Tujuan

2.5K 155 16
                                    

Rine memandang jengah ke arah Felix yang sedang bersiap.

Macam mana tidak jengah, Felix bersiap sudah melebihi satu jam lamanya. Dia yang perempuan pun hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit.

Well, dia tak suka bersolek.

"Kalau macam ni la gayanya, kita berdua akan terus masuk belajar, takkan sempat letak barang di asrama." ujar Rine dengan sedikit geram.

Felix tersengih comel.

"Ala kau ni, chill la okay? Kau kena tahu, aku pentingkan penampilan aku depan orang ramai. Aku kan anak dari Rainbow Girl." jelas Felix dengan senyuman.

Rine memutar matanya dengan malas.

"Kau ingat kau seorang? Dah la, aku nak cepat ni. Kalau kau lambat lagi, kau jalan kaki jela." ujar Rine lantas keluar dari bilik persiapan khas mereka.

Felix tersedar dan berlari mengejar langkah kakak tersayangnya.

---

Alsya mendengus geram apabila memandang Damien yang suka hati sahaja menegur perempuan yang lalu lalang.

Alsya ingatkan selepas Damien sembuh, Damien akan berubah menjadi lebih baik, malah harapannya sudah hancur musnah kerana perangai abangnya langsung tidak berubah.

Alsya memandang sekelilingnya untuk mencari keberadaan Edrina. Dia tersenyum apabila nampak Edrian berjalan ke arahnya.

Dia hanya mendiamkan diri sambil memandang abangnya yang masih leka memikat gadis².

Dia sengaja tidak memberitahu Damien supaya Damien kena belasah dengan Edrina. Biar tahu rasa!

Edrina sudah sampai di belakang Damien, tetapi malangnya Damien tidak perasan kehadiran kekasih tercintanya.

"Ehem!!"

Alsya tersenyum lucu memandang Damien yang terkaku.

Dengan perlahan-lahan Damien memandang Edrina yang turut memandangnya dengan pandangan tajam.

"Sa-sayang..bila sampai?" soal Damien dengan senyuman kakunya.

Jantungnya sudah berdegup kencang kerana takut dengan amarah Edrina. Dia tak suka bila Edrina sedang marah.

Edrina mengangkat kening kirinya setelah mendengar pertanyaan Damien. Edrina langsung tidak tersenyum.

Manakala Alsya tersenyum sinis kepada Damien apabila Edrina tidak menjawab pertanyaan abangnya.

'Padan muka kau! Single la kau lepas ni! Bahahahahahaha!!' gelak hati Alsya dengan jahat.

Damien yang merasa keadaan agak tegang, dia memandang Edrina tepat di mata cantik milik Edrina yang telah berjaya membuatnya terpikat sejak pertama kali memandang.

"Ed sayang..jom kita pergi taman bunga. Untiey Star ada letak---"

"Tak." balas Edrina lantas meninggalkan Alsya dan Damien.

Damien terkaku apabila Edrina menolak ajakannya. Hatinya teriris sakit. Dia tak pernah dilayan sebegini oleh Edrina.

Dan untuk pertama kalinya ajakannya ditolak mentah² oleh Edrina. Padahal ayat dia belum habis lagi.

Alsya yang tidak boleh menahan ketawanya terus tergelak besar apabila memandang wajah abangnya lesu tidak bermaya.

Hilang terus macho.

"Tu la..Aku pernah cakap dekat kau pasal ni. Kak Ed takkan tahan punya dengan perangai playboy kau tu. Baru tahu rasa ye.." perli Alsya dengan sinis.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now