empat sembilan

11.9K 287 64
                                    


Emilia

"Kenapa along tak tau pasal Ayie nak kawin dengan Emilia? Sejak bila bercinta?"

Cikgu Hilmi tiba dari Terengganu semalam tapi terus ke hotel. Ada mesyuarat di Putrajaya katanya. Usai mesyuarat hari pertama, dia singgah di rumah Ayie untuk bertemu mak.

Dia kelihatan terkejut bila nampak aku keluar dari kereta Ayie. Kimi pun baru sampai dari Ipoh. Esok cuti.

Aku yang baru nak menuruni tangga terhenti meneruskan langkah bila terdengar suara Cikgu Hilmi. Agak tinggi suaranya.

"Ni la mak nak bagitau. Semua dah siap dah. Tinggal nak nikah dan majlis je. Buat cuti sekolah nanti ni". Tenang je suara mak menerangkan satu persatu.

Oh.. diorang berbincang di ruang tamu. Aku cuba mengintai tapi tak nampak. Nak menonggeng kang tergolek pulak.

"Kenapa mesti Emilia?". Cikgu masih tak berpuas hati.

"Tak boleh? Salah ke Ayie nak ambil Emilia sebagai isteri?", suara Ayie sama tinggi dengan nada cikgu.

"Ke along masih ada hati pada Emilia?". Persoalan sinis dari Kimi, lembut tapi mendalam. Hatiku tercuit, tak mungkin. Cikgu dah nak masuk tiga anak dengan Kak Ayu.

"Korang cakap apa ni?", tanya mak kebingungan, memandang kepada ketiga tiga anak lelakinya.

"Mak". Semua berpaling padaku yang berada di kaki tangga.

"Emilia pernah bernikah dengan cikgu sebelum cikgu ceraikan dan berkawin dengan kak Ayu".

Mak mengurut dada. Matanya terpejam. Aku menerpa padanya. Menyesal pula aku buka cerita. Suhaila tiba tiba muncul dari dapur. La... bila masa pula mak buyung ni sampai. Mesti masa aku mandi dan solat tadi. Wajahnya terkejut.

Pandangan Cikgu Hilmi tak beralih dari melekat padaku. Lain benar pandangan dia kali ni.

"Ayie tau?", tanya mak. Ayie mengangguk.

"Kimi?". Turut mengangguk. Mak mengelengkan kepala.

"Suhaila?". Dia menggeleng. Jelas mimik wajahnya terkejut. Berkerut dahinya memandang aku. Serba salah aku dibuatnya.

"Jadi, masa ikut along balik tu memang dah bernikah?". Aku mengangguk.

"Sorang dah ada bini, ceraikan sebab nak makwe lama. Sorang lagi berzina je kerjanya, ni baru nak kawin. Kimi ni dapat perangai buruk ayah yang mana pulak?". Kimi terpinga pinga dengan soalan cepu emas mak. Kalaulah mak tau... memang gamat.

"Apa la nak jadi anak anak jantan aku ni?", ratap mak. Suhaila bersama sama aku memeluk mak.

"Mak. Semua dah lepas pun", ujarku memujuknya.

"Kenapa Emilia tak pernah cerita pada mak? Sebab ini ke Emilia balik kampung?"

"Mak terima tak Emilia jadi menantu?", tanyaku mengelak untuk menjawab soalan yang padaku tidak memberi kesan pada kehidupan yang bakal kami lalui.

Mak mengangguk.

"Mak boleh terima Emilia jika Emilia tak dapat berikan cucu untuk mak?"

"Sayang, kita tak perlu bagitau mak pasal tu". Ayie bersuara, menyentuh bahuku.

"Tak. Mak perlu tau hal ni. Kita perlukan restu mak", jelasku, menoleh padanya. Matanya sayu.

"Kan mak dah restu hari tu. Lagipun kita dah prepare semuanya".

"Betul. Tapi Ayie tak bagitau pasal ni kan?"

"Mak restu apa saja, asal Emilia dan Hasri bahagia".

Suhaila merenung aku, sesudah kami mengemas dapur setelah makan malam. Dia duduk berdepan denganku. Matanya berkaca.
"Betul kau tak boleh mengandung? Kau dah check doktor?".

Aku menarik nafas sedalamnya.

"Kau tak tau kisah aku. Kau beruntung ada keluarga. Ada suami. Ada tempat bergantung".

"Kenapa kau tak pernah cerita pada aku? Mana kau pergi selama ni? Aku rindu kau tau. "

"Aku tak nak ingat kisah silam. Tak semua orang boleh terima. Aku ni anak yang tak diingini. Selalunya orang akan jauhkan diri bila tau siapa aku".

"Mak boleh terima kau. Ayie nak kan kau. Patut la kebelakangan ni, Ayie lain sangat. Dia rindukan kau rupanya".

Aku tersenyum tapi hatiku gundah gulana.
"Tu la. Tapi kami takkan punya zuriat sendiri. Tak macam adik beradik lain. Kesian dia. Mungkin aku perlu undurkan diri".

"Kau jangan nak buat kerja gila. Kita cuba berubat nanti. Lepas korang kawin". Aku tersenyum pahit. Aku perasan mak mengesat hujung matanya.

Maafkan Lia, mak.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now