Kerajaan Angel

2.2K 140 25
                                    

Rayyan berjalan-jalan di dalam hutan yang tidak diketahuinya. Dia masih marah dengan Yui. Kemarahannya belum hilang lagi sebab itulah dia masih lagi berjalan dalam hutan, kalau tak, dia sudah balik dari tadi.

"Kenapa dia sanggup tipu aku? Kenapa dia buat aku macam ni. Padahal aku sudah percayakan dia." Gumam Rayyan dengan sedih.

Rayyan berhenti berjalan untuk seketika.

"Apa aku nak buat? Semuanya sudah huru-hara. Semuanya disebabkan Yui. Salah dia. Kalau dia tak buat macam tu, semuanya takkan terjadi. Kenapa Yui? Kenapa bukan orang lain?!"

Kemarahan Rayyan sudah memuncak. Dia terus menggunakan kuasanya dan melemparkan ke arah pokok.

Sampai tumbang dibuatnya.

Rayyan mula menangis mengenangkan nasib mereka. Walaupun dia seorang yang dingin, dia masih ada hati nurani juga.

Tahu gembira. Tahu sedih. Tahu cinta.

Tak lama itu, dia bernafas lega kerana melepaskan kemarahannya. Perasaannya kembali seperti biasa.

Tiba2 sahaja Rayyan teringatkan Blu a.k.a naganya.

"Blu!"

Krik...krik...

"Blu!!"

Seruan Rayyan langsung tidak membuatkan Blu muncul. Rayyan pelik dengan naganya itu.

Akhirnya Rayyan menyerah kerana Blu tetap tidak muncul setelah memanggilnya berulang kali diserunya.

Dia mula memandang sekeliling dan mengeluh berat.

"Bagus! Bagus sangat! Sekarang aku dah sesat!"
Ujarnya dengan keluhan berat.

---

Andrew bangun dari tempat duduknya dengan marah.

Hampir dia tidak percaya cakap Yui jika tidak teringatkan Yui adalah seorang angel. Melody turut bangun dan menenangkan Andrew.

"Abang, bawa bertenang." Ujar Melody dengan lembut.

Dia turut terkejut mendengar perkataan Yui tadi. Fasha adalah anak saudara manjanya, memang dia tidak menyangka Fasha adalah penceroboh.

"Macam mana abang nak bertenang, Melody! Anak abang sendiri yang telah masuk ke kawasan angel. Abang betul2 tidak menyangka Fasha orangnya." Jelas Andrew dengan sedikit kuat.

Melody memeluk Andrew supaya Andrew dapat menghilang kemarahannya. Dia tidak ingin abangnya menghukum anaknya sendiri.

Melody yakin bahawa Fasha tidak sengaja.

Yui turut bangun dari tempat duduknya.

"Maaf tuanku. Tapi saya minta tuanku tenangkan diri dahulu. Kalau mahu penjelasan lebih lanjut. Silalah ikut saya ke kerajaan angel." Ujar Yui dengan tenang.

Andrew dan Melody memandang Yui secara serentak.

"Ikut?"

"Ya, ikut. Kami sebagai angel sangat alu-alukan kedatangan Raja Element untuk datang. Di sana, tuanku boleh berbincang baik2 dengan raja kami."

Melody mula tersenyum dan memandang Andrew yang masih tidak percaya dirinya dijemput ke Kerajaan Angel.

Sejujurnya, sudah lama Andrew ingin melihat suasana Kerajaan Angel seperti apa. Tetapi itulah. Macam mana dia nak pergi kalau dia sendiri yang membuat pelindung tersebut.

"Abang pergilah ikut Yui. Biar Melody yang jaga kerajaan buat sementara." Ujar Melody dengan baik.

Andrew berfikir sementara dan memandang Yui kembali.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now