tiga tujuh

12.5K 315 36
                                    


Lia masih tak menghubungi aku. Takpe, aku beri masa untuknya beberapa hari lagi. Baju kerja pun masih ada.

Tak pernah Lia begini. Kalau merajuk pun, tak lama mana selalunya. Ni mesti sakit hati sangat dengan mulut lancangku.

Hasri... dia dah ada lelaki lain. Cukup cukup lah.

Jam dah menunjukkan angka 2000. Selalunya waktu ini, Lia menanti aku untuk ke gym. Kadang kadang, kami duduk di benteng laut tak jauh dari kondo, berpelukan. Aku rindu bau rambut Lia.

"Hasri, teman I dinner", suara itu membuat aku terjaga, apatah lagi dengan sentuhan dipipiku. Aku terlelap rupanya. Rapat sungguh wajah Anis. Aku menolak tubuhnya.

"I ada hal. Nak balik", aku menutup laptop dan bangun. Anis menolak, aku terduduk di kerusi. Anis terus duduk di ribaku.

"I want you Hasri". Anis membuka butang bajuku. Aku tergamam. Kenapa Anis sebegini sekali?

"Anis, stop. I tak nak you. Jaga maruah you". Aku menahan tangannya.

"Tapi I memang nak you", Anis terus terang memberitahuku tanpa berselindung. Tak dapat membuka butang kemejaku, butang kemeja sendiri dibukanya. Aku nampak lurah dadanya, memang selalu menjadi perbualan pekerja lelaki. Aku tinggalkan Anis.

Kenapa Ayie? Selama ni pantang perempuan datang menawarkan diri, kau tak pernah menolak. Sejak bila kau berubah? Ruginya. Kau lelaki terhebat di ranjang. Sampai semua teman perempuan yang kau kenali, memuji kehebatan kau. Takkan cukup dengan Emilia yang telah menduakan kau? Hebat sangat perempuan yang kau panggil jalang tu?

******

Emilia

Sesusuk tubuh datang duduk disisi dan memelukku.

"Kau nak menangis? Menangis la, aku ada". Aku memandangnya.

"Aku tak dapat menangis tapi aku sedih sangat. Temankan aku". Dia menggenggam tanganku dan mengangguk. Kami keluar bersama.

Aku merenung laut, kami duduk di persisir benteng Queensbay. Bukan malam minggu jadi tak ramai melepak. Dari tadi, aku tak bersuara, dia pun begitu. Mungkin memberi ruang padaku berfikir sedalamnya.

"Kau baru sampai ye tadi?", soalanku dijawab dengan gelengan.

"Aku duduk meja belakang kau".

"Kau dengar?"

"Aku dengar semuanya". Aku memejamkan mata, menarik nafas sehabis dalam.

"Aku nak minta tolong, boleh?", tanyaku perlahan. Kimi bertanya apa yang dia boleh bantu.

"Belikan aku tiket flight. Aku tak reti beli online", pintaku. Kimi terkejut.

"Ayie tau?"

"Jangan bagitau dia. Tolonglah, kali ni je. Dia yang bagi pilihan pada aku. Aku rasa ini yang terbaik untuk kami".

"Anak yang kau kandung tu?", tanya Kimi, lebih prihatin berbanding Ayie. Sekurang kurangnya dia bertanya.

"Aku pilih dia. Biarlah Ayie dengan cara dia. Dia berduit, segak. Tak de masalah untuk mencari pengganti aku. Lagipun Anis sentiasa ada untuk dia", jawabku sambil tangan aku letak di perut. Kimi menekup mukanya, aku tau dia menahan diri dari menangis.

"Jauh sangat kau pergi. Bagitau la alamatnya, mana tau nanti aku boleh melawat", kata Kimi yang mengesat air mata yang bertakung di kelopak matanya, berat hati aku nak melalui pintu pemeriksaan lapangan terbang. Tanganku digenggam erat seolah enggan melepaskan.

"Aku ada kawan kat sana. Dia baik macam kau. Jangan risau pasal aku. Tolong jagakan mak untuk aku. Cakap kat mak, aku sayang dia", ujarku sebelum kami berpisah. Pandanganku pada Kimi kabur. Air mata mulai berlinangan. Permintaannya kuabaikan.

"Pesanan untuk Ayie?", soalnya. Aku menggelengkan kepala kemudian " Tell him, thanks for everything and sorry for what I did. I learnt a lot from him".

"Kimi.. aku takkan hubungi kau lagi ye. Anggap aku tak pernah wujud dalam keluarga kau ye. Terima kasih sebab sudi mendengar cerita aku selama ni". Aku melepaskan tangannya dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now