Fasha

2.3K 156 32
                                    

Fasha memandang sekelilingnya dengan pandangan yang agak takut. Bukan apa, dia telah sampai di sebuah hutan.

Hutan apa entah. Sis pun tak tahu. Ayokk Fasha, ada hantu baru tahu.

Hutan itu sudahlah gelap gelita. Ada sarang labah2 pula tu. Fasha terus berdoa agar tidak berjumpa dengan labah2 gergasi.

Membayangkan pun sudah berasa ngeri.

"A-abang Ray?"

"Abang Ray, ni Fasha. Bukan Fasha Sandha tapi Fasha adik abang." Lirihnya dengan takut.

Sedang Fasha mula berjalan, langkahnya terhenti apabila terdengar bunyi semak di hadapannya.

Hampir sahaja Fasha mengumpat, kalau tidak, hilang imej seorang puteri di situ.

"He-hello? Anyone there?"

Semak itu masih lagi bergerak. Seram pulak dibuatnya.

"Siapa tu? Kalau manusia, sila tunjukkan diri, tapi kalau--"

Fasha berhenti seketika dan menelan air liurnya.

"Tapi kalau hantu, tolong pergi. A-aku tak kacau kau pun." Sambung Fasha dengan panik.

Dan akhirnya setelah sekian lama menunggu, 'benda' itu terus memunculkan dirinya di hadapan Fasha.

Apakah itu Fasha? Hantu ke?

---

Adrian dan Stella dalam perjalanan ke tempat mereka setelah misi mereka telah berjaya.

"Betul ke apa yang kita buat ni?" Soal Adrian secara tiba2.

Stella mula memandang ke arah Adrian.

"Apa yang kau mengarut ni? Kau menyesal kita berubah?" Soal Stella dengan sinis.

Adrian menggeleng laju.

"Eh, mana ada! Aku cuma rasa, patut ke kita bagi buku ni dekat Evy? Aku takut Evy buat rancangan lagi parah dari sebelum ni." Luah Adrian dengan perasaan penuh kerisauan.

Stella menepuk dahinya dengan perlahan. Kalau kuat nanti, sakitlah.

"Kau nak takut apa? Kan Yui sudah cakap sebelum ni, kita hanya perlu berpura-pura sambil melindungi Power of Group." Jelas Stella dengan tegas.

Adrian mengangguk faham.

"Aku tahu, tapi tetap saja aku takut. Kau pun tahu kan aku ni macam mana." Ujar Adrian dengan tidak kalah tegasnya.

"Aku tak nak Rine cedera lagi, kau pun tahu yang aku sangat risaukan dia. Aku takut aku tak dapat kawal kuasa aku dan cederakan lebih ramai orang yang tidak bersalah." Jujur Adrian kepada Stella.

Stella terdiam kerana sangat faham keadaan Adrian. Stella tahu kuasa kegelapan yang ada pada Adrian.

Selama ini, Adrian nampak lemah kerana Adrian telah mengunci kuasanya sendiri. Adrian bimbang dia tidak dapat mengawal kuasa kegelapannya. Sebenarnya, Adrian sama kuat dengan Evy tanpa ramai yang tahu.

Macam mana Stella boleh tahu? Sebab dia pernah buat Adrian marah. Dan waktu itu jugalah Adrian mengeluarkan kuasanya dan hampir membuat Stella mati.

---

"Lama lagi ke Adrian nak pulang?" Soal Akira dengan geram.

Dia bukan apa, dia terlalu rindukan kekasih hatinya yang sudah lama tidak bersemuka.

Evy memutarkan matanya dengan malas. Hampir bernanah telinga dibuatnya. Evh bukan apa, hampir setiap hari Akira bertanya benda yang sama.

"Boleh sabar tak? Kau ingat misi mereka senang?" Soal Misaki dengan geram.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now