dua empat

14.3K 273 21
                                    


Telefonku berdering, mak rupanya.

"Waalaikumsalam mak"
"Alhamdullillah sihat"
"Ooo.. mak dah balik dari Langkawi? Seronoknya"
"Apa dia? Emilia tak tau rumah Ayie kat mana"
"Tak payah la nak susahkan Ayie nak ambil. Dia penat tu"
"Eh.. rindu la kat mak. Janganlah cakap macam tu mak. Sedih tau. Nak menangis ni"
"Ok ok. Lepas kerja nanti, Emilia naik bas ke Penang"
"Ye ye. Nanti kita jumpa. Tapi minta Ayie hantarkan alamat rumah dia la".
"Ok mak. I love you. Assalamualaikum". Aku mematikan talian telefon. Aku melihat Kak Shila membetulkan sapuan gincunya.

"Nah, thanks. Lipstik kau ni cantik la". Kak Shila memulangkan gincuku yang dipinjam selepas 'comot' akibat bertukar ciuman dengan buah hatinya tadi.

Aku menyimpannya di dalam tas tangan. "Kak, ada tak kedai jual baju kurung dekat dekat sini?"

"Tak perasan pula. Kenapa?" Aku hanya tersenyum. Hari ni kelas aku separuh hari sebab pensyarah ada hal. Esok memang takde kelas.

"Emi balik dulu la. Bye kak". Aku berlari  meninggalkan Kak Shila terpinga pinga padahal sepatutnya aku pergi makan tengah hari dengan dia.

"Emilia"
Aku berhenti dari terus melangkah. Aku toleh ke seberang jalan, Izham. Eh.. bukan ke dia nak pergi Kuantan. Izham menyuruh aku menunggunya sementara dia melintas.

"Balik? Dah habis kelas?". Aku mengangguk.
"Kata nak ke Kuantan?" Soalku sambil terus berjalan ke hentian bas.
"Petang ni. Kesnya esok. Silap tengok kalendar. Mujur senior I perasan, kalau tidak.. rugi I satu hari ".
"Rugi?" Tanyaku pelik. Tak nampak maksudnya disitu.
"Tak dapat jumpa orang yang I sayang"
Aduhai dia ni, tak habis habis nak gula gulakan aku.
"You nak ke mana?"
"I nak pergi mall. Beli baju".
"Jom I hantar". Aku ikut saja, malas nak bertekak dan malas nak berpanas menunggu bas. Basah ketiak.

"Ni cantik tak?". Aku tunggu respon Izham yang terdiam dari tadi memandang aku. Aku mencuba baju kurung, Izham menanti di luar bilik persalinan. Dah 3 baju aku cuba tapi dia tak bagi respon. Kaku.

"So tak de yang sesuai ye?", tanyaku.
"Semua cantik dengan you".
"Bajet I cukup untuk beli satu je. Yang mana satu cantik?". Aku menunjukkan ketiga tiga baju tu.

"Semua cantik. I bayarkan", Izham mengambil baju baju itu dan terus ke kaunter pembayaran.

"Ni duit untuk satu baju. Lagi 2, I bagi next week ok?". Aku menghulurkan dua keping not lima puluh diatas meja kepada Izham. Dia yang sedang menyedut air, tersedak.

"My love, I ikhlas. I suka you berbaju kurung. Nampak anggun".

"Thanks. You kalau memuji, tak sanggup I dengar", aku menutup telinga.

"Paling I suka you pakai baju kurung Riau. Kalau you pakai kebaya lagi lawa kan sebab..." Izham tiba tiba terdiam dan menelan air liur. Aku tau dia tergoda kat mana, aku tak butangkan 3 butang baju uniformku selepas mencuba baju kurung tadi, rimas. Cepat tergoda juga dia ni.

Aku balik ke hotel, bertukar pakaian sebelum bergerak ke rumah Ayie dengan teksi.

Aku nampak Suhaila menungguku di lobi kondo. Apalagi melompat lompat kami berpelukan. Rindu sangat dengan kembar tak seibu sebapa ni. Rupa memang tak sama.

"Wei.. kau makin cantik sejak kerja. Jeles aku. Kalau aku kerja, ada duit, mesti cun macam kau kan", kata Suhaila selepas puas berpeluk dan menjerit jerit kat lobi.

"Mana cantik pun. Biasa je. Penat tau kerja. Kau pandai, belajar lagi baik. Dapat gaji lagi besar dari gaji aku".

"Hello miss. Good day for you", tegur mat guard padaku ketika kami melintasi dia.

"Kau tengok. Aku dari tadi kat situ dia tak tegur, dengan kau dia tegur. Yang cantik cantik je dia tegur, tak padan jadi guard, selera nak cantik lawa saja", bebel Suhaila. Aku tergelak dalam hati, memanglah dia tegur aku sebab aku kan penghuni kondo.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now