empat tujuh

14.5K 279 41
                                    


Hasri

Pagi ni aku rasa lebih segar walaupun lewat tidur semalam. Lega selepas aku luahkan segala yang tersimpan dalam lubuk hatiku selama ini. Tiga tahun aku simpan. Lama kami berbual, aku luahkan rasa hatiku selama ini. Segala kesakitan dan keperitan yang aku tempuhi tanpa dia. Tapi apa yang aku hadapi tak sehebat yang dia lalui. Aku minta peluang kedua dari Lia. Lamaranku tempoh hari pun masih belum diberi jawapan. Bersabarlah hati.

Aku rasa dahi Lia, risau juga kalau kalau dia demam. Mujur biasa saja. Lena betul dia tidur. Aku mengambil telefon Lia yang berada di kepala katil. Aku cuba membukanya. Ada kata kunci pula. Pejam celik pejam celik aku memikirkan kemungkinan nombor yang menjadi pilihan Lia sebagai kata kunci.

Yes!!!
Sesuatu yang di luar jangkaan, password Lia, tarikh lahir aku. Memang aku tak sangka.
Mula mula galeri. Masih ada gambar lama kami berdua. Hati aku berbunga. Cukup bagiku.

Sekarang dah pasti, Lia masih sayang padaku tapi aku tau dia masih terluka dengan peristiwa lampau. Aku harus tawan semula hatinya.

Semestinya bukan cara dulu. Dah banyak kali aku tayang badanku, dengan hanya berboxer, bertuala, tak berbaju.. semuanya kat tingkat atas la. Mak tak naik tingkat atas. Aku segan juga nak buat semua tu kalau mak ada. Tinggal belum bogel je depan Lia. Semua tu tak jalan dengan dia. Tak seperti dulu, menerkam saja. Sedang masih lengkap berpakaian pun, selalu kena baham.

Lia sekarang berbeza. Hatinya dingin dengan aku. Buatlah apapun, dia tak kesah. Kecuali semalam, tapi itu puting beliung. Terkebil kebil aku kat meja makan, bila semua hidangan dibuang Lia. Aku saja mengusiknya, nak ajak bercakap, bergaduh tapi dia ambil serius. Kelaparan aku. Mujur ada lebihan nasi goreng mak masak untuk sarapan pagi.

Aku cakap lah apapun, buatlah apapun.. Lia tak ambil kesah, dia mendiamkan diri. Semalam, nyaris aku mencemarkan dia lagi. Mak dah pesan banyak kali, kalau nak buat isteri kena lindung dan jaga sebaiknya, bukan letakkan maruah dia di kaki, nafsu dihati.

"Dah bangun?". Tanyaku sewaktu dia keluar dari bilik air, mukanya masih ada titisan air. Baru basuh muka dan gosok gigi la tu. Dia mendongak ke depan memandang aku yang menatang dulang berisi sarapan. Aku letakkan di atas katil yang dah dikemaskan.

Lia duduk, "kenapa ni? Lia boleh turun la". Katanya sambil mengikat rambut. Suaranya sedingin salju. Tawan hatinya Ayie, usah tewas.

"Rehat la. Semalam kan tidur lambat. Lepas minum ni, baring balik, rehat". Aku menyuapkan roti bakar dilepa dengan mentega dan kaya ke mulutnya. Mukanya mulai merah. Malu la tu, arghhh lainnya Lia sekarang. Kami berkongsi 2 set roti bakar yang aku buat bersama secawan besar susu panas. Susu untuk Lia, itu kesukaannya.

Teringat masa kat Penang dulu, kalau macam ni selalunya akan berakhir dengan masing masing kekenyangan dan kepuasan. "Thanks. Lain kali tak payah buat macam ni. Lia boleh buat sendiri". Aku senyum tapi hatiku terluka. Susah sangat ke nak terima aku kembali?

Aku naik semula selepas melunaskan urusan membasuh bekas tadi dan mengemas ala kadar di bawah. Tak nampak pun Lia di bilik, aku tak perasan kot sebab laju berjalan,  setelah dapat panggilan alam.

"Lia...", jeritku dari dalam bilik. Ada la 2 3 kali. Aku berdiri di depan almari terbuka.

"Kenapa terjerit jerit?". Aku menoleh. Lia berkemban dengan kain batik, rambutnya masih basah. Aku teringat masa di Penang dulu. Sesuatu terjongket dari dalam tualaku.

