lima tiga

11.9K 299 75
                                    

Hasri

"Kejap", kataku apabila terlihat Kimi melambai. Aku sedang memangku Helena, anak kedua along.

Usai makan tadi, aku bersembang pula dengan saudara mara yang hadir dibawah khemah. Meriah pula sesekali jumpa pak sedara yang tua tua, banyak rahsia rumahtangga diperturunkan. Masa aku bernikah dengan Lisa hari tu, takde la beriya nak bagi nasihat dan petua.

Makin gamat bila kisah disebalik kelambu diceritakan. Maka berderailah gelak gempita. Cerita mereka berkias namun masing masing faham.

Aku nampak tadi Lia keluar dari kereta membimbit beg plastik. Bila masa mereka berdua keluar, aku tak perasan. Ada la tu beli apa apa kat kedai.

Helena, aku berikan kepada along dan bergegas ke Kimi. "Kenapa?", aku bersandar pada kereta Kimi.

"Emilia tak nak teruskan. Dia nak balik KL. Aku tak tau kenapa. Tapi aku nampak dia lesu sejak sampai sini. Tak macam orang yang seronok nak jadi pengantin. Tak macam pagi tadi sebelum kita bertolak dari rumah kau".

Terkejut aku bila Kimi berkata demikian. Berderau darah aku. Kalau suluh, memang pucat muka aku ni, tak berdarah. Memang aku perasan perubahan Lia tapi tak sangka sampai Lia nak batalkan pernikahan kami. Kurang 48 jam kami akan diijabkabulkan.

"Takpe. Esok dia ada body treatment and relaxing kat spa. Kau hantarkan ye. Nanti hilang la lesu tu. Dia nervous je kot". Ulasku.

"Aku tak rasa macam tu. Dia ok je hari tu. Bukan main excited lagi, menghitung hari nak jadi isteri kau. Haaa.. dia ada tunjuk lebam kat lengan dia. Aku rasa lain dah ni". Kimi memberi pandangannya. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket baju melayu.

"Takde apa apa la tu. Lia ok", balasku.
Aku menelan air liur dengan payah. Berdebar pula rasa hati ni. Apa pula kali ni. Rokok Kimi aku ambil sebatang dan nyalakan bagi menenangkan hati. Aku tak merokok. Tapi dalam keadaan ni, aku perlu.

Aku masuk ke rumah mencari Lia. Tapi tak kelihatan. Yang ada Lisa. Aku pening dengan dia ni. Tak faham yang aku nak jadi laki orang dah ni. Dia yang tinggalkan aku, sekarang mencari balik.

"I dengar bakal wife you mandul ye?", tanya Lisa, datang duduk di sebelah aku bila aku menyertai anak anak buah mengisi telur ke dalam net bunga telur untuk hiasan di pelamin dan ada juga yang mengisi buah tangan ke dalam bekas kecil untuk dibawa pulang oleh tetamu yang hadir nanti.

Aku menoleh pada Lisa bila dia menyentuh bahuku. Ni kali kedua dia cuba menyentuh aku. Tadi masa makan malam, disentuhnya tangan aku. Aku anggap itu tak sengaja.

"Bukan masalah you pun", balasku.
"Rugilah, orang macam you tak de anak", komennya.
"Takpe. Nanti nanti kami usahalah". Aku menjawab sambil menolong memotong riben untuk mengikat net.

"I dah tentu tentu subur. I dah ada Syifa. Kalau you rindu Syifa, pintu rumah I sentiasa terbuka", bisik Lisa yang semakin dekat padaku.

"Eii.. sakitlah", ucapku sambil menggosok tepi kepala.

"Uban. Tak hensem la kalau naik pelamin dengan uban".

"Ha.. ye la. Laki kau dulu pun penuh uban atas kepala". Lisa dengan muka masam berlalu, mengelek Syifa di pinggangnya.

"Sayang pergi buat treatment ye. Rehat rehat kat spa. Tak payah runsing tentang wedding kita. Biar abang uruskan semua", aku memujuk Lia selepas sarapan pagi. Kami duduk di tangga menghala ke khemah. Kepalanya dilentukkan ke lututku.

