Serangan Mengejut

3.2K 225 52
                                    

Empat orang yang diyakini ahli kegelapan mulai berjalan ke arah puncak gunung.

Pelbagai riaksi yang ada pada wajah mereka. Si kembar yang berwatak ceria, Akira yang bersemangat manakala Adrian yang agak muram.

"Adrian, kau betul² nak tuang ke?" soal Misaki.

Adrian memandang Misaki seketika sebelum menjawab.

"Kenapa?"
"Tak la, kalau kau tak nak tuang. Aku nak tuang boleh? Aku teringin la." ujar Misaki dengan senyuman yang terkesan menakutkan.

"Wey, daripada kau yang tuang. Baik aku, aku lebih cekap." puji Mizuki dengan senyuman bangga.

Akira menjeling Mizuki.

"Kau jangan sampai aku tuang cecair tu dekat kau." ugut Akira dengan geram.

Mizuki mengeyitkan matanya dekat Akira.
"Kau takkan berani punya. Kau sayang aku~" ujar Mizuki.

Misaki memukul badan Mizuki dengan kuat sampai Mizuki terjatuh.

"Kau jangan nak jadi gedik macam Damien tu ehh..Silap hari bulan, kau pula aku bunuh." ujar Misaki dengan geram.

Mizuki mengeluh berat.

"Relaks la. Aku gurau je. Tu pun nak marah. Aku hanya nak try macam mana jadi dia." jelasnya sambil memeluk bahu adik kembarnya.

Misaki dan Akira memutar matanya dengan malas. Adrian menggeleng melihat telatah mereka.

"Ni adalah tugas aku. Jadi, biar aku sahaja yang buat." ujar Adrian dan hanya diangguk oleh Misaki.

'Kalau dia yang tuang, Rine akan betul² terseksa. Aku kena campurkan sedikit kuasa penyembuh aku dalam cecair ni biar Rine tak sakit sangat.' bisik hati Adrian.

Dia memandang kawan sepasukannya yang sedang berbual, dengan pantas cecair yang berwarna hitam menjadi berwarna biru kehitaman. Tandanya kuasa penyembuh sudah sebati dengan cecair hitam itu.

Adrian mengeluh lega apabila yang lain tidak menyedarinya.

"Psst! Tu mereka. Aku tak sangka mereka ada 'orang baru'." ujar Akira dengan perlahan.

Yang lain turut memandang Power Of Group yang sedang berbual.

"Boleh tahan cantik 'orang baru' tu." ujar Mizuki dengan muka yang sukit dijelaskan oleh kembarnya.

"Wey, tolong fokus boleh?" soal Akira dengan geram.

Mizuki hanya tersengih sumbing.

"Dan..itu adalah Rine. Dia duduk di kedudukan yang agak tertutup. Kita kena bawa perempuan tu jauh sedikit dari mereka." ujar Misaki sambil menunjukkan ke arah Rine yang sedang memandang 'orang baru' a.k.a Yui.

"Tu tugas aku. Biar aku yang buat. Kau pun tahu apa kemahiran aku kan?" ujar Akira dan disetujui oleh yang lain.

"Dan kita berdua akan menyerang mereka supaya mereka 'sibuk'." ujar Mizuki kepada Misaki.

Adrian hanya mengangguk faham dan berdoa agar Rine tidak dicederakan.

---

Yui meletakkan Michael secara perlahan-lahan di bawah.

"Terima kasih." ujar Michael lantas berjalan ke arah yang lain.

Yui tersenyum mesra. Dia terpandang mereka yang sedang memandangnya dengan lekat. Dan berjaya membuat Yui berasa rendah untuk seketika walaupun sebenarnya dia adalah seorang angel.

"Fasha kenal siapa akak!!" jerit Fasha dengan gembira.

Yui mengalihkan perhatian kepada Fasha dengan senyuman.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now