Kehilangan Rayyan

2.7K 181 42
                                    

"Penceroboh?"

Mereka saling berpandangan. Sesaat selepas itu, Rine menarik Edrina ke arah tempat orang kenik pergi.

"Jaga Michael!" jerit Edrina dengan kuat.

Dengan pantas yang lain ingin mengejar Rine dan Edrina. Mereka takkan melepas peluang jika ada yang menyerang.

"Jaga Michael!" ulang Felix kepada Alsya.

"Wa--wait.."

"Dah! Jangan banyak soal..Jom semua!" ajak Rayyan lantas mereka pergi meninggalkan Alsya dan Michael.

Alsya memandang datar ke arah rakannya yang 'baik hati' meninggalkannya dengan Michael. Padahal dia nak juga berlawan.

Michael tersenyum lucu memandang wajah Alsya yang berkumat kumit bercakap seorang diri.

"Mereka menyebalkan." ujar Alsya dengan geram.

"Mari duduk sini. Tak payah berbebel bagai." ujar Michael.

Alsya hanya mengikut kata² Michael. Nak marah kan..rakannya yang lain sudah tiada. Takkan nak marah Michael, Michael kan tidak sihat. Kesian la dia.....

---

Setelah mereka sampai ke tempat tersebut. Benda pertama yang mereka nampak adalah sebuah rumah orang kenik terbakar kerana ulah Akira.

"Kau lagi?! Tak bosan ke asyik buat hal je?" soal Edrina dengan geram.

Akira memandang sinis ke arah Edrina.

"Menyemak la kau ni. Ganggu keseronokan aku je." ujar Akira lantas menyerang rumah orang kenik yang lain.

Edrina dengan pantas melindungi rumah yang diduduki oleh orang kenik. Edrina menghela nafas leganya kerana dia sempat menyelamatkan rumah tersebut, kalau tidak. Haih..hangus orang kenik tu.

"Cukup la tu!!" marah Felix dengan kuat.

"Cukup? Mana cukup lagi." ujar seseorang.

Mereka memandang gerangan orang yang menjawab soalan Felix. Rine memandang tajam ke arah orang itu.

"Kau! Kau la yang buat aku tidak sedarkan diri!" marah Rine.

Adrian tersenyum kepada Rine. Dia gembira kerana Rine mengenalnya. Walaupun Rine hanya mengenal hanya dari segi kejahatannya.

"Relaks la..Tu tak sakit mana kan?" soal Adrian dengan sedikit risau.

"Memang tak sakit mana. Tapi racun tu buat aku tak sedar!" marah Rine dengan geram.

Adrian tersenyum lucu. Rayyan memandang Rine dengan kerutan di dahinya.

"Relaks je kau cakap dengan musuh? Tak takut ke?" soal Rayyan dengan pelik.

Rine hanya mengangkat bahu. Tanpa ketahui mereka, Akira memandang cemburu ke arah Adrian dan Rine yang tengah bercakap tadi. Nak² apabila Adrian tersenyum ke arah Rine. Dengan dirinya sendiri, Adrian tak pernah senyum pun, asyik dengan muka datar sahaja.

Stella dan si kembar memandang Power Of Group dengan sinis.

"Aku teringin nak bercakap dengan ahli baru korang tu, boleh?" pinta Mizuki dengan senyuman yang sulit diertikan.

Yui memandang Mizuki dengan teragak-agak. Dia berasa ada yang tidak kena dengan Mizuki. Rayyan pula memandang tajam ke arah ke arah Mizuki yang suka hati nenek moyang kepada moyang dia sahaja nak cakap dengan pujaan hatinya.

"Kau siapa nak cakap dengan dia? Langkah mayat kami dulu!" marah Damien dengan geram.

Rayyan memandang Damien dengan pelik.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now