satu empat

18.3K 319 32
                                    


"Betul ni Emilia nak balik Parit Buntar? Kan takde sapa kat sana? Tinggal je dengan mak kat sini", mak dah menangis. Aku lagi la, berganda ganda. Nak tinggalkan mak dan Suhaila yang sangat baik dengan aku, teringatkan pasangan yang baru berkahwin pergi berbulan madu. Aku ni langsung tak ditegur sejak lafaz cerai malam tu. Pandang aku pun dia tak nak. Apa salah aku? Ke memang sebab aku minta malam tu? Tak pe la, aku ni bukan siapa siapa pun dihati abah.

"Takpe la mak. Emilia dah dapat kerja kilang kat sana. Masa belajar komputer hari tu, ada cuba cuba hantar resume mintak kerja". Suhaila lagi la sedih, teman gosip dah tiada. Hakimi hanya diam membisu. Pandangannya sayu, dia mengerti semuanya. Rahsiaku disimpan, itu janjinya.

"Bila nak balik ni?"
"Esok. Dah minta Kimi belikan tiket semalam".

Mak kelihatan sangat sugul ketika melambai tangan padaku. Takpe mak, mak dah dapat 2 orang menantu dari keluarga baik baik. Biar Emilia yang kotor ini keluar dari lingkungan keluarga mak.

Sebenarnya aku tak dapat kerja pun lagi. Aku tipu mak. Dan akibat penipuan itulah, aku hilang punca.

"Yang kau balik sini kenapa?", teriak maklong yang sedang menyapu sampah sebaik nampak aku membimbit beg keluar dari teksi.

"Kau tu anak pelacur. Aku tak nak kuman mak kau, penyakit, perangai mak kau kena kat anak anak aku. Mesti mak kau dah mati kan, tu kau balik sini. Berambus", dihambatnya aku dengan penyapu. Kelam kabut aku naik teksi balik dan terus ke pekan.

"Mana nak pergi ni?", getusku bila malam mula menjelma.

Sambil makan nasi goreng kampung, aku berfikir kenapa rumah nenek tu paklong duduk. Masalah betul. Aku ingatkan dah selesai isu tempat tinggal ni. Dalam poket ada RM80 lagi, mak bagi tadi sebelum naik bas. Ambil sikit tadi beli mee sup dan air kat R n R. Lepas tu, bayar duit teksi dari pekan Parit Buntar ke rumah nenek.

Telefon dalam poket bergetar, aku lihat nama Suhaila. Aku leretkan jari dibutang hijau, dan kulekapkan telefon ke telinga.

"Hello... waalaikumsalam mak"
"Alhamdullillah, dah selamat. Ni tengah makan mak. Mak ok tak? Ashu? Kimi?"
"Mak dah makan?"
"Sedapnya lauk mak"
"Ala... mak jangan cakap macam tu. Nanti Emilia menangis".
"Emilia pun rindu mak".
"Mak jangan la nangis. Nanti kita jumpa lagi ye".

Menipu lagi. Sejak bila kau pandai menipu ni?? Dengan mak tu, walaupun bukan mak kandung tapi dia sayang macam anak sendiri. Aku tak dapat nak teruskan mengunyah nasi yang tinggal lagi separuh, aku minta bungkuskan dan menghabiskan air dalam gelas.

Aku menghempaskan badan ke atas katil di sebuah hotel murah. Bilik atas kedai kopi. Harga tak sampai RM40 satu malam. Cina kat kaunter tu pun pelik tengok aku, "amoi, lu lari dali rumah ke?". Aku hanya mengeleng, nampak macam pelarian sangat ke aku ni?

"Apa aku nak buat ni?", aku berfikir hingga tertidur.

Esoknya, aku merayau mencari kerja kosong. Susahnya nak cari kerja. Tauke tauke ni lebih suka ambil Indonesia bekerja. Mujur ada satu gerai makan mahu menerima aku bekerja sebagai pelayan. Boleh la buat bayar sewa bilik aku, makan percuma. Tapi tak lama, sebabnya maklong datang menyerang dan mencemuh aku di gerai makan tu. Jadi, bila didengari aku anak pelacur, terus diberhentikan aku. Malulah, satu pekan tau. Cina hotel pun tau bila aku balik, boleh ditanya, "lu mau jadi ayam tak?". Memang hangin la aku.

Aku dah buntu, tak tahu nak kemana. Duit semakin sikit. Dengan tiada kelulusan - aku tertinggal sijil PMR di rumah abah, nak kerja kilang pun tak dapat. Tak mungkin aku nak balik ke rumah mak. Duit tambang pun tak cukup.

Cuci pinggan di restoran nasi kandar, tu yang aku dapat setelah keluar dari pekan Parit Buntar. Boleh la. Nak jadi pelayan, tokey tak bagi, dia kata hanya untuk lelaki. Yelah, yelah... aku terima je, asal ada kerja. Kerja dari pukul 7 pagi sampai 10 malam, hanya untuk dapat kurang dari RM50. Balik kerja memang aku terus tidur tak sedar diri. Sakit pinggang dan bahu, kaki tak payah cakap la kecut kena air. Aku dah rupa macam pontianak kesiangan bila balik kerja, tu pun ada yang nak kacau. Silap aku juga, menyewa bilik di lorong belakang, pintu masuknya tu ada tergantung lampu merah. Aku tak tau apa tu, aku tak nak ambil kesah, yang penting murah, dekat dengan tempat kerja dan aku cuma nak tidur.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now