Sekolah?

7.4K 328 42
                                    

Terdapat seorang perempuan yang sedang fokus membaca buku di taman sehinggalah datang orang yang tak diundang.

"Hoi." panggil 'benda' itu.

Perempuan itu hanya mengendahkan panggilan 'benda' itu. Baginya hanyalah angin lalu sahaja.

"Rine!!!" jerit 'benda' itu di telinga sang perempuan.

Korang boleh bayangkan tak betapa berdesingnya telinga perempuan itu. Dengan penuh kasar, perempuan yang bernama Rine itu terus menutup buku yang dibacanya.

"Kau nak apa mangkuk? Tak nampak ke aku tengah membaca? Dah lama hidup ke Felix?" soal Rine dengan tegas.

Felix tersenyum manis yang mempu membuatkan sesiapa terpesona tetapi tidak bagi Rine. Baginya senyuman manis Felix seperti senyuman monyet padanya.

"Rine, kita akan pergi ke istana petang ni. Ada hal yang nak Uncle Andrew cakapkan. Kau jangan tanya apa dia, sebab aku pun tahu." jawab Felix sambil bermain dengan apinya.

Rine mengeluh berat.

"Malas."

Terlompong Felix mendengar jawapan kakaknya. Sepanjang-panjang dia bercakap, tu je yang kakaknya jawab?

"Tapi Rine, Daddy yang paksa." balas Felix dengan datar.

Kadang² geram jugak dengan sikap kakaknya yang sentiasa diam. Nak cakap bisu, memang tak la.

Sekali lagi Rine mengeluh berat. Kalau Achille a.k.a daddynya yang paksa memang dia harus turuti.

"Hmm."

Walaupun Rine hanya membalas seperti itu, Felix tahu yang kakaknya akan pergi.

'Tahu pun takut dengan daddy.' desis hati Felix.

"Dah. Pergi berambus." arah Rine lantas menyambung bacaannya kembali.

Felix mendengus geram apabila Rine mengusirnya. Baru je dia nak berbual dengan kakaknya, last² kena halau macam kucing minta ikan.

-skip-

"FASYA!!!!!!"

Bergema istana yang didiami oleh sebuah keluarga.

Star yang sedang makan buah epal terbantut apabila mendengar jeritan anak lelakinya.

"Kenapa dengan Rayyan?" soal Andrew dengan pelik.

Star hanya menggeleng tanda 'tak tahu'.

Tak lama itu, kelihatan seorang perempuan sedang berlari dan dibelakangnya terdapat seorang lelaki yang mengejar perempuan tersebut dalam keadaan yang basah kuyup.

"Ayahanda! Tolong Fasha!" ujar Fasha lantas bersembunyi di belakang Andrew.

Andrew menepuk belakang anak bongsunya.

"Kenapa dengan korang berdua ni?" soal Andrew.

Rayyan memandang Andrew seketika dan memandang tajam ke arah Fasha.

"Ayahanda, Fasha pergi teleport Ray ke laut! Mujur Ray pandai berenang!" ujar Rayyan dengan geram.

Andrew dan Star pelik memandang tingkah anak mereka.

"Betul ke Fasha?" soal Star dengan penuh selidik.

Fasha memuncungkan mulutnya.

"Ya bonda, Tapi semua ni bukan salah Fasha. Salah Abang Ray jugak. Dia tu liat sangat bangun." adu Fasha.

Andrew memandang anak lelakinya yang hanya diam membisu.

"Betul ke apa yang Fasha cakap?" soal Andrew.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now