empat enam

13.2K 210 32
                                    


Aku keluar bilik seperti biasa untuk ke kolej bila aku rasakan sesuatu yang pelik di tingkat ni. Meremang pula tengkuk ni. Cepat cepat aku turun.

"Kenapa turun tangga gitu? Jatuh nanti", bebel mak menuangkan air milo ke dalam cawan aku. Ada meehoon goreng dengan roti disapu planta dan ditaburi gula pagi ni.

"Lia rasa seram la tadi masa keluar bilik. Macam ada yang perhatikan Lia kat atas tadi. Ishhh... tengok ni meremang bulu roma", aduku sambil menunjukkan bulu romaku yang merinding.

Mak mengelengkan kepala, "macam macam budak ni. Dah makan cepat. Nanti lambat gi kolej". Mak ke ruang belakang melihat mesin basuhnya yang berbunyi tanda sudah selesai proses membasuh.

Aku menghulurkan tangan untuk mengambil roti planta, kegemaranku. Tapi ada tangan lain mengambilnya. Apalagi, menjeritlah aku.

Mak kelam kabut berlari masuk. "Kenapa?"
Aku masih menutup mata "ada hantu".
"Mana?", tanya mak.
"Kat sini. Dia ambil roti Lia", kataku tergagap.

Berderai ketawa mak. Aku pelik kenapa . Eh... ada suara lelaki gelak juga? Macam pernah aku dengar. Aku membuka mata. Cissss... bedebah. Mati terus selera aku nak sarapan.

"Makan la Lia", pujuk mak, tawanya masih ada.
"Tak pe la mak. Nanti terlewat pergi kolej. Lia makan yang mak bekalkan ni je", balasku semasa bersalaman dengan mak. Betul, bersepai bersepah mood aku hari ni. Seharian aku tak dapat fokus dalam kelas.

"Mak, bila dia datang?", bisikku malam tu ketika menolong mak menggoreng ikan bilis sementara mak sedang memipih cili api untuk ditumbuk. Nak buat nasi goreng kampung untuk makan malam.

"Awal pagi tadi. Dia baru balik dari San Francisco, ada apa tah kat sana".

"Bila dia nak balik rumah dia?". Aku perlahankan suara.

Mak pandang aku, "ni lah rumah dia". Aku hanya mampu menelan air liur. Why must him again? Ya Tuhan, takde lelaki lain ke? Kenapa aku tak pernah nampak tanda tanda rumah ni milik dia?

Makan malam ni aku rasa terlalu lama, aku resah betul. Sekadar mendengar perbualan mereka anak beranak. Sakit tengkuk aku ni menunduk. Mesti ke dia duduk depan aku? Aku sememangnya mengelak dari bertentangan mata.

Selama Ayie tinggal bersama kami, eh.. aku tinggal bersama mereka..ermm, mana mana la, aku hanya bersuara bila aku dengan mak sahaja. Bila ada dia, aku senyap atau akan berada dalam bilik.

"Jom, Ayie hantar", pelawanya pagi tu. Sedari tadi aku berdiri disisi basikal menanti hujan reda tapi gayanya macam takkan berhenti, makin lebat ada la. Dah lebih setengah jam ni. Aku menggelengkan kepala setelah berkali kali dia cakap perkara yang sama. Ayie sudah menghidupkan enjin.

"Emilia, naik la dengan Ayie. Ada kuiz kan pagi ni?", ayat mak buat aku teringat tentang kuiz. Aiyooo...

Dengan muka tebal, aku naik Evoque merah tanpa bersuara. Kami diam seribu bahasa, hanya lagu dari radio berkumandang. Bau pewangi Ayie, masih bauan dulu. Bau yang sentiasa membuatkan aku rebah dalam dakapannya.

"Thanks", kataku sebaik tiba di pintu masuk kolej. Aku terus turun tanpa menoleh padanya. Aku perlu menjauhkan diri darinya, aku hampir saja tewas tadi bila mata kami bertemu ketika menanti lampu isyarat bertukar hijau.

"Kenapa tak tunggu Ayie balik tadi?", tanyanya ketika aku sedang menseterika baju untuk dipakai esok. Ayie baru selesai berjemaah dengan mak di ruang tamu. Aku tak sertai, cuti.

"Kita tak janji pun", balasku ringkas.

"Kan Ayie dah mesej".
"Tak baca".
"Jangan tipu. I got double blue tick".
"Lia buka je tapi tak baca. Sibuk".

Ayie keluar dari bilik itu, lega aku. Panas muka bila berdua dengan dia. Ni, degup jantung laju dah macam bunyi lokomotif.

"Nah. Tolong gosok baju Ayie sekali".
Membulat mata aku melihat longgokan baju dan seluar kerjanya diatas baju yang baru siap kugosok, belum sempat lagi nak gantung. Sabar, sabar.

Pagi, pintu bilik aku diketuk kuat. Aku sedang mengikat rambut, pintu aku buka. Ayie berdiri depan pintu dengan hanya bertuala. Goshhh... apahal dia ni?

