Perasaan

3K 224 21
                                    

"Aku betul² tak percaya orang macam kau ada juga perasaan macam tu." ujar Edrina lantas memandang langit malam bersama dengan Rayyan.

Sekarang ini mereka berada 'agak' jauh dari yang lain.

"Hah? Apa yang kau cakap ni?" soal Rayyan dengan pelik.

Siapa yang tidak pelik kalau ada orang datang dan cakap benda yang kita langsung tak faham.

Edrina memutarkan matanya dengan malas.

"Kau ingat aku tak tahu ke yang kau ada perasaan pada Yui? Cara kau pandang Yui pun aku dah tahu." ujar Edrina sambil menggosok badan Wolf Fasha. Syl? Syl tengah tidur bersama dengan Damien.

"Mana ada. Aku tak ada rasa apa² pun." dalih Rayyan.

Edrian hanya tersenyum lemah.

"Tapi aku tak marah pun. Aku tahu perasaan tak boleh dihilangkan. Tapi aku hanya nak pesan, kau tu calon Raja. Kemungkinan kau akan dikahwinkan mengikutkan keturunan yang sedarjat dengan kau juga." ujar Ed.

Rayyan hanya diam membisu mendengar kata² dari Ed. Apabila tiada sahutan dari Rayyan, Ed mula bercakap kembali.

"Kalau kau betul² sukakan Yui, apa kata kau tembak je dia." cadangnya.

"Tembak?"

"Haih kau ni. Bukan tembak dengan pistol. Tembak di sini maksudnya luahkan perasaan." ujar Ed dengan sabar.

Rayyan menjeling Edrina yang turut menjelingnya. Seketika itu, dia langsung menunduk dan menggeleng.

"Tak mungkin aku terus cakap macam tu dekat dia, Ed. Kami baru sahaja berjumpa."

Setelah itu, Rayyan terus meninggalkan Edrina yang masih lagi memandang kasihan pada Rayyan.

Apa yang dikatakan oleh Rayyan memang betul. Walaupun Rayyan sudah jatuh cinta pandang pertama, Rayyan tidak akan langsung mengatakan perasaan tersebut.

Kan terkejut pula Yui mendengarnya. Lagipun mereka belum kenal dan percaya Yui seratus peratus walaupun Yui telah membantu mereka semua. Kerana tidak mustahil jika Yui ada rancangan yang jahat ke atas mereka.

Pada masa yang sama,Aslya dan Fasha tengah berbual tetapi terganggu apabila Michael datang ke arah mereka.

"Boleh aku bercakap sikit dengan Alsya?" soal Michael dan diangguk oleh Fasha.

Setelah Fasha meninggalkan mereka berdua. Keadaan menjadi agak canggung.

"Apa yang kau nak cakap Micha?" soal Aslya. Ya, walaupun jantung dia sekarang tengah berdegup kencang. Mujur la tengah waktu malam, jadi Michael tidak nampak wajahnya yang kemerahan.

"Kau dah sihat ke? Kalau tak sihat, baik kau jangan keluar dari khemah. Bahaya." ujar Michael dengan prihatin sambil memengang tangan mulus milik Alsya.

Alsya memandang Michael dan tersenyum kerana nada Michael terdengar seperti risaukannya.

"Kau ni pun. Aku dah okay la."

"Aku bukan apa. Aku taknak kau jadi sakit lagi. Aku risau keselamatan kau Alsya." luah Michael dengan lembut.

Alsya yang tidak tahan dengan pelakuan lembut Michael terus menumbuk lengan Michael dengan malu.

"Merepek!"

Michael tersenyum melihat Alsya yang nampak malu-malu kucing.

'Comel!'

Okay..Biarkan mereka saling bermesra dahulu. Kalau korang semua tanya di mana Yui..Yui ada berdekatan dengan Rayyan dan Edrina tadi.

Dia sebenarnya nak cari sedikit herba untuk keadaan kecemasan tetapi membeku apabila mendengar seluruh pencakapan Rayyan dan Edrina.

Hatinya berdegup kencang walaupun Rayyan telah pergi meninggalkan Edrina seorang diri.

