Damien dan Yui

2.4K 170 18
                                    

Disebabkan rmai juga yang tak sabar, sis update sekali lagi untuk hari ini. Kebetulan sis tengah bosan sekarang ni.

---

Power of Group pergi ke arah bilik pengetua. Kenapa bilik pengetua? Adakah sebab pengetua panggil mereka? Bukan..Bukan pengetua panggil mereka, tetapi Rine.

Lagipun mereka dengan senang hati pergi ke bilik peribadi Rine, bukan sebab bilik tersebut mewah atau apa, tetapi dapat larikan diri daripada latihan naga itu.

Dalam diam², Power of Group bukannya rajin sangat nak berlatih.

Sepanjang mereka berjalan, Alsya membuka pembicaraan.

"Aku rasa Rine pasti akan halau kita lepas berbincang." ujar Alsya.

Yang lain hanya menyetujui kata² Alsya termasuk Felix. Yelakan, Felix juga kena halau walaupun Felix adik kepada Rine. Kesian..

Mereka masuk ke bilik peribadi Rine dan terlihat Rine sedang membaca buku LAGI.

Yang lain mengeluh penat memandang Rine. Entah kenapa bagi mereka yang Rine tak penat membaca buku, kalau mereka, sudah tertidur sejak tadi kecuali dalam kelas.

Rine tersedar Power of Group datang terus menutup buku yang dibacanya.

"Korang dah jumpa ke?" soal Rine dengan tidak sabar.

Mereka mengangguk 'ya'. Michael meletakkan daun berbentuk bintang di atas meja belajar Rine.

"Kau jumpa lagi?" soal Rine dengan pelik.

"Ha'ah..Aku jumpa atas almari bilik dorm aku. Aku terkejut juga apabila nampak daun berbentuk bintang macam ni. Setahu aku mana ada daun berbentuk macam ni dekat kerajaam kita." jelas Michael.

Setelah itu, Fasha meletakkan botol kecil pula.
Bukan Rine sahaja yang pelik, yang lain turut pelik.

"Botol tu sangat cantik tapi kenapa kosong?" soal Damien sambil memandang Fasha.

Fasha memandang pelik ke arah Damien.

"Mana ada kosong la! Ada air yang berkilauan dalam tu. Awak buta ke?" soal Fasha dengan geram.

Yang lain saling berpandangan. Mereka pelik kerana Fasha boleh nampak air dalam botol tersebut. Akhirnya, Alsya meletakkan rantai emas di atas meja tersebut.

Yang lain terkejut dan memandang Alsya dengan sulit diertikan.

"Apesal korang pandang aku macam tu?" soal Alsya kepada mereka semua. Bukan apa, Alsya kurang selesa.

"Dari mana kau dapat rantai ni?" soal Edrina dengan datar.

Barulah Alsya dapat tahu kenapa mereka memandangnya sebegitu tadi.

"Korang ingat aku curi ke apa?! Heol! Aku jumpa rantai tu bawah katil aku." tegas Alsya dengan geram.

Mereka mengangguk faham dengan kata² Alsya.

"Ini sahaja yang ada?" soal Rine kepada mereka semua.

Mereka mengangguk 'ya'. Mereka mula memandang Rine yang mendekatkan barang² tersebut menjadi satu.

Tidak terjadi apa², tetapi barang² tersebut sedikit bercahaya. Seperti mengatakan bahawa sesuatu yang masih lagi tidak lengkap.

Tetapi pandangan mereka tidak bertahan lama apabila Rine hampir terjatuh.

Itupun nasib baik Felix menahan Rine dari terjatuh. Rine memengang kepalanya ynng tiba tiba sahaja menjadi pening.

"Rine! Kau okay?" soal Felix dengan risau.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now