empat lima

13.9K 265 37
                                    


Emilia

Usai segala kekalutan pagi tadi berlarutan hingga ke tengah hari, aku mengemas semua barangku seperti yang Kak Shila arahkan dan mengikut dia balik ke Subang. Hana, aku bawa bersama walaupun dihalang abang Saiful.

"Please, tak lama bang. Pinjam kejap je. Bila isteri abang masuk rumah ni, Emilia pulangkan Hana".

Akhirnya dengan campur tangan kak Shila, aku berjaya mendapatkan Hana, entah untuk berapa hari agaknya kami dapat bersama. Macam ni la agaknya orang berebut anak lepas bercerai.

"Dia selalu kacau... maksud akak, cuba..", ayat kak Shila terhenti. Aku berhenti dari menyuap buah betik ke mulut Hana.

"Kau tau kan apa maksud akak", akhirnya.

Malu aku nak jawab sebab suami Kak Shila turut ada ni tapi kalau diam pun mesti kak Shila desak juga.

"Ada la few times".

"Kenapa tak bagitau? Akak ingat korang biasa biasa je. Dia cuma cakap nak pujuk sampai kau setuju kawin dengan dia".

"Nak Emi bagitau akak? Lepas tu apa? Akak marah dia? Emi mengelak je selalunya". Jawabku. Aryan datang duduk dipangkuan. Hana ketawa kegelian bila Aryan mencium pipinya dengan mulut comot.

Aku bingung juga ni, Kak Shila nak balik KK, dia dah cakap takkan biarkan aku tinggal seorang bersendirian di KL. Aku mesti ikut dia sedangkan aku dah rasa segan sangat dengan pertolongan yang tiada henti dari mereka suami isteri.

Abang Saiful datang menjemput Hana. Aku dah peluk cium Hana sepuasnya sebelum Kak Shila mengambil Hana dariku dan diberikan kepada adiknya. Aku tak keluar menemui mereka suami isteri. Cukuplah semua ini antara aku dan Hana. Aku harap Hana serasi dengan ibu tirinya.

Sayu sangat hatiku bila tiada lagi rengekan Hana yang meminta aku memeluknya. Tiada lagi tangisan Hana yang laparkan susu. Tiada lagi gelak tawanya tatkala bermain.

"Kenapa Emilia menangis?"
Soal mak ketika menelefon aku satu malam.
"Rindu Hana mak", aku meraung. Dah tak segan lagi. Aku perlu lepaskan.
"Sabarlah. Hana tu anak orang. Aryan mana?"
"Dengan maminya. Dia pun nak balik KK lusa". Lagilah teruk tangisan aku.

Mak memujuk aku untuk tinggal bersamanya. Mak kata sunyi tinggal di kampung seorang diri. Along dan kak Ayu berpindah ke Terengganu kerana tuntutan tugas. Setiap hari mak menelefon dan memujuk aku. Aku pun kehabisan alasan untuk menolak. Memang aku pernah katakan untuk hidup sendiri. Tapi sebenarnya aku tak cukup kental.

"Emilia, you better choose to stay here with makcik or follow me back to KK",. Kak Shila memberi dua pilihan padaku pada hari mak datang melawat. Kak Shila akan pulang keesokkannya.

"Emi dah besar la kak. Dah tua pun. Let me live by my own". Kak Shila menggelengkan kepala. Mak pun begitu.

"Kami sayangkan Emilia. Tak nak Emilia jadi macam dulu", luah Kak Shila.

"Emilia tinggal dengan mak ye. Dah lama mak rindu. Tak kesiankan mak?"

Aku lemah betul bila mak begini.

"Besar rumah ni mak. Kita tinggal bertiga?", tanyaku sebaik sampai. Aku ikut mak akhirnya. Tu pun tadi Aryan menangis nangis nak ikut aku. Memang drama air mata juga tadi.

"Ye la. Tapi minggu depan Kimi mula kerja di Ipoh", jawab mak. Kimi mengangkat kepala bila namanya disebut, "haah". Kemudian, dia tunjuk menatap telefon kembali.

Aku ingat balik kampung. Rupanya tak. Aku perhati sekeliling. Rumah teres tapi punya laman agak luas di depan dan belakangnya. Bahagian yang bercantum dengan rumah sebelah sangat sikit. Ada 4 bilik tidur. Mak memilih bilik bawah. Aku nak berkongsi dengannya tapi kecil sangat untuk 2 orang. Aku dihalau ke tingkat atas.

