satu dua

20.3K 354 110
                                    


"Benci la...", kata Suhaila duduk di sebelah aku di tangga luar, menghala ke jalan besar. Selepas makan malam, Suhaila mengajak aku menikmati angin malam. Diberinya aku satu bar kit kat yang dibelinya petang tadi, buat lapik perut katanya.

"Sapa?"
"Yang along bawa balik tu", cemberut mukanya. Aku ni lagi la tapi siapa aku nak cakap macam tu.
"Eh.. tadikan sakit perut, kenapa duduk sini?", ada suara menyapa kami dari belakang.
"Haah kan.. dah ok perut?", Suhaila menyucuk yucuk pinggangku.
"Dah la. Tadi sapu minyak cap kapak". Aku tergelak gelak dan mengelak dari terus dicucuk. Kemudian membalas pula pada Suhaila.

"Tak nak makan?", tanya Ayie duduk di belakangku. Aku mengeleng dan menayangkan coklat yang diberi Suhaila tadi.
"Jom ikut Ayie. Nak jumpa Lisa jap". Suhaila menepuk tangan, suka la dapat jalan jalan waktu malam. Mak memang tak bagi Suhaila keluar malam seorang diri, bahaya katanya.
Suhaila beriya-iya menarik aku ikut sekali, padahal akhirnya dia yang tertidur dalam kereta.

Bosannya teman orang berdating ni. Dah la budak sebelah ni membuta siap berdengkur lagi. Aku dengan Suhaila memang awal awal booking duduk belakang. Malas nak tukar tempat bila Lisa nak masuk kereta nanti. 

Eh.. ni dating ke gaduh?? Ayie siap cekak pinggang, riak muka tegang berhadapan Lisa yang menunduk dari tadi. Sesekali Lisa mengesat air mata, macam tau tau je aku sedang memerhatikan mereka bila dia menjeling ke dalam kereta. Ayie menepis tangan Lisa yang cuba memegangnya ketika ingin masuk ke dalam kereta. Aku membuka sedikit je mata nak mengintai, lubang telinga aku sumbatkan earphone, kononnya dengar lagu.
"I nak balik, kalau you nak tunggu dia jemput. Tunggulah", kata Ayie. Tergesa gesa Lisa masuk di sebelah. Aku rasa kecut perut sebab lajunya kereta ni, ibaratnya kelajuan arnab ketika berlumba dengan kura kura.

"Emilia, dok depan. Ayie tau.. tak tidur pun kan". Aku diam.. Lisa dah dihantar pulang pun masa tu.

"Cepatlah. Temankan Ayie sembang", gesanya.
"Macam mana nak gi depan? Kereta bergerak".
"Ikut celah ni la". Dia menepuk kerusi disebelah, menunjukkan ruang tengah antara dua kerusi.
'Biol betul dia ni'. Nak tak nak, aku lalu situ.

"Cepatlah nak sembang apa?", kataku sebaik menarik tali pinggang keledar.
"Cari la idea".
'Apa ni... tadi suruh teman sembang. Ingatkan banyak sangat la idea', rungutku.

"Perkahwinan ni banyak pahit dari manis, Emilia setuju tak?"
Aku mengangguk, "lebih lebih lagi jika ianya rahsia".
"Ada ke rahsia?", tanya Ayie memperlahankan kereta bila lampu isyarat bertukar kuning.
"Banyaklah. Takkan Ayie tak tau. Tadi gaduh ek?", aku mengerling padanya. Dia mengangguk lemah, raut wajahnya berubah.

"Kenapa? Kan Ayie dah kawan lama dengan dia".
"Dia nak sekalikan perkahwinan kami dengan Ayu. Which is kena tunda la kot, I guess. Tetiba je nak join tanpa preparation langsung", Ayie mengelus rambut lurusnya. Amboih, kalah model iklan syampu mamat sorang ni.

"Kak Ayu nak kawen? Ok la buat sekali. Jimat belanja. Ayie tak sabar ek?? Nak kawen cepat la tu", aku ketawa kelegaan bila dapat tahu Ayu nak kawen baru.
"Tak la. Bukan tak sabar. Dengan Lisa tu, dah puas pun".
Aku terdiam, aku faham tapi sekarang apa masalahnya?
"Along belum bagi kata putus bila nak buat", tambahnya.
What???? Nak meletup jantung aku.
"Cikgu nak nikah dengan kak Ayu?", tanyaku tergagap gagap. Ayie mengangguk memandangku. Aku melarikan wajahku, memandang ke luar tingkap tapi aku tak perasan ada refleksi wajahku di situ yang boleh dilihat oleh Ayie.

"Dari mana tadi?", suara abah dibelakangku, ketika aku sedang mengisi air ke dalam botol.

"Ikut Ayie jumpa Lisa"
"Dua orang je?"
"Kan nampak tadi. Ada Suhaila sekali", jawabku geram. Hal aku nampak, yang dia duduk bermesraan dengan Ayu depan tv masa kami balik, boleh pula buat buat tak nampak.
"Abah tak suka Emilia rapat dengan Ayie".
Aku berpaling, kami bertentangan, "abah pula sekarang. Well, kami tak rapat pun. Emilia temankan Suhaila je tadi. Duduk rumah pun buat apa. Sakit mata tengok orang yang nak kawin tak lama lagi berkepit siang malam"
"Sapa yang nak kawin?", abah meninggikan suara.
"Macam la Emilia tak tau. Tak perlu abah sorok lagi. Abah boleh lepaskan Emilia. Lagipun abah tak buat permohonan pun untuk kita bernikah secara sah, memgikut undang undang".
Kami bertengkar buat pertama kalinya secara berbisik.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now