satu

32K 379 33
                                    

Hilmi

"Sakit bu. Sakitttt. Ampun bu", jeritan kesakitan bercampur sayu itu selalu didengari menghampiri tengah malam. Tidaklah setiap malam, tapi kerap.

Mula mula dulu, ketika baru berpindah aku dengar tangisan mendayu dayu. Takut juga, yelah perumahan flat lama. Mungkin ada rumah yang dihuni makhluk halus. Walaupun aku cikgu, bijak berpelajaran namun hal hal mistik ni aku percaya. Kelam kabut aku pasang cd al-Quran, namun tetap ada suara itu tapi agak lemah.

Ingin bertanya tapi kawasan perumahan ni banyak penghuninya sibuk bekerja dan pendatang asing.

Ha... kenapa aku duduk flat begini. Sebabnya, dekat dengan sekolah aku mengajar- penempatan sementara sebelum dapat sekolah yang sesuai, dekat dengan kemudahan awam dan sebenarnya ini satu satunya rumah yang sesuai dengan budget aku buat masa ini. Tuan rumah ni tak banyak kira. Tak minta pun deposit 2 3 bulan. Dia kira jadi duduk, bayar. Tak nak bayar , keluar. Aku tak terikat dengan kontrak. Ye lah, aku ni tunggu surat kementerian je untuk dapat sekolah yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman aku. Aku dah berpengalaman lebih 10 tahun mengajar dan baru menerima Ijazah Sarjana.

Selang beberapa hari, aku dengar lagi. Buka cd al-Quran pun tak jalan ni. Kecut juga mula mula, tapi bila dengar bunyi motor mat rempit kat tingkat bawah ni, hilang rasa takut.

Esoknya, lepas sekolah aku ada misi : misi membeli teropong. Hahahaha...

Selesai solat isyak, aku tutup semua lampu kecuali lampu dapur. Jadinya bila aku meneropong, orang tak nampak. Rumah ni tiada balkoni, flat lama. Aku letakkan kerusi berhampiran tingkap dan mulakan operasi. Rumah aku ditengah tengah blok, tingkat paling atas iaitu tingkat 5. Blok aku blok B. Ada 3 blok yang bersusun secara vertikal. Unit flat ni, menghadap blok A. Apa yang terjadi di blok C aku tak tau, itu bahagian unit depan aku punya hal. Cd Quran aku pasang siap siap. Bila jam menunjukkan angka 11, aku bersiap sedia. Aku mula teropong satu persatu. Ada unit yang dah gelap, masih ada yang terang. Boleh dikatakan semua membuka tingkap, memang panas duduk flat ni. Tambah pula kebanyakan yang duduk di sini golongan miskin bandar, penyaman udara dikira barang mewah tak mungkin dipasang. Harga seunit bersamaan gaji sebulan. Silap silap gaji pun tak sebanyak tu.

Aku tersenyum, tiba tiba terangsang bila terlihat ada perempuan membuka pakaiannya satu persatu sebelum dibaluti dengan tuala. Baru balik kerja agaknya. Lelaki mana tak suka tengok benda percuma gitu.

Unit lain pula... yang ni lagi aku tak tahan. Bergumpal laki bini dalam bilik terang benderang, nak belek apa agaknya. Takut silap masuk kot. Tak boleh jadi, makin terangsang aku ni. Aku menarik nafas panjang panjang, aku keluar dari unit flat dan turun ke bawah. Konon konon nak ambil angin malam, boleh juga kenal kenal budak motor sini. Dah 2 bulan kat sini, aku setakat angkat tangan dan bagi salam je.

"Malam ni tak race?", tegur aku pada sekumpulan budak motor yang berkumpul di gerai burger di antara blok A dan B. Aku memesan hot dog special.

"Tak clear bang. Tu lepak sini". Jawab salah seorang dari mereka. Aku perhatikan ada yang menghisap rokok, ada juga bau ganja- ada la antara mereka ni yang sedut ganja ni, ada yang sibuk melayan awek a.k.a bohsia yang bertenggek di belakang motor.
Aku terus bersembang sambil makan hot dog, air tin jenama nescafe pun aku beli kat gerai burger ni.