Aku pilih bilik tengah. Bilik utama terlalu besar dan agak menyeramkan sebab semuanya berkaca, dinding batu sikit je. Jadinya, bilik tu banyak menggunakan langsir. Bilik belakang sekali, dibuat perpustakaan kecil berserta meja kerja dan ruangan menggosok baju. Rumah ni lengkap berperabot baru.

Aku duduk di sofa ruang tv tingkat atas bila nampak Kimi menonton drama melayu. Dah lama tak berbual dengannya. Kimi sekarang pun dah berbeza sangat. Baru nak mulakan perbualan, telefon Kimi berbunyi. Aku terdiam. Sekadar pasang telinga mendengar audio tv dan perbualan Kimi. Sebaik dimatikan talian, Kimi mendengus.

"Girlfriend?", tanyaku. Kimi tersenyum menggeleng.
"Belum lagi. Tapi dah banyak songeh. Fed up aku".
"Azam macam mana?"
Kimi mengeluh. Pandangannya sayu.

"He is married. Pilihan umi dia".
"Sorry to hear that Kimi". Aku rasa nak menangis. Sakitnya bila ada perpisahan.
"Nothing much. We still meet each other. Rumah sewa aku nanti satu taman dengan dia. Setakat ni, wife dia tak syak apa pun".

"Ohhh.. mak macam mana? Tak bising ke suruh kau kawin?"
"Tu la dia suruh aku cari. Tapi kau faham kan kalau hati dan perasaan kita dah dimiliki".
Aku mengangguk bersetuju.

"Kenapa kau tak kawin je dengan Saiful? Hensem je aku tengok dia".
Aku hanya tersenyum kelat.

"Dia sediakan kau kereta, kad kredit. Apa lagi kau nak?", tanya Kimi lagi.

"Kau ingat aku perempuan materialistik?". Soalan Kimi aku jawab dengan soalan.

Kimi memandang aku seolah tembus ke dinding belakang.

"Kau masih sayangkan Ayie selepas dia buat kau macam macam?"

"Bicara tentang hati ni, kau sendiri tau jawapannya". Kami sama sama terdiam.

"Yang kau berkawan ni?", tanyaku berminat nak mengetahui lebih lanjut.
"Dia kerja kat tempat aku praktikal hari tu".
"Mesti lawa kan?"
Kimi tersengih, "kau ni.. ingat asal lawa je boleh tawan hati aku?"
"Dia tau pasal Azam?"
"Gila kau. Takde perempuan boleh terima"
"Dah tu kenapa kau masih dengan Azam?"
"I can't. I just can't let him go. We need each other".

Aku menggelengkan kepala, "ni gila- melanggar fitrah manusia".

"Kau tau benda ni salah kan? Mana mana agama pun menentang. Dalam Islam diharamkan. Berdosa", tambahku.

"Aku tau. Aku dah cuba jauhkan diri dari benda ni. Tapi tak boleh. Macam kau dengan Ayie dulu la. Korang tau zina tu haram tapi buat jugak".

Ah... aku pula kena setepek.

"Tapi kan kau belajar psikologi".
"Aku dah agak kau cakap macam tu. Biarlah, go with the flow. Aku berdoa siang malam supaya aku dapat keluar dari kemelut ni dan jadi normal".

Kimi membantu aku mendaftar di KIC, diploma pendidikan awal kanak kanak. Dah memang aku suka budak, jadi itu kecenderunganku. Pengajian aku dibayar oleh Kak Shila. Dia yang paksa aku belajar. Katanya setakat sijil, apa sangat sekarang ni. 

Kimi dari dulu hingga kini jadi pendengar masalah dan rakan setia aku. Dia sudah mula bertugas di Ipoh. Sunyilah tinggal aku dan mak. Kadangkala aku tidur berkongsi katil dengan mak.

Aku ke kelas berbasikal. Ye. Cyberjaya bandar mesra basikal, memang ada laluan basikal. Tak jauh pun jarak rumah ke kolej. Pengangkutan awam pun banyak.

Mak macam biasa, ada tanah di belakang rumah ditanamnya pokok yang mendatangkan hasil dan memudahkan dia untuk memasak. Mak tak la bosan sangat kat rumah. Astro memang terpasang sepanjang waktu aku pergi kolej. Sunyi sepi katanya.

Aku pun sibuk dengan rutin baru. Sesekali ada juga Aryan menghubungiku dan Kak Shila menghantar gambar Hana, up date info tentang Hana. Jadilah, cukup untuk mengubat rindu di hati.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now