincare.

Dila nak preloved Laneige Water Sleeping Mask. Masih berbaki 50% dan sangat sesuai digunakan sebagai trial. Spatula dan box masih ada lagi. Jika berminat sila message atau boleh DM Dila di instagram: adilaadriana_

✅ 50% Left
✅ EXP date: 30/12/2022
✅ Spatula & box still have
✅ Recommended for trial
✅ Price: RM50 exclude postage

Postage RM8 untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

*****

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*****

Okay itu sahaja perkongsian kali ini. Bagi sesiapa yang ingin bertanyakan soalan boleh private message tapi kadang-kadang Dila tak perasan. Kalau awak nak reply cepat boleh DM Dila di instagram: adilaadriana_

Insha Allah Dila akan cuba bantu apa yang Dila tahu.

Semoga awak semua berjaya cari skincare yang sesuai dengan kulit masing-masing! Jangan lupa ikuti SOP dan #kitajagakita

See you in another update! Bye guys!

Beauty Geek Where stories live. Discover now