tiga

21.8K 355 16
                                    

Hilmi

Aku singgah di rumah flat buat kali terakhir, mengemas semua yang tertinggal terutamanya baju malam tadi. Aku campak je ke lantai pagi tadi, kalut mengejar masa. Perjalanan dari rumah baru ke sini adalah hampir sejam. Memang jauh sikit, tapi tu rumah sendiri. Dah lama bekerja, baru dapat beli rumah. Setelah beberapa kali turun naik, membawa keluar barang barang aku yang tak seberapa, aku tersandar keletihan.

Aku mencapai teropong dan menggunakannya sebentar, melihat unit flat Emilia. Ada ibunya sedang berbaring, adiknya yang bayi ada di dalam buai, seorang lelaki baru masuk ke bilik terus memeluk ibunya dan.. aku mengkalihkan pandangan. Bahaya untuk tatapan orang bujang seperti aku. Teringin sampai termimpi mimpi.

"Awal buka gerai hari ni?", sapaku sewaktu lalu dihadapan gerai mat burger. Aku mengangkat dua beg ikea yang berisi barang.

Mat burger tersengih, puntung rokok di jari dijentik bagi membuang hujungnya yang dah terbakar. "Ye bang, cari rezeki lebih. Mudah mudahan ada. Abang tak nak order?".

'Betul juga. Rajin budak ni. Burger ni setiap masa orang makan'. Aku mengangguk, "bagi saya 2 burger ayam special dan 1 benjo. Nanti saya datang, nak hantar barang kejap". Aku terus menapak ke kereta.

"Banyak barang dalam Persona tu bang. Abang nak pindah ke?"

"Haah. Rumah baru siap".

"Untung abang dah ada rumah, muda lagi. Saya ni, duduk la rumah arwah ayah. Setakat jual burger ni, perempuan pun tak pandang".

"Habis, yang selalu datang duduk lepak dengan awak malam malam tu sapa?"

"Hahaha.. tu stok untuk lepas air je bang. Buat bini tak boleh. Bohsia bang". Dia tersengih sengih rasa bersalah.

Aku sekadar tersenyum. "Nak tanya ni".
Mat burger memandang padaku namun tangannya pantas membungkus burger yang aku pesan tadi.

"Yang menjerit malam malam tu, siapa namanya?"

"Emi.. nama penuh tak tau".
"Sekolah lagi?"
"Sekolah depan tu. Tingkatan berapa saya tak ingat".
"Ooo... saya tak perasan orangnya".
"Dia jarang duduk lepak sini. Dia selalu menyorok belakang rumah sampah tu, tak pun surau".
"Menyorok?", terbeliak mataku. Mujur tak tertelan burger yang aku tengah kunyah. Belakang rumah sampah??.. busuk tempat tu. Dah tentu ada lipas, tikus, semut tak payah cakap la.

"Haah... semua orang sini tau. Tapi buat tak tau".
"Sebab kena pukul? Kenapa tak repot?"
"Bukan sebab kena pukul je. Lari dari kena rogol pun ye juga. Saya tak faham famili dia tu. Mak dia pun bukannya bergaul dengan kami pun. Pernah ketua blok pergi bersemuka, malam tu datang boyfriend mak dia bawa geng nak pukul ketua blok. Mujur pakcik dan abang abang sini tolong leraikan".
"Boyfriend? Eh... bukan ke" ayatku terhenti.

"Abang.. nak burger ayam 3. Sos lebih", ada 3 orang budak sekolah membuat pesanan. Mat burger terus mencapai daging ayam dari dalam bekas polisterin putih di belakangnya, pantas.

*****
Emilia

Aku membuka tingkap, cahaya di langit macam dah petang. Sunyi je kawasan ni. Banyak rumah masih kosong. Encik tadi belum balik, aku rasa macam dah lama sangat tidur. Tak tau dah pukul berapa. Takde jam untuk dipandang. Ada beberapa kotak di ruang tamu, 2 beg bersaiz besar, aku agak beg tu berisi baju di dalam bilik yang aku tidur tadi.

Aku jumpa mop dan penyapu, bolehlah sakit sakit pun boleh buat kerja. Bukan tak biasa sakit macam ni. Satu rumah aku kerjakan. Rumah kosong tapi kotor juga, aku rasa semalam Encik ni buat pemasangan lampu, kipas dan penyaman udara. Haaa... patut aku sedap tidur tadi.

Bosannya... aku tertidur lagi.

******

Hilmi

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now