Musuh sebenar

2.6K 197 27
                                    

Evy memandang tajam ke arah batu mutiaranya. Apa yang dia nampak? Dia nampak Power of Group semakin menghampiri kawasannya.

Evy menghempas mejanya dengan kasar.

"Ini tak boleh jadi!" marah Evy dengan kuat.

Evy keluar dari bilik peribadinya dan menuju ke arah semua ahlinya yang sedang berada di bilik mesyuarat.

Apabila dia masuk, hal pertama yang dia nampak adalah Akira bermanja dengan Adrian tetapi tidak dilayan oleh Adrian.

Evy memutar matanya dengan malas. Dia bukan apa, dia sengaja menyuruh Akira couple dengan Adrian demi membunuh Rine tetapi ramcangannya langsung tidak berjaya kerana Akira tidak dapat membunuh Rine.

Semenjak itu juga Evy meluat dengan Akira. Tapi dia perlu sabar, sebab dia ada rancangan yang lain.

"Kenapa gelogoh sangat Evy?" soal Mizuki dengan pelik.

Readers jangan pelik kalau mereka sudah berbaik. Well, Evy sebenarnya malas nak bertekak banyak kali. Nanti sakit tekak.

"Mereka sudah menghampiri kawasan kita. Kita perlu bertindak sekarang juga. Jangan sampai dia musnahkan kita semua." ujar Evy dengan serius.

Terkejut si kembar, Akira dan Adrian kecuali Stella. Dia hanya beriaksi biasa kerana dia tahu , cepat atau lambat Power of Group akan sampai jua.

Kalau Adrian pula, dia terkejut kerana gembira. Gembira apa? Gembira sebab dapat berjumpa dengan buah hatinya selama ini.

"Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang?" soal Misaki.

Evy memandang datar ke arah Misaki. Stella menepuk dahinya dengan 'kepandaian' Misaki. Mizuki ketawa kecil melihat kembarnya.

"Misa..sudah tentulah kita akan menyerang." ujar Mizuki dengan senyuman kecil.

Misaki hanya tersenyum kaku dan mengangguk. Evy mengeluh berat.

"Kita akan menyerang mereka sewaktu mereka sedang berehat. Korang jangan bimbang, aku akan ikut korang untuk berlawan. Aku tak nak perkara macam dulu berlaku lagi." jelas Evy dengan serius.

Yang lain mengangguk faham dan mula bersiap sedia.

---

Rine memandang sekelilingnya. Entah hanya dia seorang atau yang lain turut merasa hal yang sama.

Nak tahu apa yang Rine rasa? Rine dapat rasa ada hawa yang sangat pelik.

"Kenapa tiba² aku rasa lemah ni?" soal Felix dengan suara yang berat.

Felix mula terbaring lemah. Rine menuju ke arah Felix dan memberikan dia herba yang diberikan oleh Yui.

Felix mula berasa tenang tetapi badannya .asih lemah.

"Kenapa jadi macam ni?" gumam Rine dengan perlahan.

"Rine."

Rine memandang ke belakang dan melihat Rayyan yang memanggilnya.

"Kau rasa tak hawa tu? Aku rasa ada benda yang tak kena sekarang ni." ujar Rayyan.

Rine mengangguk.

"Aku pun rasa macam tu juga. Aku rasa tak sedap hati sekarang ni. " balas Rine dengan wajah yang sulit ditafsirkan.

Edrina memandang  Rayyan dan Rine bercakap, dia sebenarnya merasa hal yang sama juga. Edrina berasa yang mereka akan ditimpa masa--

"Arghhhhhhhhhhh!!!!!"

--lah.

Yang lain memandang Fasha serta Alsya yang menjerit tadi. Terkejut mereka apabila mendapati Fasha dan Alsya cedera teruk di kedua-dua bahu mereka.

Diamond Academy : A Legend of GuardiansWhere stories live. Discover now