tiga lapan

13K 296 47
                                    


to beloved reader:
sila baca tiga tujuh dulu ye. Arrangement dah kacau bilau terkena ribut taufan. 😚😚

-------------------------------------------------------------

Sabtu, aku masih menanti panggilan dari Lia. Terakhir aku dengar suara dia tiga hari lepas, itupun perlahan, tak bermaya. Bukan seperti selalu, ceria. Kimi pun tak beri apa apa maklumat, maknanya Lia tak hubungi dia.

Aku hubungi Kimi tapi tak berjawab. Ye la, subuh lagi. Orang masih tidur, aku yang tak dapat dapat tidur. Aku ingin hubungi Lia tapi nampak sangat aku rindukan dia, aku berlembut dengan dia. Cukuplah dengan pengalaman lama antara aku dan Lisa. Aku berlembut hinggakan Lisa naik lemak berganda ganda hingga memperbodohkan aku. Aku ambil pengajaran dari situ.

Jam sebelas aku daftar keluar, panggilan aku masih tak dibalas Kimi. Pintu rumah kubuka, sunyi. Tiada bau masakan, hatta bau kopi sekalipun. Bau pewangi yang Lia gemar sembur ke tubuhnya selepas mandi pun takde.

Meja makan kecil di dapur turut kosong. Tingkap ruang tamu dan dapur tertutup, selalunya Lia akan buka untuk pengudaraan. Aku agak Lia keluar, mungkin untuk bertemu bakal suaminya. Aku terus menjeruk rasa.

Katil dan bilikku kemas seperti biasa. Baju kemejaku semuanya tergantung rapi. Eh.. kenapa separuh je baju Lia tergantung bersama baju kemeja aku? Baju Lia yang menjadi kegemaranku, semuanya ada. Aku buka pintu almari yang tersimpan baju harian kami dan pakaian dalam. Baju Lia tiada.

Hati aku sakit, sampai hati Lia tinggalkan aku. Betullah seperti sangkaan aku - sayang Lia hanya di mulut. Sama seperti Lisa. Sayanglah, cintalah. Tapi ada lelaki lain. Kau bodoh Ayie... tertipu lagi.

Padan muka. Dulu masa Lisa baik dan setia, kau galak. Semua perempuan kau layan. Tak kira bangsa, agama dan rupa. Ni lah balasannya, saat kau berubah; Lisa turut berubah. Sekelip mata. Kini, Lia. Kau setia, dia? Sama macam kau dulu masa bertunang dengan Lisa. Telan Ayie, telanlah karma yang tertulis untuk kau.

Aku sunyi tanpa Lia. Tak seperti kehilangan Lisa yang berkali kali sebelum ini. Dulu aku bertahan dengan Lisa sebab semuanya berpunca dari aku.

Aku dah macam orang gila, nampak Lia di dapur, di ruang tamu, di atas katil.

"Kenapa call aku?", soal Kimi sebaik aku meleret butang hijau di skrin telefon. Aku tak mampu menjawab. Sepi.

"Apsal kau ni?", soal Kimi lagi.
"Aku tak tau nak cakap macam mana"
"Apa?", suara Kimi agak tinggi. Mungkin dia tak dengar apa yang aku katakan. Aku tau suaraku tak seperti biasa, hari ini.
"Lia tinggalkan aku. Dia pilih lelaki tu".
"Kau yakin dia pilih lelaki tu?"
"Ye la. Kalau dia pilih aku, mesti dia ada kat rumah".
"Aku kat kenduri kawan ni area Seberang Prai. Petang ni aku pergi rumah kau", kata Kimi.

Kimi muncul di depan pintu yang memang kubuka setelah dia memberitahu dia sudah berada di bawah.

"Teruk sangat rupa kau", komen pertama Kimi sebaik dia duduk disebelah aku. Dia mencapai remote astro, menukar ke rancangan lain.

"Aku serabut. Kenapa Lia tinggalkan aku? Apa kurangnya aku berbanding lelaki tu?". Aku meluahkan isi hati.

"Kenapa korang bergaduh dan kau keluar rumah hari tu?", berkerut dahi Kimi.

"Pasal dia nak kawin tu la. Dia ada jantan lain, geram betul aku. Aku marah sangat masa tu. Aku keluar sebab aku takut aku tak dapat kawal diri dari mencederakan dia".

"Sebab tu je kau tinggalkan dia??". Aku menggelengkan kepala.

"Aku jumpa UPT dalam tong sampah. Aku dah cakap aku tak nak baby. Dia degil. Tah tah anak lelaki tu", luah aku kegeraman.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now