lima enam

16.5K 293 42
                                    


Emilia

Setelah usai semuanya, Ayie membersihkan diri dan menyarung pakaian santai.  Sengaja aku menyentuh lembut jari Ayie sebelum dia keluar. Mataku melirik pada katil yang dihias indah. Ayie tersenyum dan tertawa kecil.

"Nakal la sayang ni". Dia mencuit hidungku.
"Malam ni abang tidur luar ye. Sayang rehat la. Simpan tenaga untuk majlis besar esok".

Ayie mengucup dahiku dan menutup pintu. Hai Lia, tidurlah kau sensorang malam ni. Silap tak pinjam Aryan tadi. Boleh juga buat peluk peluk. Haydan pun takde. Balik rumah neneknya selepas majlis selesai. Cikgu kata ada perkara yang perlu diperhalusi.  Mungkin keluarga kak Ayu malu dan terkejut dengan apa yang Lisa lakukan.

Pintu bilikku diketuk dan dibuka, Ayie rupanya. "Belum tidur lagi?", bila dilihat aku masih termenung dan lampu masih menyala.

"Tak rasa mengantuk", balasku, terkejut bila ditegur.
"Ayie tu, kenapa tak tidur lagi?". Aku bertanya. Sibuk betul, dah la biarkan aku tidur sendirian.
"Dah buat apa yang mak suruh tadi?".
Mataku terus bulat. "Lupa".

"Tu la, asyik termenung je. Cepat buat. Kita ada majlis esok ni". Aku menuruti perintah suamiku. Cewahhh... dan dan suami ye.

Ayie menemani aku turun berwudhu. Kemudian aku menyarung telekung, selesai bersolat sunat, bertahajud dan berzikir seperti yang mak pesan. Ayie meninggalkan aku setelah aku selesai.

Lampu bilik Ayie tutup dan sebaik kuletakkan kepala di bantal, hilang terus. Sedar sedar terdengar azan subuh dari masjid berdekatan.

Berdebar sangat rasanya bila menyarungkan baju kebaya labuh ungu gelap dari fabrik songket ke tubuhku. Macam mimpi rasanya.

Sepatutnya perasaan ni dirasai semalam. Ayie la merosakkan mood teruja nak jadi pengantin. Nasib baik berakad jua.

Rasa lemah kepala lutut bila nampak pengantin lelaki bertanjak dan berkeris. Aduh.. cair ni. Senyuman ni perlu dikawal, kalau tak meleret leret nanti.

Aku perasan Ayie menyembunyikan tawanya disebalik hingutan tubuh. Dia tau makna senyuman aku. Nak aje aku cubit. Kang tak pasal kena lepuk dengan mak andam. Silap silap hari bulan, mak yang cubit aku sebab galak sangat.

Hana dan Aryan turut bergambar sama dengan anak anak buah Ayie dan kami di atas pelamin. Seperti biasa, Aryan mesti nak berpangku denganku.

Pipi aku dicium sepuasnya, "mama pretty". Pandainya budak ni. Dah kena mekap memang la mama jadi cantik. Rindu sangat dengan Aryan dan Hana ni. Nak minta pinjam Aryan untuk malam ni kalau Kak Shila tak balik KL hari ni. Ayie?? tangguh la dulu.

*******

Hasri

Ajakan Emilia untuk berada di dalam bilik, aku tolak dek pesanan Abi dan mak. Bergetar jiwa bila Emilia semanja tadi, dah macam kucing Parsi je aku tengok.

Walaupun aku dah bersama dia beratus kali tapi Lia tetap berjaya menjentik naluri lelakiku. Sabarlah Lia, bukan abang tak nak. Esok masih ada sayang.

Aku termenung bila Kimi menceritakan apa yang berlaku setelah aku tidak meneruskan perjalanan ke rumah Lisa. Kami sama sama duduk di tangga luar sambil menikmati suasana malam.

Para tetamu sudah pulang, acara kemuncak akan berlangsung esok. Ahli keluarga pun dah mencari sarang masing masing untuk berehat setelah seharian penat. Hanya kedengaran bunyi cengkerik.

"Lepas kau ikut Saiful tu, aku pergi ambil Azam dengan wife dia dulu. Kan lalu rumah mak Azam dulu kalau nak ke rumah Lisa. Masa aku sampai, pintu rumah Lisa dah terbuka. Aku park kereta kau depan gate dia. Tapi aku pelik bila lampu bilik je yang menyala. Hall dan porch gelap. Aku tak sedap hati. Aku bagi salam. Azam dan wife dia, ada ikut aku sekali. Cuma mereka tak bersuara". Kimi berhenti, menyedut rokok. Kebelakangan ini, hebat sangat tabiat merokok Kimi ni. Stress sangat ke?

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now