Pastikan Kulit Sentiasa Hydrated Sepanjang Bulan Ramadhan

406 23 12
                                    

[Song: BTS - Dionysus]

Assalamualaikum.

Memandangkan pembaca Beauty Geek ni ramai yang bawah umur dari Dila jadi, Dila bahasakan diri Kak Dila ya. Sekarang kan bulan puasa, so Kak Dila nak share;

HOW TO KEEP YOUR SKIN HYDRATED DURING RAMADHAN

1. Banyakkan minum air
Maksudnya minum air secukupnya di antara waktu iftar sehingga waktu sahur. Jangan pula awak bantai minum waktu siang. Lepuk kepala tu baru tau! Hihi...

Satu lagi, elakkan minum air yang berkafein dan soda kerana akan menjadikan badan kekurangan air.

2. Jangan keluar rumah tanpa sunscreen
Pakailah sunscreen untuk mendapatkan pelindungan daripada terkena UV rays yang boleh merosakkkan lapisan kulit paling luar, menyebabkan kulit dehydrated serta menjadikan permukaan kulit kasar dan flaky.

3.  Elakkan penggunaan makeup tebal
Bila awak pakai makeup tebal dan berterusan di atas kulit yang dehydrated boleh terjadinya breakout. Lagi-lagi cuaca yang panas di bulan puasa ni.

4. Makan banyak sayur dan buah semasa sahur dan iftar.
Tambahkan fibre dan mineral ke dalam diet. Dapatkan vitamin semulajadi dari buah atau sayur ketika berbuka dan sahur. Kurma sangat tinggi kandungan vitamin A, iron, potassium, magnesium dan calcium. Sebab itu Rasulullah saw menggalakkan makan kurma di bulan puasa. Banyak kelebihan buah kurma tau.

5. Dapat tidur yang secukupnya
Badan akan merembeskan growth hormone ketika tidur untuk memperbaiki sel kulit dan tisu otot. Kurang tidur badan akan jadi lesu dan tidak dapat fokus dengan baik.

6. Maximum kan pengguna pelembab dalam skincare rutin
Gunakan produk yang kandungan moisturizing dia tinggi supaya membantu untuk mengunci kelembapan pada kulit. Kulit akan lebih cenderung untuk dehydrated ketika berpuasa disebabkan kekurangan air.

Okaylah, Kak Dila nak ucapkan SELAMAT BERPUASA SEMUA 🎉

Kak Dila nak minta maaf sekiranya buku ini tak menepati citarasa awak dan kalau-kalau ada ayat yang tak elok atau tak sedap untuk dibaca. Harap ilmu yang Kak Dila sampaikan dalam buku ini dapat menambah ilmu tentang kecantikan untuk awak semua selain memberi semangat dan juga keyakinan untuk mereka yang down dengan kulit diri sendiri.

Bak kata pepatah ambil yang jernih, buang yang keruh.

Jadikan bulan ramadhan kali ini lebih bermakna dengan penuhkan amal ibadat okay! Jangan tinggal solat ya wahai sahabat-sahabat sekalian.

Solatlah engkau sebelum engkau disolatkan.

Kepada perempuan dan wanita yang tidak boleh berpuasa, sesungguhnya anda sudah tahu lebih awal untuk ganti puasa. Hihi.

Psst, that is me okay. Tahun lepas pun macam tu juga. Tak merasalah Kak Dila first ramadan untuk tahun ni juga. Sedih jap!

Oh satu lagi. Kak Dila geram betul dengan budak-budak kampung ni. Dia punya bising naik motor macam esok tu nak raya. Hey budak-budak...

Jangan lupa niat puasa dan bangun sahur ya awak.

Yang benar,
Teman wanita Jungkook eh silap Taehyung lah. Amik dua-dua boleh tak? Hihi 🤭

 Amik dua-dua boleh tak? Hihi 🤭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

#gurauansematamatadimalampuasa

Bye!

Beauty Geek Where stories live. Discover now