"Baju Ayie mana? Yang Ayie minta Lia gosok semalam", tanyanya. Tangannya menggaru garu dada... kawasan kegemaranku. Awas Emilia... fokus. Jangan tengok.

"Errr... Ada dalam bilik belakang", kataku sambil menarik naik seluarku yang agak longgar. Aku kurang makan kebelakangan ni. Rindu sangat kat budak berdua tu.

"Pergi ambil, letak dalam almari Ayie".
Eh... suka suka arah orang ni.
"Pergi la buat sendiri", balasku.
"This is an order", arahnya keras terus masuk ke biliknya.
Aku ikutkan saja. Dia memberus rambutnya ketika aku menyimpan baju baju tu ke dalam almari.

"I want the blue suit. Hari ni ada meeting di Putrajaya".

Mengarah aku lagi?? Melampau ni.
Eh.. suit biru? Mana ada aku gosok suit biru semalam. Aku selak setiap baju yang tergantung. Rupanya memang dah siap tergantung dalam almari. Siap dalam plastik. Sah sah dari dobi ni.  Ahhhh... dia ni. Saja cari pasal dengan aku.

Aku ambil dan kuberikan padanya. Aku pura pura tak berminat dengan apa yang aku lihat. Sesuatu yang pernah aku sentuh dan aku rindui kini.

"Nah. Orang nak bersiap pula". Aku meninggalkan dia.

"Tukar seluar tu, Ayie boleh nampak warna hitam polkadot putih", jeritnya. Aku berpaling memandangnya yang sedang menyarung kemeja, nampak apa?? Marah betul aku. Masuk ke bilik, aku berdiri di depan cermin lalu menepuk dahi. Malunya.. takat mana dia dah nampak ni?

"Cantik Emilia pakai baju kurung hari ni. Ada apa apa?", tanya mak baru sudah menggoreng karipap. Bau harum dalam ruangan dapur.

Aku melabuhkan punggung ditepi mak, menghadap Ayie. Terpaksa. Pilihan yang ada, sebelah mak tapi berdepan Ayie atau sebelah Ayie berdepan dengan mak.

"Saja. Seluar yang ada besar, Lia dah mengecut agaknya", kataku. Mak ketawa besar.

"Lia muda lagi, mana boleh mengecut. Kalau tua macam mak ni, ye lah".

"Baju Lia pun dah longgar longgar mak. Pelik betul", aku mengadu pada mak sambil mencicip kopi O panas.

"Lia rindu Aryan dan Hana kan?", soal mak perlahan. Intonasinya berubah. Aku terdiam, betul. Aku rindu budak berdua tu, dah 3 bulan setengah aku tak jumpa dan peluk mereka.

"Nak jumpa Hana? Ayie call Saiful nanti", kata Ayie. Aku menggeleng, aku tak nak jumpa Saiful. Cukuplah setakat ini, segala apa yang dia buat dalam usaha memiliki aku tanpa rela masih diingatan walaupun aku sangat rindukan Hana.

"Takpe. Nanti lama lama Lia ok", balasku.

"Kalau ada anak sendiri, lagi cepat ok". Mujur aku tak tercekik karipap. Aku mengetap bibir memandang Ayie. Mulut kau memang takde insurans ye Encik Hasri?

Malam tu, aku dan mak makan berdua saja. Ayie ada makan malam di luar. Usai makan, aku buka galeri telefonku sambil menonton tv, melihat gambar gambar Aryan dan Hana dari bayi hingga kini. Aku tunjukkan pada mak. Aku cerita satu persatu apa yang berlaku. Mak memeluk aku setiap kali ada bahagian sedih.

"Mak minta maaf, mak gagal didik anak mak jadi lelaki baik, lelaki budiman. Mak tak tau mana silap mak. Mak ingat dah betul mak didik diorang selama ni".

"Tak mak. Bukan salah mak. Lia yang salah, Lia hanyut dalam nikmat dunia. Lia tenggelam dalam impian yang sukar untuk digapai", balasku.

"Ni semua salah Ayie. Kalau Ayie halalkan Lia dari awal, perkara ni tak jadi. Kalau Ayie tak sorokkan yang kita tinggal bersama, semuanya akan jadi sempurna. Ni balasan Allah, Ayie kehilangan Lia selama 3 tahun, dan kehilangan anak buat selama lamanya". Eh, bila pula muncul dia ni. Kami menoleh ke pintu yang memang terbuka pun tadi.  Ayie berdiri di situ.

"Ayie masih sayangkan Lia. Ayie nak halalkan hubungan kita. Depan mak, Ayie lamar Lia untuk jadi isteri Ayie. Jangan tinggalkan Ayie lagi". Aku terpempan. Tiba tiba tengkuk rasa sakit, aku memandang semula ke depan. Mak memeluk aku, menangis. Semua ni terlalu pantas.

"Biar betul ni. Ke aku ni sedang bermimpi?".

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now