"Boleh tak Lia tak pergi? Lia tak sedap hati la dari semalam. Lia nak duduk dalam rumah". Katanya sambil mengeluh. Mukanya pucat, tak berseri. Masa sarapan tadi pun, dia kurang makan, tak seperti selalu.

"Patut dark circle teruk sangat ni". Aku menyentuh bawah matanya.
Lia tersenyum tawar, "I cant sleep last night".

Aku tau. Aku ada di atas. Dia yang tak nampak aku. Aku perhatikan dia turun kemudian masuk ke bilik. Aku dengar derap kakinya kemudian tak lama kemudian ada alunan suara membaca Quran. Aku berbaring di luar pintu biliknya setelah bertahajud. Aku khuatir seandainya dia lari. Aku runsing dengan apa yang Kimi katakan tapi aku harus pamerkan yang sebaliknya.

"Emilia. Dah siap? Jom aku hantar", tanya Kimi dari bawah rumah, mengintai kami.

"Abang... please. Lia tak nak pergi", rayunya sambil memegang kepala lututku. Air matanya mulai mengalir. Masa macam ni baru nak panggil abang.

"Pergilah. Sayang kan rasa penat. Mesti sebab stress kan? Lagipun, nak buat inai sekali kan". Aku mengucup kepala Lia untuk meredakan rasa tak tenteram dihatinya.

"Haishh... sabar sikit boleh tak. Tak berapa jam lagi nak nikah", tegur mak di kaki tangga. Aduhh... aku hanya mampu tersengih. Siapa lagi yang nampak ni? Ingatkan perbuatan beberapa saat tu selamat dari pandangan orang.

"Lia ni nak ke mana?", tanya mak bila Lia turun bersalaman dengannya.
"Nak pergi spa kejap mak. Kimi hantarkan", aku tolong jawabkan.

"Ish.. orang muda sekarang ni tah apa apa benda nak buat. Lia ni darah manis. Nak keluar keluar, bahaya. Macam macam boleh jadi", bebel mak.
"Ala mak, dekat je. Tak sampai setengah jam pun pergi bandar. Tahyul je darah manis tu". Aku menempelak mak. Mencuka muka mak, kejap lagi aku kena minta maaf.

Aku nampak Lisa di bawah khemah. Matanya mengekori Lia. Tah bila sampainya. Pagi lagi ni.

********

Emilia

Sebaik masuk ke dalam kereta Ayie yang dipandu Kimi, aku terus terlena. Semalaman aku tak dapat melelapkan mata. Aku jadi resah, gelisah. Nak kata tak tahan panas, aku dah biasa tidur dalam suhu begini. Lagipun, malam tadi hujan. Aku dengar dengkuran bersahut sahutan ketika ke bilik air mengambil wudhu. Anak cucu mak tidur bergelimpangan di ruang tamu atas dan bawah.

"Bangun Lia. Pintu Spa dah buka tu". Kimi mengejutku. Aku memandangnya, makin lama Kimi makin hilang.

"Wei... bangun la. Cepat mula rawatan, cepat balik". Suara Kimi membuat mataku terbuka kembali.

"Kimi.. kenapa aku tidur nyenyak dalam kereta. Tapi kat rumah langsung tak boleh tidur?"

"Panas agaknya. Bilik tu takde aircond kan?"

Aku terdiam dan meninggalkannya setelah berjanji akan menghubunginya selepas siap semua.

********

Hasri

Aku jadi tak keruan bila melihat jam. Patutnya Lia dan Kimi dah pulang dua jam yang lalu. Mana perginya. Mak pun entah kemana. Aku tanya Suhaila, dia pun tak tau. Dia sibuk membuat bunga rampai. Orang di bangsal dah sibuk membuat rendang dan macam macam lagi.

Apa maksud Lia enggan pergi Spa tadi? Kenapa petang semalam tiba tiba dia katakan sayang padaku? Kenapa tadi dia panggil aku abang dengan pandangan sayu? Kenapa itu dan ini, semuanya timbul bila hati ni gundah. Teringat pula kata kata mak pagi tadi.

Aku cuba menghubungi Lia dan Kimi tapi semuanya masuk peti simpanan suara. Mesej pun tak berjawab.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now