'Dia..dia suka aku?'

-skip-

Felix bangun dari tidurnya di awal pagi buta. Well, sebenarnya dia asyik terbangun kerana risaukan keadaan Rine.

Tetapi matanya terus terbuka luas apabila ternampak Rine yang sedang makan buah epal dengan lahap.

"Rine.."

Felix memeluk kemas kakak tersayangnya. Dia menangis kerana gembira Rine sudah sedar.

"Syukur la kau dah sedar. Kau buat aku risau la bodoh!" marah Felix dengan perlahan.

Taknak sakitkan lagi hati Rine. Kan dia sudah berjanji.

Biasanya Rine akan menolak dengan kasar dan membentak orang itu bila memeluknya tetapi tidak kali ini. Dia memberikan ruang pada adiknya yang nampak sangat kacau.

Felix tersenyum apabila merasakan Rine membalas pelukannya dengan lembut.

"Sudahlah tu. Aku dah sedar kan." ujar Rine dengan lembut.

Felix memandang Rine dan terpana apabila Rine tersenyum lembut kepadanya. Air mata Felix mengalir lagi entah kenapa. Maybe dia tak sangka yang kakaknya tersenyum padanya buat pertama kali.

"Alamak. Kenapa kau menangis lagi ni?"

"Aku..aku cuma gembira." balas Felix dan kemnali memeluk Rine.

Rine tersenyum kecil melihat adiknya yang nampak sangat manja. Walaupun Felix lelaki, tetapi Felix tetap adik kepada Rine dan kedudukannya yang muda dalam keluarganya.
Memang la dia jadi manja macam ni sekali.

---

Di sebuah istana yang besar milik Kerajaan Elemental, seseorang perempuan melangkah kakinya ke bilik yang berwarna perak.

Setelah dia membuka pintu itu, dia ternampak 3 Dewa yang sedang berbincang serius. apara dewa yang perasan kehadirannya terus tersenyum.

"Hye Melody." sapa Jun.

"Hye."

Ya, perempuan itu adalah Melody. Dan kenapa mesti ada 3 dewa? Sebab Dewa Ayum telah berubah menjadi manusia dan membantu Dewa Jun dan Dewa Ray. Ingat kan?

Macam mana dengan keadaan Hutan? Well, actually hutan itu telah diberi pelindung emas oleh Andrew. Jadi, hutan itu automatik selamat.

"Macam mana keadaan mereka?" soal Melody dengan straight to point.

"Keadaan mereka baik dan sihat Melody, cuma ada sedikit kesulitan tetapi mereka dapat membantu antara satu sama lain." jelas Ayum.

Melody mengangguk dan bernafas lega. Sekurang-kurangnya dia boleh cakap dengan keluarganya dan rakannya yang lain bahawa anak mereka selamat.

"Jadi apa perkembangannya?"

"Untuk setakat ini, mereka telah berjaya mengambil daun berbentuk bintang tu.Sekarang mereka tengah berehat di hutan yang dipenuhi dengan herba." jelas Ray pula.

Setelah itu, para dewa saling bertatapan dan memberi isyarat satu sama lain. Melody memandang pelik ke arah para dewa dan berkata..

"Ada apa² yang terjadi ke?" soal Melody. Untuk seketika dia merasa seperti ada yang tidak kena.

Para dewa saling berpandangan dan mengeluh berat.

"Salah satu puak angel ada bersama dengan mereka." ujar Jun dengan muka yang serius.

Terkejut Melody mendengarnya.

'Macam mana Angel boleh datang ke sini? Bukankah abang sudah mengetatkan lagi pergerakan angel?' bisik hatinya dengan gelisah.

Melody mengeluh berat.

"Jangan bagitau sesiapa tentang ni terutamanya Andrew." arah Melody dan disetujui oleh para dewa.

Mereka tahu apa yang difikirkan oleh Melody dan faham keadaan tersebut.

'Kenapa? Kenapa boleh jadi macam ni. Aku harap abang tak perasan benda ni.'
































tbc...

Diamond Academy : A Legend of GuardiansHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin