lima dua

12.5K 282 136
                                    

Emilia

Tiga hari sebelum hari besar. Mak dah berada di kampung lebih awal. Ditinggalkan kami berdua berserta pesanan panjang berjela. Kami sama sama tak dapat bercuti awal kerana menyimpan untuk berbulan madu selepas kenduri.

Hampir setiap malam tu la, aku mengunci pintu bilik dan mengunci nafsu. Aku tak risaukan dia. Aku risaukan aku yang pergi mendapatkan dia macam malam tu. 

Sesampainya kami di rumah mak, sudah ada saudara mara yang datang merewang. Ada yang masak air gula untuk dibuat minuman pada hari besar nanti. Ramainya datang sekadar memeriahkan suasana. Aku singgah bersalaman dengan mereka, sebelum masuk ke rumah. Budi bahasa dan adab kena jaga, itu pesan nenek yang masih aku ingat.

Aku menuju ke bilik Suhaila, pihak butik pengantin sedang sibuk menghias bilik. Kami sekadar menggunakan perabut yang dibeli semasa majlis perkahwinan Suhaila tempoh hari. Temanya berbeza. Di dalam bilik, kami warna daisy dan rose. Pelamin pula, kami memilih warna royal lilac dan primrose pink. Ruang pelamin masih belum siap. Aku berdiri di pintu tingkat atas memandang pekerja yang sibuk mendirikan khemah Arabian.

"Excited?". Suara dibelakangku. Aku sekadar mengangguk. Tersenyum.

"Less than 72 hours", balasku.

"Harap semuanya berjalan lancar macam kita inginkan", ucap Ayie. Entah mengapa tiba tiba hati aku berdebar bila ayat tu keluar dari mulut Ayie.

"Ayie". Aku menyentuh jari jemarinya sewaktu dia melintasi aku untuk menuruni tangga.

"Lia akan sayang Ayie sampai bila bila".

"Kenapa ni sayang?". Ayie yang sudah memijak satu anak tangga ke bawah, kembali naik untuk berdiri disampingku.

"Entahlah. Rasa nak bagitau". Hatiku mulai sebak, tak tahu mengapa tiba tiba begini.

"Pergilah turun. Nanti orang mengata pula". Aku menghalaunya bila dia mula meletakkan tangannya dibahuku.

"Emi", panggil Kak Ayu sambil melambai padaku supaya datang kepadanya. Menanti hari rasanya. Masa kenduri Suhaila dulu pun, dah nampak bentuk. Tapi mungkin juga lemak berkumpul. Emilia... tak baik mengata. Lemak tu bantal Cikgu Hilmi malam malam tau.

Aku menatang pinggan berisi nasi yang bergaul sup ayam untuk menyuap anak anak buah yang kecil termasuk Haydan. "Ada apa kak?", tanyaku.

"Ni ha. Lisa tanya mana satu bakal isteri Hasri". Aku melemparkan senyuman padanya namun ianya disambut dengan jelingan tajam. Senyumannya dibuat buat.

"Lisa, ni la bakal isteri Hasri. Kenal kan? Anak angkat famili ni", ujar Kak Ayu. Aku sekadar menelan air liur. Kemudian menyuap sang kenit kenit yang datang ingin makan ibarat anak burung kelaparan.

Kak Ayu meninggalkan kami bila nampak Cikgu Hilmi pulang dari surau usai solat Isya'. Ayie pun ada sama. Nak ikut juga ke khemah tu tapi aku sedang sibuk melayan budak budak ni. Biarlah, tak manis pula rasanya nak duduk bersama. Mengundang buah mulut orang je.

"So, kau la ye? Aku ingatkan kau bibik selama ni. Tak sangka selera Ayie macam ni sekarang. Tak kelas langsung".

Eh. Kenapa pula ni. Sedap mulut mengata aku. Kau tak tengok lagi aku kat KL. Mau kau nangis bucu katil nanti. Kat sini, kena la pakai sopan longgar bertutup, ramai sedara mara. Kena la jaga air muka mak.

"Kau tau kan aku bekas isteri Ayie. Dan aku akan pastikan dia jadi milik aku semula".

