Mencari

2.3K 157 28
                                    

Maaf jika slow update. Sis sibuk sekarang sebab pening dengan subjek yang sis ambil. Sangat pening sampai setiap pagi memang sis susah nak bangun sebab sakit kepala. Tapi terpaksa kena pergi class, kalau tak pergi nanti tidak ada markah.

Jadi kalau sis lambat update, sis memang tengah sibuk. Sis akan updaye jika betul2 tidak sibuk.

Terima kasih readers sebab menunggu,,sis hargainya.

---

"Kau yakin ke Fasha dan Rayyan ada dalam hutan ni?" Soal Damien dengan curiga.

Yelakan, hutan gelap gelita. Jauh dari fikiran dia. Damien fikir mereka akan sampai di kawasan yang sangat cantik.

Rupanya hampeh!

"Bersyukur mereka ada di sini. Kalau mereka berada di gunung berapi, macam mana?" Soal Edrina dengan geram.

"Entah kau ni, bersyukur la." Sokong Felix.

Felix agak pemarah di episod ini kerana Fasha a.k.a buah hatinya pergi tinggalkan dirinya.

Dia tengah susah hati sekarang ini. Sakitnya tu di sini *tunjuk jantung*

Rine menahan mereka dari bergaduh.

"Boleh diam tak? Korang ingat bergaduh boleh selesaikan masalah? Boleh tak sedar sikit diri tu yang korang tu saudara dan kawan. Bodoh." Perli Rine dengan geram.

Mereka terus terdiam membisu. Michael dan Alsya hanya menggeleng kepalanya dengan tingkah mereka.

"Sekarang ni kita nak pergi mana? Gelap je ni." Ujar Alsya dengan takut.

Michael yang perasan ketakutan Alsya terus memengang tangan Alsya untuk menenangkan diri.

Damien yang melihat skinship hang dilakukan oleh Damien terhadap adiknya itu hanya memutarkan matanya dengan malas.

Dia pun nak skinship macam mereka juga tetapi mana boleh. Sebab? Sebab Edrina sekarang lebih pentingkan adik beradiknya yang hilang tersebut.

Kalau dibuat juga, tak pasal2 kena diancam 'putus tunang' pula. Damien tak nak macam tu.

"Felix. Nyalakan api." Arah Michael.

Felix memandang Michael dengan datar.

'Mentang2 aku ada kuasa api, suka hati arahkan aku, dia ingat aku ni mancis ke apa?!' Desis hati Felix dengan sabar.

Tanpa membuang waktu, Felix menyalakan kuasanya di tapak tangannya. Walaupun kecil, sekurang-kurangnya boleh nampak sekeliling.

"Bagus." Puji Rine dengan perasaan gembira.

Felix mendengus berat dan berkata--

"Sebagai bayarannya, aku nak satu diamond merah lepas ni." Tegas Felix dengan serius.

Rine memandang datar ke arah Felix, bukan Rine sahaja, yang lain turut begitu.

Dia ingat diamond tu semurah ABC?!!

Tapi Rine tidak kisah, dia boleh minta dengan Melody nanti.

"Rine..ke mana kita nak pergi?" Soal Alsya lagi.

Rine memandang Alsya sesaat dan memandang sekelilingnya.

"Kita pergi ke arah sana." Ujar Rine dengan yakin walaupun hatinya masih ragu.

Akan tetapi dia mesti profesional. Tidak boleh gelabah. Dia mahu menjadi seperti Melody yang sangat berani dalam apa jua keadaan.

"Apa yang kau fikirkan Rine?" Soal Felix setelah perasan perubahan dari wajah Rine.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now