Perasaan 2

2.6K 196 28
                                    

Akira memandang tajam ke arah Si Kembar. Si kembar hanya tersenyum canggung.

"Tahu apa salah korang?" soal Akira dengan geram.

Mizuki hanya menggaru kepalanya yang gatal sedikit manakala Misaki hanya menayangkan wajah tak bersalah langsung.

"Apa salah kami?" soal Mizuki

Akira mengempal tangannya lantas melayangkan penumbuk kepada Mizuki. Wajah Mizuki hampir terkena penumbuk itu jika Misaki memengang tangan Akira.

"Cukup Akira. Aku tahu ianya salah kami. Tolonglah, kami minta maaf. Kami tak sengaja dengar semua tu." mohon Misaki.

Akira memandang Misaki dengan sinis.

"Dan aku harap, korang takkan bocorkan perkara ni. Kalau tak, korang akan aku hancurkan sedikit demi sedikit." ugut Akira dengan nada yang menyeramkan.

Si Kembar tersebut mengangguk faham dan mula meninggalkan bilik Akira setelah disuruh keluar oleh Stella yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

"Kau tak perlulah sampai ugut si kembar tu. Kesian la." ujar Stella dengan baik.

Dia bukan apa, dia kasihan melihat Mizuki dan Misaki yang nampak takut dengan Akira. Dan lagi, si kembar tu kawan mereka.

"Diamlah."

Korang mesti pelik kan apa yang terjadi sebenarnya..well, begini kisahnya..

Flashback

Semasa mereka sedang berehat untuk seketika, Mizuki dan Misaki bercadang ingin melawat Akira. Sebabnya ialah mereka tengah bosan.

Mereka ingin melawat Evy, tapi mereka nampak Evy seperti sedang serius. Jadi takut untuk tegur. Stella pula tiada dalam bilik. Adrian? Adrian kan tengah keluar.

Jadi, mereka mengambil keputusan untuk melawat Akira. Well, mereka 'baik' hati untuk tidak mengacau hidup Akira.

Semasa mereka ingin mengetuk pintu bilik Akira. Mereka mendengar suara yang sedang bercakap.

Mereka berpandangan dan mula mencuri curi dengar.

"Kau serius ke ni?" suara Stella kedengaran.

"Dah tentulah..kau ingat aku tipu? Aku betul² sukakan dia..tapi dia langsung tak pandang aku." akhirnya suara Akira kedengaran.

Kening kanan Mizuki ternaik.

"Aku tak sangka Akira sukakan seseorang." bisik Misaki dan disetujui oleh Mizuki.

"Habis tu kau nak buat apa? Kau pun kenal Adrian tu kan..Dia susah nak pandang orang, nak² orang macam kita termasuk la kau. Kau ingat senang nak buat Adrian sukakan kau juga?" soal Stella.

Hampir terjerit Mizuki dan Misaki mendengar kenyataan Stella.

'Jadi..AKIRA SUKA ADRIAN?!' desis hati mereka berdua.

"Kau ada idea tak? Aku nak Adrian pandang aku."

"Aku--"

Mizuki terbuntang matanya apabila Misaki terlanggar pasu bunga di pintu bilik Akira dan menyebabkan bunyi yang kuat.

Si kembar itu saling berpandangan. Baru sahaja mereka ingin pergi dari situ, suara yang menakutkan menghentikan pergerakan mereka.

"Ehem! Korang ada dengar kan....?"

Mereka berpandangan sesama sendiri. Mizuki dan Misaki menelan aor luirnya memandang wajah Akira yang sangat serius. Stella hanya menggeleng kepalanya.

Flashback

"Woahhh! Mujur la kita selamat!" ujar Mizuki sambil menghela nafas leganya.

Misaki mengangguk setuju.

"Tapi kan, tak sangka betul Akira tu sukakan Adrian." ujar Misaki kepada Mizuki.

"Dah..jangan cakap lagi. Nanti Akira marah kita pula."

Mizuki mengheret Misaki keluar dari rumah mereka. Nak pergi mana? Nak pergi rumah lama mereka semula. Rindu masih belum terubat.

Tanpa mereka sedar, seseorang telah mendengar percakapan mereka berdua. Orang itu tersenyum sinis.

"Ini akan jadi lebih menarik."




















tbc...

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now