Air Suci Berkilauan

2.6K 187 25
                                    

Rayyan memandang datar ke arah Felix yang dari tadi asyik manja dengan Rine.

Dia bukannya cemburu atau apapun. Cuma tingkah Felix membuatkan dirinya berasa ingin melenyapkan Felix itu.

"Rine~~ Kenapa kita tidak boleh berenang dalam air tu~~?" soal Felix untuk kelima kalinya.

Rine mengeluh berat. Nak marah, takut Felix terasa hati. Dia sebenarnya pelik dengan sikapnya dari hari ke hari, dia seperti tidak mahu lukakan hati Felix.

Mungkin efek lama sangat bersama dengan Felix. Mungkin.

"Kita tidak dibenarkan mandi dalam hutan ni. Lupa ke hutan ni hutan air? Air dalam hutan ini tidak boleh disentuh kecuali.." Alsya terdiam untuk seketika.

Yang lain memandangnya dengan pelik.

"Kecuali apa Alsya?" soal Michael.

"Entah la..tak ingat la." jawab Alsya dengan senyuman. Michael turut tersenyum.

"Kecuali puak angel. Puak angel adalah puak suci, jadi hutan ni tidak akan mati." sambung Rine dengan penuh penekanan.

Yui tersenyum memandang Rine yang banyak pengetahuan. Alsya pula mengangguk mengiakan perkataan Rine.

"Tapi Rine~~ Kita sudah 3 hari tidak mandi. Badan sudah berbau." ujar Felix dengan bibirnua dimayunkan ke bawah.

Edrina memandang jijik ke arah Felix.

"Please la Felix. Jangan buat muka macam tu, muka kau tu jadi lebih jijik dari beruk milik Untiey Baby." ujar Edrina dengan geram.

Korang pasti ingat dengan Baby, A Princess. Mereka sudah dibebaskan oleh Andrew selepas Melody berkahwin.

Mereka sekarang tidak membuat hal yang menyakitkan. Lagipun, mereka pasti tidak akan berani mengacau kehidupan Melody lagi, sebab mereka pun tahu siapa diri Andrew dan Melody.

"Sudah la. Aku bosan dengar suara kau Felix  Boleh diam tak?" soal Damien dengan sedikit kasar.

Dia bukan nak marah ke apa, cuma sikap manja Felix sangat berlebihan dari perempuan yang baru sahaja bertemu janji buat kali  pertama.

Felix mendengus dan memalingkan mukanya ke arah lain.

"Enough everyone. Sekarang ni kita dekat mana? Kenapa hanya ada pokok tanpa daun? Itu pelik." ujar Edrina sambil menunjukkan ke arah pokok tersebut.

Mereka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Edrina. Memang betul kata Edrina, pokok tu tiada daun. Seperti sudah mati.

"Pokok tu memerlukan air suci barulah ia akan sembuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pokok tu memerlukan air suci barulah ia akan sembuh." ujar Yui.

"Tapi kita tidak jumpa lagi air tu." jawab Fasha dengan sedih.

"Aku rasa air suci tu hanya ada berdekatan di sini. Lebih baik kita berpecah dan cari." cadang Michael.

Rine mengeluh berat.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now