"Nampak tak seluar bermuda Ayie warna khakis tu?". Suaraku terpaksa dikawal, ada getar didalamnya. Aku melarikan mataku dari terus memandangnya.

"Ada. Kat bilik belakang, baru lepas iron. Kejap ek". Lia keluar dari bilik, aku sekadar menelan air liur melihat lenggok punggung dan betisnya yang putih. Tadi mataku sempat menjamah pangkal dadanya menggebu.

Aku harus tinggalkan dia di rumah. Aku tak mampu nak mengawal nafsu jika terus bersamanya di rumah. "Ayie nak bungkus lauk untuk lunch ni. Lia masak nasi ye". Kataku sewaktu dia masih menggosok baju kerjaku. Masih lagi berkemban.

Dia menoleh padaku yang berada di tangga menghala untuk turun, sambil membetulkan ikatan kembannya. Aduh Lia... kenapa ni?

"Ok. Lia masak pun tak sedap kan?". Dushhh... Bukan tak sedap, aku rindu la masakan kau, makcik. Dengan kau sekali aku rindu. Rindu sangat sangat.

"Ada Ayie buat apa apa kat Lia masa mak takde?"
Tersedak terus aku. Lia pun sama. Kimi tergelak. Mujur aku tak tersedak kuah rojak.

"Takde mak. Macam biasa je", jawab Lia.
"Biasa macam kat Penang ke kat sini?". Mak aihhh soalan. Pitam kejap aku.
"Kat sini", jawab Lia perlahan tapi yakin. Merah muka dia, malu dengan Kimi kot.

Setiap hari berlalu tanpa ada sebarang kata dari Lia kecuali Thanks. Itu pun sebab aku hantar dia ke kolej sepanjang minggu peperiksaan. Mak yang desak Lia naik dengan aku. Senyuman Lia pun susah nak nampak.

Disebabkan hujan lebat petang ni, aku menghantar mesej akan menjemputnya di kolej. Selalunya, dia balik menaiki pengangkutan awam. Setibanya di situ, Lia beriya bersembang bergelak ketawa dengan rakan rakannya, ada lelaki dan perempuan. Aku memberhentikan kereta betul betul di depannya.

"Bye Emi"
"Byeeeeee". Sambil tertawa dia melambai.
"Semua sekelas ke?", soalku sambil memutar stereng untuk keluar dari kawasan kolej.
"Tak la. Ada dari course lain tu", jawabnya. Tangannya sibuk menekan skrin radio memilih lagu kegemaran.
"Rapat ye"
"Tak boleh ek?". Dia menjeling padaku.
"Tak la maksud macam tu. Eh.. jom kita makan ais krim kat BR"
Lia mengerutkan hidungnya, geram pula aku. Bila bibirnya turut muncung secara automatik.
"Tu maknanya nak aiskrim ke minta kiss?"
"Ish.. apa Ayie ni". Aku tertawa bila Lia seolah merajuk. Aku suka lihat refleksi wajah Lia terbias di cermin.

"Kata nak makan aiskrim BR... ni aiskrim McD drive thru je. Kedekut", bebel Lia, muncung panjang sedepa.

"Tadi orang tanya tak jawab. Lagipun makan aiskrim dalam hujan, depan tasik romantik kan??", usikku. Kereta aku letakkan menghadap tasik.

Lia mencebik. Laju je dia menjilat aiskrim vanila. Aku memandang ke arah lain, tak tahan. Teringat saat Lia dan aku bermesra dulu. Dalam kepayahan, aku mengawal kepala dan hormon yang berlumba lumba ingin tunjuk hebat dalam suasana hening ni.

"Ayie..."
Aku menoleh pada Lia.
"Nothing". Dia menghela nafas panjang setelah mata kami bertentangan seketika.

"Kenapa sayang?". Aku cuba menyentuh lengannya. Matanya merah.

"Ayie masih nak peluang ke dua?"
Mestilah, kalau tak buat apa aku minta dan menanti hingga kini.
Aku mengangguk tapi aku pelik, kenapa? Lia ada orang lain ke?

"Betul Ayie takde orang lain selama Lia di KK?"
Ah.. sudah.
"Betul sayang . Takde sapa. Boleh tanya mak. Tanya Kimi. I have no one".

"Ayie masih nakkan peluang tu jika Lia cakap kehidupan kita nanti tak sempurna?". Kali ni Emilia memandang tepat anak mataku.

Aku tak faham, "tak sempurna? Maksud sayang?"

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now