Kebenaran

2.3K 169 30
                                    

Rayyan memandang ke belakang dan memandang seseorang yang sangat dia kenali. Siapa lagi kalau bukan Yui.

Yui yang perasan buku yang dipegang oleh Rayyan terus membeku. Malahan hatinya sudah tidak sedap.

"Ray--"

"Kau jangan nak sebut nama aku Yui!" marah Rayyan dengan kuat + geram sambil mencampakkan buku yang dipengangnya.

Hampir menitis air mata Yui kerana Rayyan sanggup marahkannya.

"Maaf." Lirih Yui dengan sedih.

Yang lain memandang pelik ke arah mereka.

"Kenapa dengan korang ni? Kenapa kau marah Yui, Rayyan?" Soal Edrina dengan geram.

Rayyan mendengus kasar dan menunjukkan jarinya kepada Yui.

"Kalau korang nam tahu, dia la yang hilangkan ingatan kita semua! Semua salah dia!" Jelas Rayyan.

Terkejut mereka semua apabila mendengar kata2 Rayyan.

"A--apa?!"

Rayyan memandang Yui yang sedang menunduk sedih. Rayyan tersenyum sinis.

"Acting kau tu sudah lapuk Yui. Sampi hati kau, kenapa hancurkan misi kami?! Satu barang je lagi yang perlu kami cari, tapi kau musnahkannya!" Tengking Rayyan dengan geram.

Dia betul2 kecewa dengan Yui. Sangat kecewa sampai tidak mahu memandang wajah Yui lagi.

"Saya ada sebab Rayyan." Lirih Yui dengan sedih.

"Sebab apa?! Takut kami mati?! Untuk pengetahuan kau, kami tak selemah yang kau sangka! Dan aku tak perlukan rasa kasihan kau pun!" Marah Rayyan lagi.

Selepas itu, Rayyan terus meninggalkan mereka yang ada di situ. Entah la dia nak pergi ke mana, yang pasti untuk hilangkan rasa kecewa ini untuk seketika.

Yang lain memandang Yui untuk penjelasan.

"Apa yang terjadi sebenarnya? Misi? Misi apa Yui?" Soal Michael selaku wakil mereka semua.

Yui memandang mereka dengan penuh sedih.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kalian tahu hal sebenarnya." Ujar Yui dengan suara bergetar.

Masih sedih kerana Rayyan marahkannya.

---

Melody mengikuti langkah Andrew yang berjalan tergesa-gesa.

"Abang, kenapa ni? Ada masalah ke?" Soal Melody dengan panik.

Mendengar soalan Melody, terus Andrew berhenti.

"Adik, firasat abang selalu betul. Adik tahu tak? Pelindung abang sudah tidak berguna kepada puak angel. Sudah ada beberapa angel yang berjaya keluar. Dan itu membahayakan mereka jika mereka berada di sini. Kita sebagai puak Element wajib melindungi puak angel." Terang Andrew demgan tidak kalah paniknya.

Terbuntang mata Melody dibuatnya.

"Wh-what? Tapi macam mana semua ni boleh berlaku? Pelindung abang kan kuat! Macam mana angel boleh keluar?" Soal Melody dengan riak wajah yang masih terkejut.

Andrew menggeleng tanda tidak tahu.

"Mungkin ada di antara puak Element yang telah masuk kawasan puak angel."

Melody dan Andrew memandang gerangan yang menjawab soalan Melody.

"Achille?" Soal Melody

"Hai sayang. Hai abang ipar." Ujar Achille dengan senyuman.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now