Kala Jengking

3.2K 222 14
                                    

"Apa ni weyy, dari tadi lagi kita jalan. Langsung tak nampak apa² pun. Letih la." ujar Michael.

Dia duduk di atas pasir yang panas itu, Alsya hanya menggeleng melihat Michael.

"Kau tu lelaki, buat la cara lelaki. Jalan sikit dah letih." ujar Alsya sambil minum air.

Terbuntang mata Michael mendengar kata² Alsya malahan Damien turut begitu.

"Sikit kau kata? Kita jalan dah lebih dari 5 jam tahu tak?" soal Michael dengan sedih.

#michaeltabah2k18

"Alsya..sebagai abang tersayang plus tercinta kamu, jangan la memaksa diri untuk asyik berjalan. Kita sebagai makhluk hidup mestilah berehat untuk seketika sekurang kurangnya 7 jam. Ingatlah wahai adikku." ujar Damien dengan bersungguh sungguh.

Banyak tengok teambangkitmalaysia kalau macam ni.

Alsya hanya memandang datar ke arah crushnya dan abangnya.

"WOI! DAH HABIS DAH DRAMA?! CEPAT LA GERAK!"

Jeritan dari Rayyan mengejutkan mereka bertiga. Mereka memandang yang lain telah jauh dari mereka. Malahan jauh sangat.

Macam mana suara Rayyan boleh dengar jelas. Pelik bin ajaib. Rayyan pun satu, menjerit je kerja, nanti tak ada suara kan merana setengah mati. Kan tak ada yang suka, baru tahu.

"WOI! TUNGGU LA!" jerit Damien sambil berlari manja.

Maksudnya ' berlari manja' adalah tangan dibuat seperti kapal terbang manakala kaki berlari seperti kanak² yang baru sahaja pandai berlari. Imagine sendiri..

Alsya menggeleng kepalanya dengan sikap abangnya. Untuk seketika dia tak mengaku orang yang sedang berlari itu adalah abangnya.

---

Rine memberi air kepada Ed dan Fasha. Mereka berdua pelik kerana Rine menghulurkan air sejuk kepada mereka.

Rine yang faham pandangan Ed dan Fasha terus berkata..

"Ambil air ni dan bagi dekat haiwan korang. Takkan korang je yang dahaga..mereka pun dahaga jugak." ujar Rine dengan datar.

Walaupun datar, Ed dan Fasha tersenyum dengan sifat Rine. Baik dan ambil berat pasal sekelilingnya.

Tak lama itu mereka sampai di sebuah gua pasir. Gua itu tak gelap cuma sangat terang. Dan ada bau yang sangat ganjil. Dan mereka tidak tahu apa baunya itu.

Wolf milik Fasha menyalak kuat begitu juga dengan Syl yang asyik berjalan di atas kepala Ed.

Mereka pelik memandang haiwan kesayangan Fasha dan Ed.

"Kenapa dengan mereka tu?" soal Felix.

Soalan Felix dibalas gelengan oleh Ed dan Fasha. Bukan Fasha tak bercakap dengan Wolfnya, tapi wolfnya nampak sangat gelisah dan tak mahu bercakap..Rine sudah tidak sedap hati apabila wolf Fasha makin kuat menyalak.

Michael dan Damien memandang sekeliling mereka.

Mereka saling berpandangan sesama sendiri.

"Ada yang tak kena di sini. Rine, aku rasa tempat ni tak selamat." ujar Damien.

"Walaupun Damien tu gedik, tapi kali ni aku setuju dengan dia. Kita kena pergi dari sini cepat." ujar Rine lantas berlalu dari situ.

Mereka mengikuti langkah Rine dan menjadi kelam kabut apabila kawasan yang dipijaknya bergegar kuat.

"Berlindung!!" arah Ed.

Semua berlindung di bawah pelindung Ed. Mereka tak boleh memandang sekeliling kerana ada ribut pasir.

"Peliknya..setahu aku, masa ni mana ada ribut pasir..lain la kalau....."

Pencakapan Felix terhenti dan memandang semua rakannya.

"Kalau apa?" soal Fasha dengan panik.

Felix menunjukkan jarinya ke arah belakang mereka semua.

Secara perlahan-lahan mereka berpaling dan terkejut melihat ada kala jengking yang sangat besar seperti singa.

"Perghh! Sengat dia tu power giler!" ujar Michael dengan takjub.

"Kau jangan leka sangat. Kan kena sengat baru la mati sia²." tegur Alsya.

'Dan tak ada yang dampingi aku lagi.' sambung hati Alsya dengan sedih.

Syl yang dapat mendengar hati Alsya hanya duduk atas bahu Ed sambil menggeleng.

"So, apa tunggu lagi. Serang la!"


























tbc..

Huwaaa! Letihnya hari ini, Asyik berjalan ke mari dan ke mari.

Sorry la kalau chapter ni tak fun sgt. Sis dah ngantuk sbenarnya..

Tidur awal la nampaknye..Hoho..Hehe..Huhu..Haha..

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now