empat satu

13.4K 251 62
                                    


Hasri

Memang aku tak salah lihat sebaik aku melangkah masuk ke bahagian roti dan cafe. Itu Lia, berbaju dress paras lutut warna coklat dan merah berjalur tegak, ada tali pinggang halus bagi menampak kan kerampingannya dia. Di tepi telinga, ada aksesori rambut berbentuk bunga menjalar bagi menghiasi mahkota wanita, rambut panjangnya diikat longgar. Lia semakin cantik.

Aku kenal budak lelaki tu, Aryan yang membaling botol tempoh hari. Aku mendekati mereka, tiba tiba seorang lelaki datang menatang dulang berisi makanan dan minuman membuatkan aku menjauhkan diri. Konon konon mencari barang di lorong sebelah.

Aku memandang lelaki itu bersungguh. Aku yakin itu dia, Saiful. Aku harus menegurnya, aku kena pastikan siapa Emilia padanya.

'Mama? Papa??'
Hati aku berdegup kencang. Dada aku dilimpahi air hujan yang tiba tiba mencurah seolah tiada hentinya.

Apalagi yang kau nak Hasri? Sudah terang lagi bersuluh?

Makanan yang aku beli, aku kunyah perlahan. Payah sungguh nak telan. Tawaku tika berbual dengan Saiful, dibuat buat sedang hatiku pedih. Lia langsung tak berbunyi, aku rindu suaranya. Aku rindu senyumnya. Aku rindu kucupan dan belaiannya. Aku rindu semuanya yang ada pada Emilia. Pandanglah aku, sekalipun jadilah. Please sayang.

****

Emilia

"Akak dah tempah katering dan khemah", kata Kak Shila sewaktu kami sedang makan malam.

"Khemah? Ramai ke akak jemput?", tanya abang Saiful sambil menyuap Aryan dan mulutnya sekali.

Hana dengan aku, aku pun sedang makan. Sekadar mendengar perbualan dua beradik ni.

"Takkan semua nak makan dalam rumah? Rumah kau bukan besar mana", sindir Kak Shila.

"Yelah. Rumah kau besar di KK. Rumahku kecil saja", bunyi slang kenegerian sudah mula. Aku faham tapi tak boleh nak sertai. Tak pandai.

"Eloklah ada khemah, orang masuk rumah pun tak ramai. Tak bersepah. Cuma Aryan tu...", mulutku menunjukkan pada Aryan yang dah sampai ke pintu bilik bawah.

"Eyan, jangan ganggu Odu tido", jerit Kak Shila. Mencicit Aryan berlari jauh dari bilik itu.

"Emi buat cucur udang dengan kuah kacang boleh? Dah lama akak tak makan, sejak Saiful ni bawa kau ke KL". Soalan Kak Shila itu membuatkan aku teringat terus pada Ayie.

"Bila?"

"Hari kenduri tu nanti. Katering untuk makan tengah hari je. Ada la kuih kuih manis sikit". Aku pun ok saja, "tapi Aryan dan Hana kena ada yang jaga".

"No problem", balas dua beradik itu tersengih girang.

"Tapi abang nak kuah cili yang manis pedas tu", tambah abang Saiful tersengih sengih.

"Ok. Emi buatkan sekali".

"Mama...."Aryan menarik bajuku. Aku masih menggoreng cucur udang, takut terpercik minyak gorengan je ni. Tetamu dah mulai ramai. Aku kena siapkan sebelum majlis bacaan yassin dan tahlil bermula. Kenduri sempena mak abang Saiful dan Kak Shila semakin sembuh dan ala ala house warming kerana sejak masuk ke rumah ni, kami tak pernah buat kenduri.

Aku matikan api dapur dan mengikut Aryan yang dah segak berbaju melayu ungu, sedondon dengan papa. Katanya lelaki satu tona. Perempuan sama tona lain. Beriya dua beradik tu membeli baju di Jalan TAR.

"Eyan nak papa", dia menuding tangan pada papa di bawah khemah. Laaa... patut tak keluar. Kasut tak pakai. Dia ni memang jenis pembersih. Kalau keluar, walaupun di porch mesti berkasut.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now