Memulakan Misi

3.4K 245 12
                                    

Felix dengan sabarnya menunggu rakannya yang lain di taman Diamond Academy.

Felix mengeluh berat dan mula berdiri. Oh? Sis tak cakap ke yang Felix tengah duduk tadi? Sorry la ye..

"Bile agaknya mereka tu sampai? Dah berjanggut aku tunggu. Nak aku mereput dulu ke baru nak datang?" gumam Felix dengan geram.

Tak lama itu dia ternampak kelibat Michael.

'Panjang umur kau Michael..' desis hati Felix dengan membara.

Setelah Michael sampai di hadapan Felix, dia ingin membuka mulutnya tetapi dimarah pantas oleh Felix.

"Kau tahu tak aku dah lama tunggu dekat sini? Boleh patah kaki cantik aku ni!" marah Felix dengan perlahan.

Taknak lukakan hati kawan la katakan..Tapi dia ingin membuat Michael minta maaf padanya.

Tapi reaksi yang didapati oleh Felix sangat meleset kerana Michael memukul kepala Felix dengan geram.

"Auch! Kau ni kenapa? Sepatutnya aku yang pukul kepala kau." ujar Felix sambil menggosok kepalanya.

"Kau ni dah kenapa? Aku dengan baik hatinya datang ke sini sebab nak cakap dekat kau yang kita kena berkumpul di taman belakang Diamond Academy, bukan taman ni lembap!!" marah Michael.

Berkerut dahi Felix mendengar kata² Michael.

"Bukankah kita kena berkumpul dekat sini? Apesal pulak taman belakang pulak?!" soal Felix.

"Kau tu la! Orang nak cakap pasal perkara ni semalam, kau sedap² tidur. Sayang la lagi mata tu. Dah cepat! Nanti Rine marah, aku taknak bertanggungjawab." ujar Michael.

Mereka berdua pergi ke taman belakang dengan segera.

---

Michael dan Felix sampai tepat portal siap.

"Terima kasih Madam Chin." ujar Fasha dengan lembut.

Madam Chin mengangguk sambil membalas senyuman Fasha.

"Tapi korang kena ingat, Portal ini hanya akan sampai di sebuah gunung yang sangat panas. Korang kena hati², di sana ada pelbagai jenis makhluk yang berbahaya. Ingat! Korang perlu bekerjasama." pesan Madam Chin.

Mereka mengangguk mantap. Selepas itu, Madam Chin berlalu pergi.

Beberapa saat Madam Chin menghilang. Rine memandang tajam ke arah Felix dan Michael.

"Ri--Rine, sabar dulu. Aku--aku boleh je--jelaskan." ujar Michael dengan gagap.

"Apa?" soal Rine dengan nada yang menakutkan.

"Aku pergi jemput Felix, Rine. Dia yang bersalah, salah tempat yang kita janjikan semalam." jelas Michael.

Rine memandang tajam ke arah Felix. Felix pula berdoa agar Rine tidak menjadikan dia makanan haiwan buas di luar sana.

"Tu la kau, orang nak cakap pertemuan kita, suka hati kaki tangan kau je tidur. Kau ingat aku tak mengantuk?" ujar Ed dengan geram.

-Flashback-

Ed dengan lemahnya bangun apabila dikejut oleh Fasha untuk ke bilik Rine.

"Kenapa Rine panggil? Aku baru je nak tidur." gumam Ed lantas keluar dari biliknya dan Fasha.

Dengan lemahnya dia membuka pintu dan nampak yang lain serius berbincang dengan Rine, kecuali Felix.

Ed dengan geramnya menendang punggung Felix sampai terjatuh dari sofa.

"Bangun la! Jangan tidur! Kita nak bincang ni!" marah Ed sambil memukul kepala Felix.

"Ish! Jangan kacaulah..krokkhhh..krokhhh.." Felix menyambung tidurnya semula.

Akhirnya Felix tidur di bilik Rine malam itu. Bila orang kejutkan langsung tidak bangun. Macam mayat hidup.

Bila Felix bangun dari tidur pagi tu, dia tak melihat kelibat Rine. Dengan pantas dia bersiap dan menunggu rakannya yang lain di taman.

Macam mana dia tahu taman? Sebab dia terdengar sayup² Rine bercakap..tapi dia tak dengar bahawa Rine suruh berkumpul di taman 'belakang'.

-End Flashback-

Felix hanya tersengih sumbing.

"Sorry laa. Aku tak sengaja pun, lain kali aku tak buat lagi okay." mohon Felix dengan ikhlas.

Ed memutarkan matanya dengan malas. Rine dan yang lain mengeluh.

"Lain kali kau buat lagi...kau akan tidur di kandang king kong." ugut Damien.

Felix mencebik memandang Damien yang buat² serius.

Alsya yang hanya memerhati sejak tadi terus menyentuh lengan Rine.

"Aku rasa kita dah boleh masuk kan?" soal Alsya.

Rine mengangguk 'boleh' tetapi matanya menangkap seorang perempuan yang wajahnya bercahaya.

Korang mesti ingat kan? Ada juga yang ingat perempuan tu h.a.n.t.u.

Rine pelik memandang perempuan itu, Rine yakin dia ternampak bibir perempuan itu tersenyum mesra. Mulutnya seperti berbicara seperti..

'Jumpa lagi nanti.'

Rine dengan peliknya masuk ke dalam portal itu selepas rakannya yang lain masuk ke dalam. Automatik, Perempuan itu turut menghilang.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now