Best Friend

4.5K 276 30
                                    

Kelima-lima mereka sedang bersiap untuk daftar di Diamond Academy. Memang tipu la kalau tak ada ragam di antara mereka berlima.

"Mana stoking rabbit Fasha?!"

"Felix! Kembalikan tali leher aku!!"

"Tu bukan pengikat rambut aku ke? Kenapa ada dalam kasut kau?! Cari nahas ke?!"

"Mana beg kesayangan aku!"

Mereka kalut mencari barang² mereka kecuali Rine yang sepertinya tak terganggu langsung.Kali ini mereka semua akan tinggal di dorm akademi. Berdikarilah katakan.

Felix mengemas tali lehernya dan tersenyum memandang dirinya di cermin.

"Kau sangat kacak Felix." ujar pada diri sendiri.

Rine menjeling ke arah Felix.

"Jangan nak perasan boleh tak? Cepat la!" arah Rine dengan datar sambil menolak lembut belakang Felix.

Felix memandang Rine dengan geram.
"Kakakku sayang, hargai lah sikit adikmu ini." ujar Felix.

Rine hanya mendiamkan diri.

"Tapi kan Rine, kau sangat cantik pakai baju akademi ni. Tak sangka kakak aku sorang ni sangat cantik." puji Felix.

Rine pelik dengan perangai tiba² Felix.

"Aku takkan belanja kau apa² masa rehat nanti."

Terbeku Felix di tempatnya, dia memandang ke arah Rine yang meninggalkannya.

"Macam mana dia tahu.." gumam Felix dengan gelengan.

Nampaknya setelah ini, dia kena lebih berhati².

-skip-

Mereka telah sampai di depan dorm perempuan. Lelaki? Lelaki ke dorm lelaki la.

"Kita bilik nombor brape?" soal Fasha kepada Rine.

Rine memandang telefon di tangannya.
"Bilik nombor 790. Tingkat 40." ujar Rine dengan datar.

Fasha mengangguk faham dan ingin menekan butang lif untuk naik tetapi mendengar suara Edrina.

"Tunggu! Syl hilang!" jerit Ed dengan takut.

Berkerut dahi Rine mendengar perkataan 'Syl'.

"Apa maksudnya?" soal Rine dengan pelik.

Salah satu sebab lagi kenapa Ed dan Fasha sayangkan Rine walaupun Rine agak 'kejam' tetapi Rine masih ada rasa peduli.

"Haiwan kesayangan kak Ed. Namanya Syl, dia ada iras my wolf." ujar Fasha sambil menunjukkan haiwan kesayangannya kepada Rine.

Rine hanya mengangguk faham. Rine memandang ke arah Ed yang masih gelisah mencari haiwan kesayangannya itu.

Baru la dia teringat sesuatu.

"Ni ke Syl?" soal Rine sambil menunjukkan ke arah Syl yang sedang tidur dalam beg sandang milik Rine.

Terkejut Ed melihat Syl berada dalam beg sandang Rine. Dia bersyukur Rine tak jadikan Syl sebagai sate.

"Kenapa la dia tidur dalam tu." Baru Ed ingin mengambil Syl, Rine mencegahnya.

"Takpe. Biarkan dia berehat dulu." ujar Rine lantas masuk ke dalam lif.

Edrina hanya mengangkat bahunya dan masuk ke dalam lif beserta dengan Fasha yang tersenyum sendirian seperti orang gila.

Mungkin happy sebab Rine bercakap banyak hari ini.

---

"Yo!! Felix! Lama tak jumpa!" jerit Damien dari jauh.

Felix dan Damien berpelukan. Lebih tepatnya, Damien yang peluk Felix.

"Er...Lepaskan aku." ujar Felix.

Damien melepaskan pelukannya dan mahu memeluk Rayyan tetapi terbantut apabila ternampak wajah Rayyan yang datar.

"Rine! Kau makin cantik sekarang." pujian Damien membuatkan Rine menjulingkan matanya ke atas.

"Wahh, puteri raja ada di sini. Gembira bertemu dengan kalian berdua, Ed dan Fasha." ujar Damien sambil mencium tangan kanan Ed.

Ed hanya membiarkan sahaja. Lagipun Ed dan Damien memang ada hubungan. Memang tipulah kalau Ed tak tahu perangai playboy Damien tu. Tapi walaupun playboy, Damien hanya mencintai Edrina seorang. Tiada yang boleh gantikan tempat Edrina.

"Berani kau tinggal aku hah!!" marah Alsya lantas memukul kepala Damien.

Damien menggosok kepalanya sambil meletakkan kepalanya pada bahu Ed.

"Ed..sakit.Tolong gosokkan." Damien mengambil tangan Ed dan meletakkan atas kepalanya.

"Tsk, manja." ujar Rine.

Damien tersenyum nakal.

"Jealous cakap~ Nak jugak ke?" soal Damien.

Rine memandang tajam ke arah Damien.

"Aku tak ada selera tengok muka hodoh kau tu." ujar Rine lantas pergi ke kelasnya meninggalkan yang lain.

Felix dan Fasha ketawa besar sambil mengikuti langkah Rine. Mereka bertiga sekelas.
Wajah Damien terus mencerut masam.

"Sorry lambat. Ada hal tadi, ehh..mana yang lain?" soal seseorang.

Mereka memandang ke arah lelaki yang baru sahaja datang bersama dengan buku-buku tebal.

"Hei Michael." ujar Ed.

"Hei Ed..oh? Hai Alsya, makin cantik kau sekarang." puji Michael dengan senyuman.

Merah muka Alsya apabila ditegur oleh Michael.

"Ha--Hai Micha."

Damien tersenyum nakal melihat telatah adiknya. Dia tau yang adiknya ada crush dekat Michael.

"Michael, sebenarnya dia---"

Tak sempat Damien ingin membocorkan rahsia Alsya, mulutnya ditekup oleh Edrina.

Michael memandang pelik dekat pasangan kekasih itu dan memandang Alsya kembali.

"Jom kita pergi." ajak Michael lantas memengang tangan Alsya untuk berjalan-jalan.

Selepas mereka tiada, Ed melepaskan tangannya dari mulut Damien.

"Tak baik awak buat macam tu." tegur Ed.

Damien tersengih malu dan mencari sesuatu.

"Awak cari apa?"
"Syl mana? Tak nampak pun?" soal Damien.

"Oh, Syl ada dalam dorm. Dia malas nak keluar." ujar Ed.

Damien mengangguk faham dan memengang tangan Ed lantas pergi ke suatu tempat. Hanya untuk mereka berdua.





































tbc...

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now