dua lapan

13.3K 264 20
                                    

Lia di dapur dengan nightiesnya tatkala aku melangkah masuk. Seperti biasa lagaknya, menyambut aku dengan ciuman selepas bersalaman. Beg galas berisi komputer diletakkan di sisi kabinet buku. Memang disitu tempatnya, supaya senang untuk aku membuat kerja.

"Sayang nak hot or cold drink?", tanya Lia membuka satu persatu butang bajuku seperti selalu. Tiada riak cemburu atau persoalan seperti di depan tandas tadi. Sepertinya perkara tadi tak terjadi.

"No thanks. Nak mandi dulu. Jom".
"Lia baru sudah mandi".
Aku merenung wajahnya yang tenang, "ok ok. Jom Lia temankan", katanya sambil menanggalkan nightiesnya dan melucutkan seluarku di tengah rumah. Pakaian kami bersepah di situ. Lia menarik aku menuju ke kamar mandi.

Didalam tub mandi, aku bersandar pada Lia. Bauan dari lilin aromaterapi menenangkan emosi kami. Aku dan dia sama diam, tiada bicara cuma Lia mengurut bahu dan tanganku perlahan.

Aku melelapkan mata, Anis terhegeh hegeh datang padaku sebaik Lia mengucapkan terima kasih. Aku tau Lia terkejut dengan kehadiran Anis secara tiba tiba dan bersuara nyaring menegur. Aku sendiri kurang selesa.

"Siapa perempuan tu? You jangan nak gatal gatal dengan perempuan lain. Mak you dah janji nak datang pinang I".

"None of your business. Kita takde apa apa pun. Tah bila masa I bercinta dengan you", tengkingku meninggalkannya dan menuju ke meja. Ada juga aku pandang pandang mencari Lia, tak jumpa. Mungkin mejanya di bahagian dalam atau mungkin dalam bilik keluarga.

"Sayang, tidur ye?",suara lunak Lia menyapa gegendang telingaku.
"Hmmm... Lia"
"Ye sayang?", Lia mula bermain bulu dadaku.

******

Emilia

"Izham, I need to go home now. I period. Lupa nak bawa pad", bisikku sebaik tiba di meja selepas berlakunya perlanggaran tadi.

Izham nampak terkejut bila mukaku pucat, ye la pucat gara gara terjumpa Hasri di sini. Mesti Izham ingat bergelen darah keluar sebab dia sungguh kelam kabut ketika itu.

Kami meminta diri dan meninggalkan ibubapa Izham. Aku tak jumpa alasan lain untuk cepat beredar dari situ.

"You ok tak ni?", tanya Izham berkali kali sepanjang kami berjalan dari restoran ke kereta, tak lepas memegang tanganku. Dia kelihatan sangat cemas.

"Ada rasa nak pitam?". Aku mengeleng.
"You selalu pakai yang mana? I belikan kat 7-11". Bersungguh dia ni. Takut darah aku kena kerusi kulit dia ke? Dia ingat darah period ni melimpah macam orang beranak?

"No. Just hantar I balik. I dah mula rasa sakit badan", pintaku. Izham memandu tanpa banyak soal, sesekali dia menggenggam tanganku dan diciumnya.

Aku melelapkan mata seolah tidur walau sebenarnya masih terbayang peristiwa tadi. Darling?? Anis? Apa yang kau cuba sembunyikan dari aku sebenarnya Ayie? Hello Emilia... wake up. Jangan nak bebankan fikiran. Kau ada Izham.

"Sweetheart, we are here", Izham mengejutkan aku. Aku membuka mata terus nampak dia. Orangnya manis bila tersenyum, bermata sepet, cukup ketinggian sebagai lelaki dan cukup kualiti untuk menjadi suami. Kami saling berpandangan, tali pinggang keledarku dibuka. Izham mencuri ciuman dari bibirku ketika tali pinggang keledar itu tertarik ke dalam slotnya ditepi pintu. Aku menolaknya perlahan, "Sorry. I am not in the mood".

Aku sayang Ayie, aku layan dia sepenuh jiwa, apa saja yang dia ingin aku tunaikan. Izham sayang aku, sentuhannya penuh kasih, renungan matanya penuh nafsu tapi dia enggan tunjukkan. Katanya tunggu selepas nikah.

Apa nak jadi kau ni Lia? Hasri, Izham kau layan. Kau nak jadi macam ibu? Layan semua jantan yang hadir? Tak!!

Aku bukan pelacur! Aku tak tau status aku. Hasri beri kesenangan padaku, layanan padanya adalah harga yang perlu aku bayar. Tapi Hasri akan melepaskan aku tidak lama lagi sedang aku sangat mencintai dia. Hati aku terlalu sakit bila melihat gambar gambar mesra mereka yang dimuatnaik oleh Anis di akaun Instagramnya. Kak Shila cakap apa yang aku rasakan ini, bahaya untuk aku. Perempuan macam kami tak layak dicintai dan mencintai.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now