Dia meninggalkan aku dan bergerak menuju ke khemah dimana kak Ayu sedang melayan suami dan adik iparnya makan. Aku? Terperangkap dengan budak budak kelaparan dan sibuk bermain.

Mesranya bukan main. Geram pulak aku. Ayie tak nampak aku disini. Biarlah, boleh aku tengok drama percuma malam ni.

"Kau tengok apa?". Cuit Kimi.
"Tu...", muncungku sedepa.

"Ayie sekarang ni memang suka budak. Haydan ni dulu manja betul dengan dia. Dah besar dan lasak ni, baru tak nak melekap", Kimi bercerita sambil mengosok kepala Haydan yang sedang aku suap. Dia berdiri di sebelah aku memandang ke arah yang sama.

"Dulu...", aku cuba menyampuk.

"Dia berubah dah. Cuba kau tengok anak Lisa tu. Manja sangat dengan Ayie", dengan pantas Kimi memotong percakapanku.

"Tak guna berubah. Aku kan..", komen aku menyampah.

"Dah. Jangan nak ungkit. Setiap ujian ada sebabnya. Ayie kan terima kau seadanya". Nada Kimi seperti menasihati aku.

"Terima? Sebab dia rasa bersalah kan? Bukan sayangkan aku pun", akhirnya terkeluar dari mulutku. Geram tengok adegan disana.

"Kau ni kan, dah nak nikah pun fikir negatif lagi. Dia memang sayangkan kau. Macam mana aku nak cakap lagi kat kau ek?". Tinggi suara Kimi, tapi hanya didengari oleh kami berdua.

"Selama mana dia nak sayangkan aku?", tanyaku memandang tajam pada Kimi. Berangin aku bila dia asyik mempertahankan Ayie.

"Kau ni kenapa, tiba tiba macam ni".
"Kimi, aku ". Lama aku terdiam.
"Aku apa?". Kimi menoleh memandang aku yang masih menghalakan pandangan ke bawah khemah kemudian mengalihkan mata kepadanya.
"Aku tak yakin dengan keputusan ni"
"Astagafirullahalazim. Kau ikut aku sekarang". Dia menarik aku mengikutnya. Pinggan tadi sempat aku beri kepada anak sulung kak ngah, minta dia sambungkan kerjaku.

Kimi menghidupkan enjin kereta dan berdesup meninggalkan rumah mak yang masih lagi riuh rendah. Kami tiba di tepi pantai, Kimi keluar dari kereta dan aku hanya membuka pintu, membiarkan angin laut menjengah.

"Kenapa?", soal Kimi sambil menyedut rokok. Aku tau itu tanda dia runsing. Aku ke penyebabnya?

"Aku takut tak dapat bahagiakan Ayie"
"Kan Ayie cintakan kau". Kimi menjeling, mungkin menyampah dengan sikap aku agaknya.

"Cinta itu sementara. Tak tau berapa lama. Kalau nanti Ayie bosan, mesti dia tinggalkan aku".

"Emilia, perkahwinan ni satu perjudian. Dan kau kena ingat ini realiti. Bukan drama. Semua ni ada cabaran dan dugaan. Selama ni, memang Ayie dalam hati kau kan. Dah tiba saat ni, boleh pula kau nak tarik diri?"

Aku menatap wajah Kimi seolah tembus.
"Hati aku ni dah tawar".

Kimi mencampak puntung rokok yang masih tersisa, "kau gila. Kat rumah semalam dan pagi tadi, bukan main mesra lagi kau dengan Ayie. Macam aku tak nampak. Tiba tiba malam ni kau boleh kata tawar hati?"

"Aku tak tau. Aku cintakan dia tapi sekarang ni aku... tah la Kimi". Aku mengeluh dan terus mengeluh.

Kimi menyalakan rokok ke dua. Dalam disedutnya.
"Makin aku pandang dia, makin aku benci. Tambah bila Lisa sepanjang masa berkepit dengan Ayie. Ayie pun asyik dengan Syifa je. Aku tau la aku ni ada masalah", luahku.

"Cemburu tu"
"Aku tau rasa cemburu. Tapi ni bukan. Aku rasa benci. Aku ingat nak beli tiket balik rumah la".

Membulat mata Kimi memandang aku yang menaruh harapan padanya, agar permintaanku dimakbulkan.






Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now