Menyamar

2.4K 174 7
                                    

Misaki dan Mizuki mengeluh berat + bosan apabila mereka masih belum keluar lagi. Ikutkan hati mereka berdua, nak dia arahkan Evy untuk melepaskan mereka semua secepatnya dan memusnahkan Power of Group.

Tapi itulah! Mereka bukannya ketua.

Adrian turut mengeluh berat dan tiada idea apa yang dirancang oleh Evy dan dia harap idea jahat Evy tidak membebankannya pada masa hadapan dan juga tidak membahayakan buah hatinya yang jauh di sana.

Dia ingin bangun dan bercakap dengan Evy namun tidak dapat kerana tangannya dipegang oleh Akira.

Naik bosan dia dibuatnya.

"Akira! Musnahkan pelindung tak guna ni sekarang!!" arah Evy dengan tegas.

Mereka semua sangat gembira apabila Evy mahu melepaskan mereka semua terutamanya Adrian.

Bukan apa, dia hanya gembira kerana Akira telah melepaskan tangannya. Tetapi bukan bagi Akira, dia mendengus geram apabila Evy mengarahkannya tidak tepat waktu.

'Baru nak bermanja. Kacau betul la dia ni..' bisik hati Akira.

Dengan wajah yang masam, Akira terus memusnahkan pelindung tersebut dan itu juga berjaya membuatkan Misaki melompat gembira.

"Yes! Sekarang tiba masanya untuk bunuh musuh abadi kita!" jerit Misaki sambil memeluk bahu Mizuki dengan gembira.

Tersenyum Mizuki melihat telatah kembarnya. Stella hanya diam membisu melihat drama yang ada di hadapannya.

Baru sahaja Misaki ingin pergi, Evy telah menahannya.

"Tunggu Misaki!"

Misaki memandang Evy dengan tatapan memohon. Yelakan, dia betul² ingin membunuh Yui dan Power of Group.

"Kenapa? Aku nak bunuh orang pun tak senang la!" rengek Misaki dengan geram.

"Kau jangan nak mengada-ngada Misaki. Aku sudah ada rancangan." ujar Evy dengan sinis.

Baru sahaja Misaki ingin memberontak, Mizuki telah menarik tangan Misaki untuk berada di sampingnya setelah terlihat perubahan wajah Evy.

Mizuki tak sanggup kembarnya kena marah atau disiksa. Evy bukan boleh buat main. Tak ada rasa simpati sedikit pun.

Catat tu! 0% tiada rasa simpati dalam dirinya. Yang Evy tahu hanyalah 'bunuh'.

"Apa rancangan kau?" soal Stella dengan santai.

Evy memandang Stella dan tersenyum sinis. Kemudian dia memandang Adrian pula.

"Aku nak korang berdua menyamar jadi pelajar di Diamond Academy dan cari info tentang apa yang mereka cari. Aku nak gagalkan rancangan mereka sambil menikmati kematian mereka secara perlahan-lahan." jawan Evy dengan suara yang sangat menakutkan sambil menunjukkan ke arah Adrian dan Stella.

Terkejut Stella dibuatnya, manakala Adrian hanya diam. Well, sekurang-kurangnya dia dapat berjumpa dengan pujaan hatinya di sana.

Akira mendengus geram sekali lagi dan merasa tidak setuju dengan cadangan Evy.

"Evy, kenapa selalu Stella? Biarlah aku pu--"

"Sebab Stella ada kemahiran yang kau tak ada. Boleh diam tak? Kau jangan nak ganggu rancangan aku. Aku ketua. Aku tau apa yang aku buat. Jangan pandai nak mengarah aku." ujar Evy dengan geram.

Akira mengetap bibirnya dan menahan sabar. Dia bukan apa, dia kekasih Adrian. Memang confirm la dia cemburu kalau kekasihnya dekat dengan orang lain selain dirinya.

"Kau yakin ke dengan rancangan kau tu Evy?" soal Adrian dengan tidak kalah santainya.

Evy masih lagi tersenyum sinis.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now