Musuh

3.2K 236 18
                                    

Adrian masih lagi memandang gambar yang diberikan oleh Evy.

Dia tak sedar yang Evy memandang pelik ke arahnya.

"Lama kau tengok gambar tu." ujar Evy sambil kaki disilangkan.

Adrian memandang Evy sekilas.

"Aku hanya nak kenal wajah mereka. Tu je." balas Adrian dengan tidak gagap.

Evy memandang curiga ke arah Adrian.

"Oh ya? Aku tengok mata kau tertumpu pada seseorang je." tegurnya lantas mengambil gambar itu dari tangan Adrian.

Adrian hanya diam membisu. Evy tersenyum sinis apabila Adrian sedikit salah tingkah.

"Ingat Adrian! Mereka tu adalah keturunan pembunuh keluarga kita. Jangan sampai kau jatuh cinta." ujar Evy dengan penekanan 'jatuh cinta.'

"Aku tahu la. Tak payah cakap pun takpe." ujar Adrian selepas beberapa saat mendiamkan diri.

"Aku bukan apa. Aku hanya beritahu." balas Evy lantas bangun untuk masuk ke biliknya.

Adrian dengan pantas bangun dan memandang Evy yang berjalan membelakanginya.

"Evy. Apa yang kau beri pada Mizuki dan Akira sebelum mereka berangkat pergi?" soal Adrian dengan penuh tanda tanya.

Langkah Evy berhenti untuk seketika.

"Hanya 'sedikit' racun yang boleh melemahkan dua orang."

Berubah wajah Adrian mendengar kata² Evy.

"Atau...dapat membunuh? Siapa tahu racun tu cepat merebak." sambung Evy.

Selepas tiada jawapan dari Adrian, dia pergi masuk ke biliknya.

Adrian hanya termenung dan larut dalam fikirannya sendiri.

Apa agaknya yang dia fikir?

---

Felix mengeluarkan kuasa apinya dan menyerang sengat kala jengking. Sebab apa sengat? Sebab Damien suruh.

Sudah berkali-kali Felix serang semgat itu tetapi lngsung tidak berjaya.

Dia mengeluh berat dan memandang Damien serta Ed yang sedang mengalihkan perhatian kala jengking.

Tak lama itu dia memandang yang lain sedang menyerang dua ekor lagi kala jengking. Macam mana ada lagi dua ekor?

Entah macam mana tiba² sahaja sewaktu mereka serang kala jengking itu, ada pula kala jengking yang lain datang. Kawan dia agaknya.

"Damien! Menyusahkanlah serang sengat dia ni! Keras macam kepala Ed! Sakit hati aku!" marah Felix sambil mengelak serangan kala jengking.

Ed menjeling Felix yang suka hati letak nama dia dalam tu.

"Aduhh kau ni! Keluarkan la kuasa kau tu kuat sikit. Sengat dia tu kelemahan dia." ujar Damien dengan geram.

Dari jauh Fasha menggeleng kepalanya melihat telatah mereka.

"Tu pun nak bertekak..Tak ada kerja agaknya." gumam Fasha.

"Fasha! Belakang kau!!" jerit Alsya dengan kuat.

Fasha memandang ke belakang dan terkejut memandang sengat kala jengking yang ingin mengenanya.

Fasha menutup erat matanya. Tetapi disebabkan dia tidak rasa apa², dia mula membuka matanya dan terkejut(2) memandang Rine yang sudah teleport dirinya yang agak jauh dari yang lain.

"Ri--Rine! Rine ada kuasa baru?" soal Fasha dengan wajah terkejutnya.

"Rasanya begitulah." Biasanya orang akan gembira bila tahu ada kuasa baru tetapi Rine nampak biasa sahaja malah datar sahaja mukanya.

Fasha sempat keliru bahawa Rine suka atau tidak ada kuasa baru.

Dan dia tersedar apabila Rine memberikan wolf dan Syl kepadanya.

"Jaga haiwan kau dan Syl baik². Kan mampus, baru meraung seminggu." tegur Rine lantas teleport ke arah yang lain semula.

Walaupun jauh, Fasha masih dapat melihat yang lain menyerang tiga ekor kala jengking tersebut.

Tak lama itu, mereka berjaya kalahkan kala jengking itu. Sampai berpeluh mereka dibuatnya.

Itupun sebab Alsya dan Rine yang menyuruh Michael menggunakan kuasa halimunan untuk memusnahkan sengat itu.

Kalau tak..sekarang ni pun mesti mereka masih lagi bertarung.

"Kalau dari tadi kau guna kuasa kau tu, tak payah aku bersusah payah dari tadi!" ujar Felix dengan geram.

Michael hanya tersenyum lucu melihat Felix.

"Dah berlalu. Biarkan jela." ujarnya lantas menepuk bahu Felix yang sedang memuncung.

"Mana Fasha?" soal Rayyan dengan pelik.

Rine memandang ke arah Michael dan menunjukkan ke arah Fasha berada.

"Dia ada di sa-- Wait! Fasha!!" jerit Rine dengan kuat.

Jeritan Rine membuatkan mereka beralih ke arah Fasha yang sudah berbaring lemah.

"Fasha?!"

Rine berlari ke arah Fasha diikuti yang lain kerana bimbang dengan keadaan Fasha yang sudah lemah dan tidak bermaya.

"Fasha? Bangun la!" ujar Rayyan sambil menepuk pipi adiknya.

Yang lain pelik memandang ke arah Fasha. Bukan apa. Tiba² sahaja jadi begini. Tadi elok sahaja.

Wolf yang ada di sebelah Fasha terus menyalak kuat sambil memandang ke belakang.

Yang lain terus memandang ke belakang apabila mendengar bunyi tubuh yang jatuh.

Terbuntang mata mereka apabila mendapati Aslya turut lemah seperti Fasha.

"Ap--Apa yang terjadi?!" soal Ed dengan risau.

Michael memangku Aslya yang pucat lantas menggosok bahu Alsya.

"Alsya? Jangan buat saya risau. Kenapa ni?" soal Michael dengan panik.

Damien yang melihat adiknya sebegitu jadi terdiam. Dia terlalu terkejut dengan situasi ini.

"Woahh..drama yang mengagumkan."

Mereka memandang ke arah suara tersebut. Mereka dapat melihat empat korang sedang memandang mereka dari atas bukit pasir sambil tersenyum sinis.

"Ni mesti kerja korang kan?!" marah Rayyan dengan geram. Hatinya sudah membara hebat.

Misaki dan Mizuki tersenyum sinis.

"Kalau ye kenapa? Salah korang juga yang terlalu lalai." ujar Mizuki dengan riak wajah yang tenang.

"Kau memang tak guna la!!" marah Felix.

Stella dan Akira hanya memandang sinis ke arah mereka.

"Ni baru je permulaan. Oh ya, semoga kau dapat sembuhkan kawan tak guna kau tu ya? Bye. See you again loser." ujar Stella lantas masuk ke dalam portal diikuti oleh yang lain.

Rayyan ingin menyerang mereka tetapi terhenti apabila Fasha batuk kering.

"Korang. Kita kena cari tempat berubat. Aku dapat rasa yang kita sudah nak dekat dengan sebuah perkampungan. Kita boleh cari bantuan di situ. Cepat!" ujar Ed lantas bangun.

Michael dan Rayyan mengangkat Fasha dan Alsya secara serentak.

"Aku harap kita tak terlambat."

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now