Sejarah Knight

4.1K 258 33
                                    

Rine dengan semangatnya mengemas begnya dan keluar dari kelas meninggalkan Felix dan Fasha.

Terlopong Felix dengan kepantasan Rine. Bukan apa, sepanjang belajar tadi, Rine asyik tidur sahaja. Dan paling terbaik, cikgu langsung tak marah.

Salah! Tadi ada kuiz sekejap. Felix nampak Rine jawab dan sambung tidur balik setelah selesai. Dan paling mengejutkan dia, Rine dapat full mark dalam kuiz tu.

'Aku tak sangka kakak aku tu bijak.' desis hati Felix.

"Rine memang hebat kan? Tadi pun dia boleh jawab. Padahal dia mana dengar apa yang cikgu cakap." puji Fasha sambil keluar dari kelas diikuti oleh Felix.

"Ha'ah..memang. Aku pun tak sangka. Tapi aku pun hebat jugak kan? Salah satu soalan je." puji dirinya sendiri sambil tersenyum.

Fasha mengangguk mengiakan kata² Felix. Kan tak angguk, tak pasal² merajuk.

---

Rine masuk ke dalam rumah mewah bilik keluarganya.

Apabila buka pintu itu, dia ternampak aksi yang menggelikan baginya.

Nak tahu?

Achille dan Melody tengah berciuman di ruang tamu.

'Tak ada tempat lain ke?' soal hati Rine.

Rine menutup matanya dan berkata...

"Mummy, daddy, kalau nak buat adik untuk kami sila ke bilik." tegur Rine.

Ciuman Achille dan Melody terlepas. Melody tersenyum kaku melihat anaknya manakala Achille berdeham.

Dia membisikkan sesuatu pada Melody lantas pergi naik ke atas. Melody menyuruh Rine duduk di tepinya.

"Kenapa Rine balik rumah? Tak selesa ke duduk di dorm?" soal Melody dengan pelik.

Rine menggeleng laju. Dengan pantas dia mengeluarkan sebuah buku lama. Terkejut Melody apabila Rine jumpa buku yang sudah lama dia cari.

"Buku ni? Macam mana Rine jumpa?" soal Melody sambil membelek(?) buku trsebut.

"Alsya dan Michael yang tunjuk dekat Rine. Rine tahu mummy cari buku ni. Kenapa mummy cari buku lama ni?" soal Rine sambil baring atas paha Melody sebagai bantal.

Melody menggosok rambut Rine dengan lembut.

"Buku ni adalah buku sejarah kerajaan knight. Buku ini juga yang menemukan mummy dengan daddy semula. Rine ingat kan kisah mummy dan daddy?" soal Melody.

Rine mengangguk.
"Daddy ada cerita dekat Rine dan Felix. Kisah mummy yang hidup kembali. Kisah tu sangat sedih." jawab Rine.

Melody tersenyum.
"Ya. Buku ini juga ada sesuatu yang sangat misteri. Benda yang semua orang tak sangkakannya. Benda yang orang pasti tahu benda tu sudah pupus berjuta juta tahun dahulu." ujar Melody.

"Benda apa? Guardian je kan? Mummy pun ada." ujar Rine sambil duduk bersila.

"Memang. Tapi ini adalah guardian lagenda. Guardian lagenda tak boleh dikalahkan. Kuasa kegelapan pun takut dengan guardian ini. Cuba Rine baca. Mummy dah baca, mummy memang nak suruh Rine dan Felix baca." ujar Melody lantas memberikan buku lama itu kepada Rine.

"Mummy harap Rine dan Felix boleh cari guardian tu supaya kita akan selamat dari puak kegelapan. Rine boleh ajak kawan² Rine. Macam mummy dulu, lagi seronok kalau ada ramai yang ikut." sambung Melody.

Dahi Rine berkerut seribu juta.

"Tapi bukan ke mummy dah hapuskan Albert ke? Kenapa boleh ada puak kegelapan yang lain?" soal Rine dengan pelik.

"Sebab yang mati tu hanya puak kegelapan yang terkuat. Tak mustahil masih ada lagi puak kegelapan yang lain masih ada. Mummy tahu, lambat atau cepat. Akan ada lagi peperangan. Tapi mungkin ini akan jadi peperangan yang boleh tahan besar kerana semua orang akan berebut jika tahu guardian lagenda masih ada." terang Melody.

Rine mengambil buku itu dan mula membaca...

Guardian Lagenda..

Dia akan terbangun apabila orang yang membangunkannya..

Dia juga akan bangun mengikut puak orang yang membangunkannya. Sama ada puak cahaya (baik) atau puak kegelapan (jahat).

Dia berada di sesuatu tempat yang sangat jauh dari orang. Dia berada di Kerajaan Knight.

"Mummy, kerajaan knight kan dah pupus? Macam mana nak cari?" soal Rine dengan keluhan.

Melody tersenyum. Rine mula membaca perenggan yang lain pula.

Semua orang menyangka Kerajaan Knight telah pupus. Tapi sebenarnya Kerajaan Knight masih ada. Cuma ianya tenggelam.

Entah di darat atau di laut kerajaan itu tenggelam.

Tapi yang pasti..guardian itu masih ada dan tertidur. Guardian itu menunggu seseorang untuk membangunkannya semula.

Carilah seutas rantai emas, daun yang berbentuk bintang, sedikit air yang suci dan berkilau, serta yang paling penting..Air mata fairy kerajaan Blue Sea.

Selepas dapat mencari semua benda itu, Sila pergi ke Golden Stone. Di situlah, kalian akan tahu di mana terletaknya kerajaan knight.

Rine menutup buku itu setelah membacanya.

"Macam mana? Perjalanan yang jauh kan? Mummy berharap sangat dekat Rine dan yang lain. Kalau puak kegelapan yang dapat guardian tu, kita semua akan musnah." terang Melody dengan sayu.

Rine mengangguk faham.

"Rine faham mummy. Rine akan pergi mengembara bersama dengan yang lain. Rine pergi dulu ya mummy." ujar Rine lantas mencium dahi Melody.

Dengan pantas Rine berlari keluar. Dia kena bagitau semua rakan²nya tentang perkara ini termasuk Felix.

































tbc..

Sorry tau..hari ni sis hanya akan update chapter ini sahaja. Sis sibuk dengan kuoh raya, Ramai yang nak tempah dengan sis. Padahal sis tak buke ape2 tempahan pun..😭 Macam mana la mereka tahu yg sis boleh buat kuih raya. Tak pasal2 sibuk.

Watak lain jgn bimbang ye..chapter lain akan ada..

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now