lima

20.1K 394 16
                                    

Hilmi

Emilia duduk menghadapku, tunduk. Aku sedari tadi menyelak fail peribadi rekod disiplin dan rekod pelajarannya. Kami duduk di sofa berhampiran tingkap, pintu dibuka. Bila ada sesi dengan pelajar perempuan memang begini, takut ada fitnah. Bukan tiada cikgu kaunseling perempuan, dia cuti bersalin.

"Tau tak nama saya?"
Emilia menggelengkan kepala.
"Saya Ahmad Hilmi. Cikgu kaunseling sementara, menggantikan Puan Maslina yang cuti bersalin".
Dia menganggukkan kepala, masih tak memandang aku.

"Emilia tak selesa?"
Dia menggeleng.
"Kenapa tak pandang saya?"
"Malu. Segan".
"Kenapa?"
"Saya tak tau Encik ni cikgu sekolah saya".
Aku nak ketawa namun kutahan.
"Saya pernah masuk kelas awak, ganti Cikgu Adnan. Awak mengamuk tinggalkan kelas. Awak tidur dari saya masuk". Dia senyap.

"Emilia, pandang saya". Dia mengangkat wajahnya. Baru kali ni aku dapat melihat wajahnya betul betul. Pengcahayaan asli, matahari. Selama ni bawah lampu oren, tengok dari sisi. Dia selalu mengelak dari memandang tepat padaku. Boleh tahan juga rupa parasnya.

"Awak memang selalu tidur dalam kelas?". Dia mengangguk.
"Kenapa?"
Diam... lama. Air matanya mengalir laju.
"Cikgu, boleh tak saya tak ceritakan di sini? Malu jika ada orang lalu kat koridor ni dengar".
Aku menarik nafas panjang.

Dari lepas asar, dia duduk di dalam bilik, pintu terbuka. Jadi aku nampak dia sedang membuat homework.

Perabot rumah dah ada. Semuanya aku beli seringkas mungkin, ikut bajet yang ada. Sofa, meja makan, tv beserta astro dan beberapa benda asas lain. Bilik tengah berhampiran dapur menjadi bilik dia. Bilik utama jadi bilik aku, lengkap perabot. Cuma untuk bilik dia, aku belum beli. Tak de dalam bajet pun sebenarnya. Cuma ada tilam bujang lamaku dan rak plastik untuk baju.

"Emilia, lepas ni kita duduk di sofa sekejap", kataku semasa dia mencuci pinggan makan malam.

Walau aku membaca akhbar, aku nampak dia segan segan untuk duduk denganku. Tv kututup dan akhbar kulipat sebaik dia duduk di sofa.

"Kita sembang santai malam ni, sambung sesi yang tertangguh hari tu di sekolah. Esok cuti kan", aku memulakan bicara, dia menggangguk.

"Awak selalu termenung, rindukan mak?"
Dia mengangguk  kemudian berkata, "adik adik".
"Berapa orang adik awak?"
Lama dia diam. " lapan".
Aku mengerutkan dahi, malam tu aku nampak 2 je.
"Lapan? Malam tu ada 2 je kan? Mana lagi 6?"
"Ibu jual". Hatiku terhenti seketika.
"Jual?"
Dia mengesat air matanya yang mengalir.
"Ayah awak?"
"Saya tak de ayah. Ibu kata saya menyusahkan dia. Sebab saya, hidup dia jadi macam sekarang".
"Ayah kepada adik adik awak?"
"Saya tak tau yang mana satu".
Aku ternganga. Memang aku pernah dengar pasal ni tapi tak sangka ianya betul terjadi.

"Cikgu, saya selalu tidur dalam kelas sebab malam malam saya tak tidur. Tiap malam ada saja lelaki datang ke rumah mencari ibu. Jika tak dapat ibu, saya akan jadi mangsa. Saya kena jaga adik adik jika ibu layan mereka. Saya selalu lari menyorok kalau kena ganggu. Macam malam tu". Bahunya terhinggut hinggut menahan tangisan menjadi lebih kuat.

"Malam tu kamu lari dari siapa?", aku bangun dan duduk disebelah Emilia, cuba untuk meredakan tangisannya.

"Abang bilik depan. Dia nak ibu, tapi masa dia balik kerja, ibu dah bawa bossnya. Jadi dia marah sebab ibu dah janji nak tidur dengan dia".

"Bilik depan? Ada 2 orang kan. Yang mana satu?"

"Dia tak de. Dia kejar saya malam tu lepas tu tak tau pergi mana".

"Kalau ibu bawak balik kawan, awak tidur di mana?"

"Saya tak tidur. Saya takut kena kacau", tangisan bertambah hebat. Aku terpaksa memeluknya. Gementar sebenarnya, adik perempuan aku yang sebaya Emilia ni pun dah lama aku tak peluk.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now