Tiba tiba, suara tu... aku kenal suara tu. Aku menoleh, mencari sebab lebih jelas. "Dengar tak?", aku tanya pada mat burger.

"Ala bang. Dia tu selalu cam tu".

"Selalu? Kenapa?"

"Abang mesti orang baru sini kan? Yang pakai Persona tu ye?", tanya mat burger.

Aku mengangguk, siap perasan kereta aku ni. Padahal aku jarang keluar guna kereta. Pergi sekolah pun aku jalan kaki. Pergi bandar, aku lebih selesa naik bas ataupun tren.

"Dia kena balun dengan mak dia la tu", ada yang menjawab dari kumpulan mat motor tu.

"Balun? Kenapa?", aku curiga. Kenapa warga sini tak prihatin dengan penderaan begitu.

"Stres kot. Hari tu, laki dia kena tangkap dengan polis sebab mengedar dan dera anak. Dengar cerita, Emi yang repot. Tu yang Emi kena balun".

Aku terdiam, menghabiskan hot dog sambil mengira unit ke berapa rumah tu.

"Assalamualaikum cikgu". Bergema bila satu kelas memberi salam saat aku melangkah masuk ke kelas 5 Impian.

"Waalaikumsalam. Cikgu Adnan cuti hari ni, wife dia bersalin. Saya ganti dia".

"Cikgu...", aku memandang ke arah suara itu. Seorang pelajar perempuan comel mengangkat tangan. Aku memberi isyarat supaya dia bertanya.

"Your name?"

"Hilmi"

"Dah kawin?", sahut seorang lagi. Aku mengelengkan kepala. Bersorak masing masing. Yang pasti hanya pelajar perempuan memberi perhatian padaku. Pelajar lelaki tak kesah langsung.

"Cikgu gay ke?", satu soalan dari pelajar lelaki duduk di hujung kelas, mendapat sorakan jitu dan padu.

"Kenapa kata saya gay?", soalku berjalan kearah kumpulan pelajar lelaki tersebut.

"Ye la. Cikgu segak, badan sado macam angkat besi. Tengok muka macam dah dalam 40an. Takkan takde perempuan nak?", gegak gempita lagi kelas. Aku tersenyum.

"Korang boleh diam tak? Aku nak tidur pun tak senang", bentak seorang pelajar perempuan di sudut belakang juga, berhampiran tingkap, bertentangan dengan kumpulan lelaki tadi. Aku memang perasan dari tadi. Dari saat aku masuk, dia tidur.

"Tu la kamu semua. Kan ada yang dah marah. Cuba perlahankan suara tu".

"Ala, dia memang macam tu. Masuk kelas je tidur. Nak tidur pergi balik rumah la", kata Salem, aku tau dari tandanamanya.

"Woi Salem, kalau kau nak rasa kasut buruk aku dalam mulut kau, kau cuba cakap lagi sekali". Pelajar perempuan tadi berdiri tegak, memandang Salem dengan tajam. Kemudian dia bangun dan keluar dari kelas tanpa minta izin dari aku. Ahh.. sudah. Betul kata Cikgu Sal; bermasalah budak ni.

Waktu persekolahan sudah lama tamat, aku lalu kelas tadi. Emilia baru mengalas beg untuk pulang. Dia melangkah terus ke tangga tanpa perasan aku ada memerhatinya.

"Tak habis habis menyusahkan aku".
"Ampun bu.... ampunnnnn"

Segera aku mencapai teropong dan halakan ke unit yang telah ku ingat rapi dalam otak sejak santapan hot dog tepi gerai tempoh hari. Betul cakap mat motor, dia kena balun. Aku nampak kayu. Budak tu kena balun dengan kayu. Sakitnya... macam aku yang kena.

Ehhh... ni unit yang bergumpal hari tu. Bukan ke laki dia dah kena cekup dengan polis? Siapa yang bergomol? Ahhh... konflik ni.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now