Bantu

2.3K 177 10
                                    

Story 'Bodyguard' for Princes akan diupdate dalam masa yang terdekat.

---

Mizuki memandang Evy yang sedang termenung seorang diri. Mana taknya, semua sedang makan dengan berselera, dia seorang je yang termenung panjang.

"Kau dah kenapa? Dari tadi termenung je." tegur Mizuki dengan berani.

Evy memandang Mizuki sesaat dan termenung lagi. Mizuki mengeluh berat dengan kedegilan Evy.

"Kau risaukan Stella dan Adrian ke?"

Evy tersenyum sinis mendengar soalan yang dikemukakan oleh Mizuki.

"Risau? Buat apa aku nak risau. Aku tak kisah pun kalau mereka dalam kesusahan." jawab Evy dengan datar.

"Habis tu?"

"Aku hanya fikir satu perkara." ujar Evy.

Mizuki memandang Evy untuk menyambung perkataannya.

"Aku bukan apa, aku tak nak mereka buat hal dekat sana." sambung Evy lagi.

Mizuki mengeluh berat dan memandang ke arah adiknya serta Akira yang tengah berebut makanan.

Jauh di sudut hati, dia rindukan kedua kawannya yang menjalankan misi. Dia berharap Adrian dan Stella pulang secepatnya.

---

Di Diamond Academy...

Adrian dan Stella tersenyum kaku apabila memandang Yui yang turut memandang mereka dengan pandangan yang tajam.

Baru sahaja Yui ingin bercakap, Adrian sudah memotongnya.

"TolongjanganhapuskankamiYuikamijanjikamitakkanlukakanpowerofgroupdanberniatjahatYui." ujar Adrian dengan pantas.

Yui menaikkan kening kirinya dengan tenang. Dia bukan apa, masih musykil dengan Adrian dan Stella. Yelakan, Stella dan Adrian adalah puak lain daripada mereka a.k.a puak kegelapan.

So, susah la Yui nak percaya. Sebenarnya, Yui faham dengan 'rap' yang dikatakan oleh Adrian. Harap readers pun boleh baca rap tersebut dengan tenang.

"Betul Yui. Kami sebenarnya sudah tak sanggup nak hadap Evy lagi. Dia betul² di luar kawalan. Dia nekad nak bunuh orang yang tak bersalah." sokong Stella dengan serius.

Akhirnya lama berdiam diri, Yui pun berbicara.

"Boleh ke aku percayakan korang? Korang bukannya puak cahaya." ujar Yui.

Stella memengang tangan Yui dengan erat.

"Yui. Aku memang bukan puak cahaya seperti korang semua. Tapi Adrian lain. Adrian adalah sebahagian daripada puak di sini. Kau kena tolong kami Yui. Kami nak bebas, kami janji akan berbuat baik. Sudah tak ada sesiapa yang boleh bantu kami selain kau." mohon Stella dengan bersungguh-sungguh.

Hal tersebut membuatkan Yui yakin yang mereka memang nak kebebasan dari Evy. Tapi dia masih ingin mengenal pasti.

"Sebelum ni kenapa korang tak larikan diri je?" soal Yui lagi.

"Dia tak boleh buat main Yui. Dia dah bagi amaran keras masa Stella larikan diri dulu. Kau nak kami mati ke?" balas Adrian dengan serius.

"Nak je sebenarnya." ujar Yui dengan datar.

Krik..krik..

Yui tersenyum lucu melihat wajah Adrian dan Stella yang masam.

"Aku gurau jela. Aku sudi membantu korang tapi dengan syarat korang betul² berubah seperti apa yang korang cakapkan tadi." ujar Yui dengan senyuman.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now