Gunung Panas

3.3K 229 34
                                    

Mereka sampai di sebuah gunung yang teramat panas. Tapi mereka tak rasa apa² pun. Sebab mereka semua ada juga element api walaupun sedikit. Rine juga tak rasa apa² kerana dia memiliki kuasa ais. Ais dalam badannya dapat menampung suhu di sini. Malahan dia boleh buat salji di sini.

Michael pula? Michael kan tubuh dia kebal. Dia tak rasa apa² pun. Cuma dia rasa agak demam sebab terlampau panas.

"Kita nak cari apa dekat sini?" soal Damien dengan pelik.

Dia memandang sekeliling. Hanya penuh dengan pasir. Bukit pun pasir.Tak ada pokok langsung, cuma kaktus sahaja.Nampak macam gunung pasir pulak.  Ke dah memang gunung pasir yang panas tu?

"Kita kena lalu dari sini untuk mencari bahan² yang kita nak. Aku pun tak tahu juga kenapa kita kena lalu di sini sebenarnya." ujar Rine.

"Takpa..kita jalan je dulu. Mana tahu kita jumpa kawasan lain pula kan? Mungkin di situ kita akan jumpa apa yang kita cari?" cadang Fasha dengan tenang.

Yang lain setuju dengan Fasha.

"Dah..jom la kita gerak. Kita tak ada masa." ujar Rayyan dengan tegas.

Yang lain mengangguk faham dan mula berjalan lurus sahaja. Well, mereka tak tahu jalan apa yang perlu mereka lalui, so mereka hanya mengikut naluri sahaja.

---

-Situasi lain-

Di sebuah tempat yang sangat gelap dan hanya disinari oleh lilin serta labu yang bercorak menakutkan serta pisau yang dicucuk ke dalam semua patung, ada enam orang yang sedang berkumpul.

"Kenapa kita dipanggil ketua?" soal kembar yang ada di hadapannya.

"Misaki, Mizuki, Akira dan Stella. Aku nak korang pergi ke gunung ganas dan hancurkan Power of Group." ujar Ketua mereka, Evy.

Yang lain memandang sesama sendiri.

"Kenapa hanya kami berempat? Bukankah kita semua boleh pergi?" soal Stella.

Evy memandang tajam ke arah Stella.

"Kau lupa ke yang aku dan Adrian tu bukan kuasa macam korang. Korang boleh bertahan di gunung tu tapi tidak dengan kami. Faham?" terang Evy sambil mengambil gambar² Power Of Group.

Mereka mengangguk faham dan meneliti gambar itu.

"Ini adalah Power Of Group. Mereka tu nak kata kuat sangat, tak pun sebenarnya. So, buat mereka cedera parah pun takpa. Kita kena balas dendam pada mereka kerana puak mereka jugalah yang membunuh keluarga kita." luah Evy. Selepas dia berkata sebegitu, yang lain turut menjadi marah bila teringatkan peperangan yang dahulu.

"Aku rasa nak bunuh budak ni, muka dia tu buat aku meluat dan rasa nak bunuh sampai hancur berkecai." ujar Mizuki sambil menunjukkan ke arah gambar Felix yang mengerdipkan mata sebelahnya.

Mereka tersenyum bangga melihat Mizuki yang nampak betul² serius nak bunuh Felix kecuali seorang.

Iaitu Adrian. Dia memandang tepat ke arah Rine yang langsung tak senyum.

Dalam diam² dia tersenyum kecil melihat wajah Rine.

Ceyy,, hati tengah cair..Tak boleh kacau..























tbc...

Sis tak sihat, so mungkin akan kurang update..Oh, lupa nak bagitau..Hri isnin nanti, sis dah masuk semesta baru, so kurang jugak la updatenya..Sorry la ye..kalau sis tak update sehari or dua hari...sis akan double update nanti..😉Bye²..

Diamond Academy : A Legend of GuardiansDonde viven las historias. Descúbrelo ahora