Firasat

2.5K 173 8
                                    

Kalau ada readers yang ingin tahu keadaan Edrina dan Damien, sekarang ni Edrina sudah makin dingin dengan Damien setelah kejadian semalam.

Damien makin buntu untuk memujuk Edrina. Dia berharap Edrina tidak akan tanggalkan cincin pertunangannya. Dia tidak mahu kehilangan Edrina.

Seperti biasa, yang lain hanya mengacuhkan mereka berdua apabila mereka mula bergaduh atau semasa Damien mengejar Edrina untuk memberi penjelasan.

Sampaikan Alsya naik bosan dibuatnya. Keluarga mereka belum tahu masalah Edrina dan Damien, tu pun sebab mereka baik hati bagi Damien peluang untuk perbaiki hubungan mereka berdua. Entah apa yang akan jadi kalau keluarga mereka mengetahuinya.

Pasti Rose dan Daniel marahkan Damien dan meletakkan Damien ke Kerajaan Demon supaya menjadi lebih berdisiplin.

Kerajaan Demon adalah Kerajaan yang paling berdisiplin. Sampaikan jika ada yang bersikap kurang ajar, mereka akan pancung tanpa perasaan. Di sana, mereka perlu menghormati antara satu sama lain.

---

Damien memandang sendu ke arah Edrina yang masih lagi menjauhinya.

Dia hampir putus asa untuk mengejar Edrina, tetapi disebabkan cintanya begitu besar, sampaikan dia sanggup bertahan sampai sekarang.

Malangnya Edrina tidak peduli. Kebetulan pula, Yui berada berdekatan dengan mereka berdua. Yui memandang Damien sekilas dan memandang Edrina pula.

'Mereka bergaduh? Kenapa boleh jadi macam ni?' bisik hati Yui dengan sedih.

Bukan apa, Yui tidak suka mereka bergaduh, tak kiralah adik beradik atau sesiapa pun kecuali dengan puak kegelapan.

Puak kegelapan mudah menyerang jika keadaan musuh yang terganggu seperti itu. Bagi puak kegelapan, itu sangat mudah untuk menghancurkan mereka semua.

Dengan penuh keyakinan, Yui menuju ke arah Damien yang tengah berehat di sebuah pondok.

"Damien."

Damien memandang Yui di hadapannya. Dia tersenyum lemah.

"Kenapa dengan awak? Nampak lelah." tegur Yui dengan sedikit risau.

Damien menunduk dan memandang Edrina yang duduk jauh darinya. Yui turut memandang Edrina.

Dia perasan Edrina memandangnya dan Damien dari ekor mata.Yui tahu yang Edrina masih sukakan Damien.

"Hanya ada sedikit salah faham antara kami. Saya tak tahu apa nak buat lagi. Saya tak nak kehilangannya,Yui. Saya tak nak." ujar Damien sambil menghentakkan kepala di meja.

Yui perasan yang bahu Damien terhenjut-henjut. Dia yakin yang Damien tengah menangis sekarang. Yui sedih melihat keadaan rakannya.

Dengan tidak tergesa-gesa, Yui menuju ke arah Edrina tanpa mengetahuan Damien. Edrina yang perasan kehadiran Yui, terus berdiri.

Tetapi Edrina tidak berjaya pergi kerana ketangkasan Yui memengang tangannya. Dia memandang datar ke arah Yui dan menghempaskan tangannya.

Yui terkejut dengan tindakan Edrina tetapi dikawal riak wajahnya. Yelakan, selama dia bersama dengan Edrina dahulu, perangai Edrina tidak macam ni.

"Kenapa dengan awak? Saya perasan awak dengan Damien ada masalah." ujar Yui dengan prihatin.

Edrina memandang tajam ke arah Yui yang baginya adalah pembawa masalah.

"Kau diam budak baru! Aku tak kisah pun pasal dia. Nak mampus ke nak mati ke, ada aku kisah? Walaupun aku ada masalah dengan dia, kau tak ada hak untuk campur!!" marah Edrina dengan geram.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now