Sebuah Buku Lama

4.1K 274 65
                                    

Alsya memandang pelik ke arah Michael yang sedang mencari sesuatu.

"Ermm..apa yang kau cari?"soal Alsya sambil buat sibuk mencari jugak.

"Aku tengah cari buku..haa..ni dia." Michael mengambil buku lama yang berwarna emas dan tebal. Buku itu terdapat banyak habut juga.

Alsya memandang pelik ke arah buku itu. Bukan apa, tajuk tu nampak lain..

Buku Menjadi Seorang Isteri Yang Baik!

Michael tersenyum dan memberi buku itu kepada Alsya.Alsya mengambil buku iu dengan teragak agak.

"Lain je tajuk ni.." ujar Alsya sambil meneguk air liurnya.

Dalam fikirannya sekarang datang pelbagai pertanyaan.

"Oh my god! Malunya!"
"Kenapa Micha bagi buku ni dekat aku?"
"Dia nak melamar aku ke nanti?"
"Dia dah rancang masa depan lagi awal dari aku ke?"

"Cuba kau baca."

Alsya dengan malunya terus membuka buku itu.

"Zaman kerajaan Knight, terdapat guardian lagenda yang akan--"

Alsya tiba² berhenti membaca. Dahinya berkerut seribu juta.

"Wait..kenapa buku ni--"
"Ya..buku tu adalah buku zaman yang sudah pupus. Kita kena beritahu yang lain lepas ni. Aku rasa guardian lagenda tu mesti masih ada. Aku sangat yakin! Kau pun yakin kan?!" soal Michael dengan gembira + semangat.

Perlahan-lahan Alsya mengangguk. Fikirannya menjadi kosong dan dia sedang merapati nasibnya.

"Kenapa isi buku dengan kulit lain sangat? Dah hancur impian aku nak kahwin dengan Micha. Kenapa buku? Kenapa? Kalau ye pun, tukar la nama lain."

---

Felix dan Fasha tekun belajar di dalam kelas. Mereka berdua duduk berpasangan kecuali Rine.

Sebenarnya Rine duduk berpasangan dengan seorang budak lelaki keempat paling bijak dalam kelas tu tetapi dia menghalau lelaki itu.

Cikgu memujuk Rine tetapi Rine pulak yang mengugut cikgu itu.

-Flashback-

"Woi! Kau pergi sekarang. Aku taknak tengok muka hodoh kau dekat sini!" marah Rine.

Dia tak suka berkongsi. Dalam kamusnya tak ada perkataan 'kongsi'.

"Ta-tapi kita kan duduk berpasangan?" soal lelaki itu dengan takut.

Rine menjeling lelaki itu.
"Kau nampak muka aku ni?" soal Rine dan dibalas anggukan dari lelaki itu.

"Ada aku kisah? Cepatlah!!" jerit Rine.

Kebetulan guru kelas ternampak situasi tersebut dan meleraikannya.

"Sudah Rine, biarkan jela dia duduk sebelah kamu ya?" pujuk Cikhu itu dengan baik.

Rine memandang tajam ke arah cikgu perempuan yang agak berumur itu.

"Baik cikgu suruh dia jangan duduk di sini..Kalau tak saya akan bagitau siapa crush cikgu kepada semua orang!" ugut Rine dengan geram.

Pucat wajah cikgu itu. Dengan pantas dia menggeleng kepalanya. Takut rahsia terbongkar.

"Adam, pindah tempat di sebelah Cumy cepat." arah Cikgu itu.

Adam dengan pasrahnya mengikuti kata² gurunya. Budak Adam tu baik orangnya.

-End Flashback-

Felix berasa mahu memerhatikan kakaknya tengah buat apa.

'Entah kenapa aku rasa Rine tengah tidur sekarang.' desis hati Felix.

Dengan pantas dia berpaling ke belakang. Dan tekaannya memang betul sangat. Rin tengah tidur lena sambil buku dijadikan bantal.

"Rine..bangun la."

Felix menggoyangkan tangan Rine dengan lemah lembut. Bukan lembut macam 'mak nyah' ye..

Rine membuka matanya dan memandang tepat ke arah Felix.

"Apa?"
"Jangan la tidur. Salin nota kat depan." ujar Felix sambil menunjukkan cikgu yang sedang menulis nota di papan putih.

Rine menguap kecil dan merenggang tangannya ke kanan dan ke kiri.

"Ni sekarang dah pukul berapa?" soal Rine dengan mata yang masih lagi kuyu.

"Pukul 10.45."

Jawapan Felix membuatkan Rine mengeluh berat.

"Awal lagi rupanya..Baru je aku tidur 5 jam." ujar Rine dan berjaya membuatkan Felix dan Fasha terbatuk.

"Rine biar betul? Mula kelas lagi dah tidur?" soal Fasha dengan wajah yang terkejut.

Rine hanya mengangguk dan mula mengangkat tangan.

"Ya Rine?" soal Cikgunya.
"Tandas." selepas Rine bercakap seperti itu, dia terus berlalu keluar dari kelas tanpa mendengar persetujuan dari guru lelakinya.

Felix menggeleng melihat perangai sikap kakaknya. Untung sayang. Untung baik. Untung Felix kacak.

---

Rine keluar bukan pergi ke tandas tetapi pergi ke arah perpustakaan. Boleh dia tidur dekat sana, tak ada yang menganggu.

Apabila dia masuk, orang pertama dia nampak adalah Alsya dan Michael yang tengah berbincang perkara yang serius. Macam mana Rine tahu? Tengok wajah mereka. Tak ada senyum langsung.

"Buat apa?"

Mereka berdua memandang Rine dan langsung tersenyum.

"Kebetulan kau datang! Nah, aku jumpa buku lama kerajaan knight. Nak baca?" soal Michael.

Rine mengambil buku itu dari tangan Michael. Dia membaca satu perenggan dan memandang tajam ke arah Michael dan Alsya.

Serta merta mereka berdua menelan air liur.

"Korang jangan cakap apa² dekat yang lain pasal buku ni. Kalau tak..korang akan mati."

Ugutan Rine membuatkan mereka menjadi pucat dan mengangguk pantas.
Rine menutup buku itu dan berlalu pergi dari situ.

"Rine betul² menakutkan." ujar Michael dan disetujui oleh Alsya.

---

"Kenapa buku ni nampak macam buku yang dicari oleh mummy?" soal Rine dengan dirinya sendiri.

Rine mengetap bibirnya dan mengeluh.

'Aku kena bagitau mummy pasal ni.' bisik hatinya dan mula melangkah ke kantin.

Dia malas nak belajar, nanti tidur pulak.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansOnde histórias criam vida. Descubra agora