Kesedihan Felix

3K 243 25
                                    

"Aku tak sangka kau betul² buat apa yang aku suruh Adrian." ujar Evy dengan sinis.

Adrian hanya mengeluh dan memandang Evy dengan remeh.

"Kau jangan nak lemahkan aku Evy. Aku kan ahli kegelapan juga." ujar Adrian dengan geram.

Evy mengangkat bahunya.

"Well, mana tahu kau takkan lakukannya, kan kau dah jatuh cinta." ujar Evy.

Adrian memandang Evy dengan tajam.

"Aku? Aku jatuh cinta? Kalau aku jatuh cinta, aku takkan lakukan apa yang kau suruh." balas Adrian untuk menutupi kesahihannya.

Evy hanya memandang Adrian.

"Aku harap kau pegang kata² kau tu. Kau boleh pergi. Tolong panggilkan Akira dan Stella datang sini."

"Si kembar?"

"Kau lupa ke? Hari ni si kembar pergi balik rumah lama mereka. Mereka rindu dengan kenangan mereka. Kalau kau nak, kau pergi jela balik sekejap." ujar Evy sambil berpeluk tubuh dengan muka yang tiada perasan.

Walaupun begitu, dia pun rindu juga dengan kenangannya bersama keluarganya tetapi dia perlu cadangkan strategi yang lengkap di sini.

Adrian mengangguk faham dan mula keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

---

"Rine!! Bangun la! Kalau kau tak bangun, aku jadi anak tunggal nanti. Aku taknak!!" ujar Felix sambil memeluk Rine yang tidak sedarkan diri.

Yang lain menenangkan Felix yang terlihat berantakan. Yui menekan nadi Rine, dan bernafas lega nadi tersebut masih berjalan walaupun perlahan.

"Cepat kita bawa Rine ke hutan sana. Di sana ada herba yang boleh sembuhkan Rine." ujar Yui kepada yang lain.

Yang lain mengangguk dan Felix mula mendukung Rine dengan tangisan. Walaupun Felix muda dari Rine, jangan lemahkan kekuatannya.

Tak lama itu, mereka berhenti di hutan yang berhampiran dengan sungai yang jernih. Sangat cantik dan selamat untuk mandi.

Rayyan mula membuat khemah dengan kuasanya. Rayyan menggunakan kuasa bayangnya. Kenapa bayang? Sebab bayang kan warna hitam. Mana nampak dari luar.

Lain lah kalau pelindung silver milik Ed. Jernih dan nampak sangat. Kalau nak tukar baju, tak ke malu?

"Masukkan Rine ke dalam." arah Damien kepada Felix yang masih lagi mendukung Rine.

Felix dengan pantas meletakkan Rine dengan membantalkan beg milik Fasha. Baru sahaja Michael ingin mengeluarkan Red Butterfly, Yui telah melarangnya.

"Kuasa takkan berguna untuk Rine. Kita kena cari herba yang sangat wangi. Rine pasti akan pulih." ujar Yui.

Mereka saling berpandangan dan mengangguk. Dan orang yang sukarelanya mencari adalah Alsya dan Damien. Memang adik beradik yang goal.

Yang lain memberi ruang pada Felix yang masih lagi menangis di sisi Rine.

"Rine, tolonglah sedar, aku takkan nakal lagi Rine. Aku janji, aku janji akan jadi adik yang baik untuk kau. Aku sayang kau Rine. Walaupun kau tak ada perasan, tapi kau tetap kakak terbaik aku. Ingat tak dulu, kau cakap aku lemah? Aku berusaha jadi kuat demi kau, buat kau bangga dengan aku, biar suatu hari nanti aku boleh tolong kau, tapi..."

Felix menutup matanya dengan erat sambil terisak makin kuat lagi.

"Tapi kenapa? Aku jadi kuat untuk tolong kau lawan kegelapan Rine, bukan tolong angkat kau yang tak sedarkan diri." ujar Felix sambil mengesat air matanya.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now