lima lima

14.5K 334 86
                                    


Saat aku menyarungkan cincin dijarinya, aku lihat mata Lia merah. Tika aku mengucup dahinya lama, supaya jurukamera dapat mengambil syot syot menarik, air matanya menitis. Tapi aku tau, itu bukan air mata gembira Lia walaupun senyuman terukir di bibir merahnya yang sangat menggodaku.

Lia menawan sekali di mata aku, dalam busana pernikahan yang kami tempah. Simple but nice. Baju kurung moden putih gading dari fabrik lace Perancis dan satin. Dikenakan dengan veil sutera chiffon dan tudung polos yang dijahit berselerakkan dengan mutiara putih.

Di pelamin tadi, Lia sangat mesra dalam setiap pose yang diminta. Seolah tiada cacat cela dalam hubungan kami selama ini. Hatiku berbunga bila dapat menatap wajahnya dalam syot syot tertentu.

Bergambar di dalam bilik membuat hatiku berdegup kencang. Apa tidaknya, lokasi di atas katil. Walaupun biasa-biasa tapi aku lelaki. Malu pun ada bilamana anak anak buah berceratuk di depan pintu nak tengok aksi kami bergambar.

Selesai sesi bergambar, pintu bilik aku kunci. Lia duduk dibirai katil, sesekali ditekap tisu ke matanya. Aku melutut di depan Lia, aku pegang dan kukucup kedua tangannya yang dilukis dengan inai.

"Sayang, tolong maafkan abang. Sungguh abang tak sangka benda ni terjadi". Aku mendongak melihat airmatanya bertakung. Cepat cepat Lia mengalihkan wajah dan menekap tisu di tubir mata. Ada cara rupanya supaya mekap tak rosak.

Lia merenung padaku seolah marah, sesekali memejam mata. Dadanya berombak, bibirnya mengetap seolah menahan ledakan amarah.

"Ayie pentingkan dia dari Lia kan? Lia memang takde erti dalam hidup Ayie kan". Suara Lia bergetar. Aku tau dia mengawal emosinya yang haru biru.

"Bukan macam tu. You mean everything to me. It just...", susah aku nak terangkan bila emosi Lia begini.

"Patut la hati Lia tak tenteram. Rupanya ni yang terjadi", luah Lia. Ada esakan dihujung ayat.

"Sayang, I am here. Kita dah sah jadi suami isteri. Ni yang kita nantikan selama ni". Pandangan kami bertemu seolah berbicara dati hati ke hati.

Tatkala aku disiapkan mak andam yang dah membebel kerana aku lesap saat saat akhir, terdengar bunyi kecoh di luar rumah. Aku mengintai di tingkap. Mak dipapah masuk oleh along. Kak ngah dan kak lang pun berlari masuk.

"Tunggu jap. I nak tengok apa jadi kat luar", kataku kepada mak andam. Dia terpinga pinga bila aku meluru keluar. Baju melayu pun belum berbutang.

"Kenapa long?", aku menepuk bahu along yang berdiri di tepi sofa. Mak Ndak memeluk mak yang duduk di situ.

Along mengesat peluh di dahi.
"Kimi kena tangkap kat rumah Lisa". Longgar kepala lutut aku. Terus aku berpaut pada along. Berpinar pandangan.

"Kau kenapa? Pergi masuk bilik, bersiap. Jap lagi tok kadi sampai".

"Kimi?", soalku.

"Kita selesaikan satu persatu", jawab along tenang. Aku masuk kembali ke bilik untuk disiapkan sebagai pengantin.

Saat aku naik ke atas untuk mengambil tempat untuk dinikahkan di depan pelamin, sudah ada beberapa orang tetamu terdiri dari saudara maraku, termasuk keluarga Saiful juga sudah mengambil tempat masing masing. Aku bersalaman dengan mereka.

Mataku tertarik pada seorang lelaki tua yang duduk berhampiran pintu keluar. Aku terus memeluknya, guru mengaji aku dulu - Ustaz Dananjaya yang aku panggil Abi. Dengan dia, aku belajar agama dan merasai kasih sayang ayah. Setelah dia berpindah ke mukim lain, kami terpisah. Kemudian, aku masuk sekolah berasrama penuh dan terus terbang ke luar negara. Langsung terlupa pada orang yang banyak berjasa ini.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now