Siasat

2.3K 171 10
                                    

Keesokannya, Stella dan Adrian berada di perpustakaan semasa semua sedang belajar. Dan mereka berdua beruntung kerana pengawas yang menjaga perpustakaan tidak hadir untuk hari ini dan itu menyebabkan mereka bebas melakukan apa sahaja di perpustakaan.

Adrian mengeluh berat dan menyebabkan Stella memandangnya untuk seketika dan meneruskan pencarian mereka.

Sejujurnya, mereka hanya mencari buku untuk meluangkan masa terluang, bukannya mencari apa yang dimahukan oleh Evy.

Kalau readers tanya kenapa mereka tidak masuk kelas, itu kerana mereka tidak faham apa yang diajar oleh perofesor di sini. Yelakan, cara belajar lain daripada kerajaan mereka.

"Kenapa kau tiba-tiba mengeluh?" soal Stella.

"Kalau aku cakap, kau jangan marah pula." tegur Adrian dengan sedikit panik.

Kata-kata Adrian membuatkan Stella berhenti mencari buku. Dia memandang Adrian yang turut memandangnya.

"Apa? Kau macam la tak kenal aku. Aku kawan kau, aku takkan marah punya." balas Stella.

Adrian kembali mengeluh.

"A-aku..sejujurnya aku setuju dengan rancangan Evy untuk datang sini sebab aku nak larikan diri. Aku tak sanggup lagi nak hadap Evy. Dia asyik nak bunuh orang yang aku sayang." luah Adrian dengan sedih.

Stella tersenyum kecil dan mengangguk.

"Baiklah. Aku faham Adrian. Tapi kita tak boleh lari dari Evy. Kau kenal Evy macam mana kan? Dia takkan mudah lepaskan kita macam tu je."

"Tapi aku nak bebas Stella. Aku dah tak sanggup nak hadap Evy. Nak² Akira tu! Aku taknak!" balas Adrian lagi.

Stella termenung sekejap dan menggeleng kepalanya dengan perlahan.

"A-aku tak tahu Adrian. Aku tak tahu cara nak keluar dari kegelapan. Aku pernah sekali larikan diri dari Evy, tapi--"

Stella berhenti bercakap dan menunduk kepalanya dengan sedih.

Adrian mula tertanya-tanya.

"Tapi apa? Apa yang dia buat??" paksa Adrian dengan pantas.

Flashback

Stella mengendap-ngendap bilik Evy, dia melihat Evy masih berada di biliknya.

Dengan perlahan-lahan dia mula melangkah ingi  pergi, tetapi beberapa langkah, pandangannya menjadi gelap.

Yang Stella ingat hanyalah bunyi tapak kaki sedang berjalan ke arahnya.

Tak lama itu, apabila dia tersedar dari pingsannya. Yang pertama dia nampak adalah Evy.

Stella menjadi takut apabila Evy memandangnya dengan tatapan membunuh. Dia belum melihat kemarahan Evy sampai ke situ.

"Kau buat apa tadi? Nak larikan diri ke?" soal Evy dengan suara perlahan tetapi menakutkan.

Stella menenguk air liurnya sendiri. Disebabkan Evy geram, Evy menghempas kepalanya di dinding bilik.

Sangat sakit. Hentakan Evy terlalu kuat. Sangat kuat malah. Sehingga Stella merasa otaknya bergegar.

Yang Stella tahu masa itu hanyalah mati.

"Kau tahu kan aku tak suka orang tak jawab pertanyaan aku? Baik kau jawab. KAU BUAT APA TADI? LARIKAN DIRI KE?!" tengking Evy dengan kuat.

Stella memandang Evy dengan wajah memerah.

"Ma-maaf Ev-y..Aku t-takkan bu-at lagi-i.."

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now