tiga empat

12.2K 253 26
                                    

Aku sengaja menutup semua lampu bila Ayie menghantar mesej yang dia ingin menelefonku. Takkan aku nak tunjukkan mataku yang merah dan bengkak ni. Buat malu je, menangis untuk orang yang tak punya perasaan pada aku. Aku katakan aku nak tidur, walaupun sebenarnya selepas kami memutuskan talian, aku menangis lagi. Aku tak sedar bila aku tertidur. Hakikatnya, hati ini sepenuhnya menyintai Hasri walaupun aku tau aku tak layak untuk berada dalam hatinya. Aku tak sedar bila aku jatuh cinta padanya.

"Emilia, teruknya bengkak mata kau", tegur Elaine, teman sekelasku. Dengan pantas aku mengeluarkan bedak kompak untuk menggunakan cerminnya dan menatarias sedikit. Walaupun sebenarnya tak membantu pun. Sekadar nak menyedapkan hati.

"Do you have problem?", soalnya. Aku menarik nafas panjang sebelum berbual dengannya. Kebetulan pensyarah lambat masuk pula.

"What are you going to do, you love a man who doesnt love you, but there is a man loves you and you dont love him?"

"Wow.. thats why huh?". Lama Elaine mendiamkan diri.

"I would go for the one who loves me", jawabnya. Dan itu membuatkan hati aku semakin luluh.

Ada mesej dari Kak Shila, semasa aku dan Elaine berbual. Sakitnya hati bila dia kongsikan gambar dari Ig Anis, he stole my first kiss. Aku tau itu sengaja, bukan tak sengaja. Gambar Ayie dan Anis berebut makan epal yang tergantung dan akhirnya ada aksi berciuman.

Aku menanti dengan penuh kesabaran, Ayie dah mesej katanya dalam 20 minit lagi bas akan tiba di pejabat. Aku menunggunya di bakeri dalam bangunan pejabat Ayie sambil menikmati donut dan secawan kopi. Sengaja aku tak memberitahunya, konon nak buat kejutan. Hati aku menidakkan kebenaran gambar tadi.

Bas pertama tiba, kebanyakan keluarga yang turun. Bas kedua pun sama. Ada yang dah pulang ke rumah tapi bayangan Ayie belum nampak. Bas ketiga tiba, aku nampak Anis turun dan dia bagai menanti seseorang turun. Aku hanya mampu memandang bila Anis merangkul tangan Ayie dan bersama sama mengambil beg di tempat letak muatan. Aku bangun meninggalkan bakeri itu dan mendapatkan teksi untuk balik ke rumah.

*****

Hasri

"Thanks Hasri", ucap Anis sebaik aku menuruni bas. Dalam bas tadi aku duduk bersebelahan pemandu. Jadi, Anis terpaksa duduk bersendirian. Aku turun setelah semua orang turun. Rupanya Anis menungguku. Tanganku pantas dirangkulnya. Ramai yang masih berada disitu, hati aku nak sangat marahkan Anis tapi kesabaran aku masih ada.

"Kenapa?", soalku dingin sambil mengeluarkan beg dari bahagian barang sisi bas. Beg Anis pun ada sama.

"Kiss I tadi", mukanya kemerahan dan tersipu sipu, malu konon.

"Tu tak sengaja. I tak nak pun kiss you. Rasanya you yang kiss I".

"Bila lagi nak rasa. I offer you dah lama, you yang tak nak", dia merajuk.

"Sorry la. I tak minat dengan you. I nak balik", ujarku, menolak dia ke tepi agar aku boleh melepasi lorong ke lif.

Pintu rumah aku buka, ada bau nasi ayam kegemaranku. Lia bersinglet paras lutut, rambut disanggul tinggi menampakkan leher jinjangnya, sedang memotong tomato.

"My sayang dah balik", jerit Lia, menanggalkan apronnya dan mendapatkan aku. Kami berpelukan dan berciuman melepas rindu. Aku rindu dia.

"Sorry, Lia busuk. Belum mandi ni", katanya ketawa kecil, meninggalkanku untuk meneruskan kerjanya.

Aku meletakkan beg di tepi sofa dan terus memeluknya dari belakang. "Lia, you look sexy walaupun busuk tak mandi".

"Haipp... Lia nak masak. Jangan cuba nak menggoda", Lia memberi amaran, melepaskan diri dari terus dipeluk.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now